Monday, August 27, 2012

Las Vacas lagi...

Assalam dan Selamat Hari Raya kepada semua. Hari ni adalah merupakan hari penerbanganku yang ke 31 pulang ke Kuching setelah bercuti bersama keluargaku di Malaya. Aku baru sahaja menikmati Nasi Lemak Pak Nasseer yang telah ku tempah secara online malam kelmarin. Menikmati nasi lemak sambil duduk di jendela memerhati bibit-bibit awan Altocumulus sambil didendangkan dengan lagu Moon River dari filem Breakfast at Tiffany oleh Orchestra Henry Mancini adalah sesuatu yang indah... Korang pernah?

Sempena bulan Syawal ni patutnya aku cerita pasal raya tapi esok-esoklah sebab hari ni aku nak cerita pasal Las Vacas lagi. Seperti biasa, perancang utama Tn Madet dan Tn Mior dan turut serta kali ini adalah Tn Sudin. Kami pada hari tu sangat ketagihkan hidangan "Beef Wrap". Tak sabar-sabar rasanya nak mentedaghah menda tu. Sesampai jer di kedai, jam dah hampir menunjukkan jam 9 malam. Kelihatannya sangat ramai orang sedang menikmati pelbagai hidangan berasaskan daging.

Sesampai jer ke dalam kedai, kami dapati masih ada tempat kosong dan terus kami duduk dan pelayan memberikan menu. Dengan bangga dan berahi serta sedikit keterujaan, kami semua nak order beef wrap. Namun.....! Apakan daya... PeLayan tu bagi tahu, "...beef wrap dah habis cik.!" aduh, kekecewaan melanda kami semua. So kitaorang nak orderlah benda lain. Aku bercadang ketika tu nak order 'lamb burger'. Nak rasa sedap ke idak. Sekali lagi kami dikecewakan. Kali ni roti plak takda. Adoi... sudah jatuh disepit pula excavator rasanya. Tiada pilihan lain melainkan aku dan Tn Sudin mengorder 'Lamb Shoulder Chop' manakala Tn Madet pula mengorder 'strilloin steak' - grass meat.. maknanya daging lembu yang makan rumput. Pilihan lain adalah daging lembu yang makan bijirin. Tn Mior pula order meatball dan hidangan kedua adalah 'Bruschetta'. Hidangan keduanya tu kitaorang dah rompak ramai2 makanya tinggallah satu jer tuk dia. Hehehe, nasib dia tak marah.

Lamb shoulder chopnya sangat sedap sebab dagingnya diperap secara kering. Tiada sos yang dituang2. Rasanya selepas ini aku takkan makan lagi lamb chop biasa. Salad yang disediakan sangat segar dan tah kenapa, kami semua jadi suka plak makan sayurnya. Terasa cam omputih plak.

Anyway, pengalaman menikmati kesedapan daging tu sangat tidak boleh dilupakan. Selepas ni nanti aku ingat nak pergi lagi. Niat ku nak bawa amoi dan anak-anak aku. Tak tahulah aku camana responnya nanti. Nak ajar diaorang ni tentang makanan. Takmo jadi cam aku dulu, dah umur 21 tahun baru nak kenal dengan chicken chop. Chicken chop ku yang pertama adalah di ITM cawangan Sri Manjung pada tahun 1991. Tak ingat aku makan dengan siapa masa tu.....

Oklah, aku nak ilek-ilek dulu. Sian plak aku tengok awek kat sebelah aku ni yang sejak dari tadi asik terlentok2 ngantok.. "...dik, kalau adik nak sandar kat abang pon takpa. Abang tak kisah pon." muahahahaha ok, ciow chin ciow...

Tuesday, August 14, 2012

Ada ubi ada batas...

Salam Ramadhan..

Pada ketika ini aku berada di dalam penerbangan AK 5239 ke KayEl pulang nak beraya. Alhamdulillah, dapat juga aku beli tiket ni dengan harga yang munasabah. Mana taknya, masa aku nak beli tiket ni dulu aku teragak-agak sama ada aku akan masih berada di Kuching atau tidak pada ketika ini. Maklumlah angin sepoi mengatakan yang aku ni akan bertukar... Kalau tiket dah beli dan aku bertukar, rugi tiket yang kubeli tu...

Alhamdulillah, setakat ni semua berjalan lancar dan Ramadhan ku kali ini tidak seperti tahun lepas. Tahun lepas setiap minggu aku balik sebab ada tiket murah. Namun disebabkan tahun ni Air Asia takda menawarkan tambang murah maka tak lah dapat aku balik setiap minggu. Ni kira dah 3 minggu la kiranya aku tak balik. Kesian familiku berpuasa tanpa ayah dan suami di sisi macam orang lain. Aku... Hari-hari berbuka depan tibi... Hari pertama aku berbuka hari tu, berlenang juga ayor mate ku. Mana taknya, aku memikirkan dikala umurku yang dah asar ni aku dijauhkan dari famili.

Takpalah, ini pengorbananku. Kalau aku tak berkorban maka orang lain kena gantikan tempat aku. Dalam diam dah lebih 2 tahun aku kerja di perantauan ni. Aku tak kisah sebab bos2 sebelum ni paham dan sekurang-kurangnya dia bagi aku balik 2 kali sebulan melalui kursus, seminar, mesyuarat dan sebagainya.

Namun.... Sejak kebelakangan ni aku tengok bos aku ni ada lain macam sikit. Keputusan yang dia buat membuatkan aku musykil tapi aku peduli apa. Dia boss.. Lantak dialah nak buat apa pun. Namun 2 hari lepas satu keputusan yang agak lain dari lain dan dia mula nak tunjuk hero ngan aku. Yelah.. Diakan boss, memanglah hero tapi agak-agaklah sikit. Timbang rasa lah kat orang lain. Sebab dia boss, maka hampir boleh aku kata tiap minggu dia balik. So aku ni bukannya boss. Kecik sikit jer dari dia makanya takdalah peluang nak balik selalu. Terpaksalah aku nak arrange kursus dan sebagainya. Semua kerja aku pastikan beres. Aku support dia untuk dapatkan data prestasi yang baik.....

Tapi.....!!!!! Keputusan yang dia buat terkini, dia tak bagi aku mintak kursus lagi sebab katanya kursus aku dah cukup. Memanglah kursus aku cukup tapi itulah peluang aku nak balik... Aku tak paham apa tujuan dia. Bajet dah buat, peruntukan untuk aku balik telah dipohon pada tahun yang lalu dan diluluskan. Sekarang ni dia nak sekat pulak. Apa dia nak buat? Nak tunjuk kat HQ yang dia boleh berjimat? Tolonglah... Nak tunjuk hero pun pertimbangkanlah orang lain juga.

Lepas dia sekat kursus aku, ada lagi kejutan. Pada 4 & 5 hb bulan depan ada seminar yang perlu aku hadiri dan
pada minggu seterusnya aku memang nak bercuti sebab anak aku ambil periksa. Untuk program pertama tu aku cadang nak cuti 3hb dan balik petang 30hb. Maka dapatlah aku bersama famili lama sikit sebab cuti panjang. Tapi agak terkejut bila dia suruh aku balik KL pada petang 3 hb tu sebab katanya minggu depan tu aku nak cuti panjang. Adoiii tolonggg lah buat satu keputusan yang munasabah. Takkan 3 hari aku nak duduk melopong jer dekat kuching. Aku bukan sambung terus cuti sampai 2 minggu. Kalau jumaat sabtu ahad tu kerja takpalah aku balik petang 3hb. Dengki ke apa dia ni? Aku bagi tahu dia petang 5hb tu aku balik kuching dan kerja 6 & 7 hb. Bukannya aku sambung cuti terus.

Aku pun tak tahulah apa keputusannya. Aku selama ni menyokong dan buat segala arahannya tanpa banyak soal. Tapi bila tindakan yang pelik macama ni makanya agak tawar hati lah aku nak support. Kita tengoklah nanti macam mana. Kalau dia rasa aku tak bagus dan melawan, dia buatlah apa yang dia nak buat. Maklumlah BOSSSS.... Aku ni pon pelik juga kadang2 tu. tahap naik bas aku boleh jadi diluar jangkaan. Tunggu dan lihat sahaja lah.

Rasanya sikit tu jer lah aku citer.. Banyak2 karang tambah dosa aku jer. Aku ni pahala dah lah tak banyak dosa plak bertimbun2... Ok chiow

Blog Widget by LinkWithin