Las Vacas lagi...
Assalam dan Selamat Hari Raya kepada semua. Hari ni adalah merupakan hari penerbanganku yang ke 31 pulang ke Kuching setelah bercuti bersama keluargaku di Malaya. Aku baru sahaja menikmati Nasi Lemak Pak Nasseer yang telah ku tempah secara online malam kelmarin. Menikmati nasi lemak sambil duduk di jendela memerhati bibit-bibit awan Altocumulus sambil didendangkan dengan lagu Moon River dari filem Breakfast at Tiffany oleh Orchestra Henry Mancini adalah sesuatu yang indah... Korang pernah?
Sempena bulan Syawal ni patutnya aku cerita pasal raya tapi esok-esoklah sebab hari ni aku nak cerita pasal Las Vacas lagi. Seperti biasa, perancang utama Tn Madet dan Tn Mior dan turut serta kali ini adalah Tn Sudin. Kami pada hari tu sangat ketagihkan hidangan "Beef Wrap". Tak sabar-sabar rasanya nak mentedaghah menda tu. Sesampai jer di kedai, jam dah hampir menunjukkan jam 9 malam. Kelihatannya sangat ramai orang sedang menikmati pelbagai hidangan berasaskan daging.
Sesampai jer ke dalam kedai, kami dapati masih ada tempat kosong dan terus kami duduk dan pelayan memberikan menu. Dengan bangga dan berahi serta sedikit keterujaan, kami semua nak order beef wrap. Namun.....! Apakan daya... PeLayan tu bagi tahu, "...beef wrap dah habis cik.!" aduh, kekecewaan melanda kami semua. So kitaorang nak orderlah benda lain. Aku bercadang ketika tu nak order 'lamb burger'. Nak rasa sedap ke idak. Sekali lagi kami dikecewakan. Kali ni roti plak takda. Adoi... sudah jatuh disepit pula excavator rasanya. Tiada pilihan lain melainkan aku dan Tn Sudin mengorder 'Lamb Shoulder Chop' manakala Tn Madet pula mengorder 'strilloin steak' - grass meat.. maknanya daging lembu yang makan rumput. Pilihan lain adalah daging lembu yang makan bijirin. Tn Mior pula order meatball dan hidangan kedua adalah 'Bruschetta'. Hidangan keduanya tu kitaorang dah rompak ramai2 makanya tinggallah satu jer tuk dia. Hehehe, nasib dia tak marah.
Lamb shoulder chopnya sangat sedap sebab dagingnya diperap secara kering. Tiada sos yang dituang2. Rasanya selepas ini aku takkan makan lagi lamb chop biasa. Salad yang disediakan sangat segar dan tah kenapa, kami semua jadi suka plak makan sayurnya. Terasa cam omputih plak.
Anyway, pengalaman menikmati kesedapan daging tu sangat tidak boleh dilupakan. Selepas ni nanti aku ingat nak pergi lagi. Niat ku nak bawa amoi dan anak-anak aku. Tak tahulah aku camana responnya nanti. Nak ajar diaorang ni tentang makanan. Takmo jadi cam aku dulu, dah umur 21 tahun baru nak kenal dengan chicken chop. Chicken chop ku yang pertama adalah di ITM cawangan Sri Manjung pada tahun 1991. Tak ingat aku makan dengan siapa masa tu.....
Oklah, aku nak ilek-ilek dulu. Sian plak aku tengok awek kat sebelah aku ni yang sejak dari tadi asik terlentok2 ngantok.. "...dik, kalau adik nak sandar kat abang pon takpa. Abang tak kisah pon." muahahahaha ok, ciow chin ciow...