Thursday, August 21, 2008

Kuala Lumpur Dalam Kenangan...

Gambar lama-lama ni memang seronok kalau dapat kita hayati. Maklumlah masa tu korang pon belum hidup lagi. Kalau tengok citer P. Ramlee pon asik2 tunjuk kat singapore jer. Kat bawah ni gambar2 sekitar KL masa dulu-dulu...













Kalau nak dapat side effect, tengok gambar ni sambil dengar lagu instrumental oleh Earl Klugh cam lagu "moonlight dancing" atau "midnight in San Juan". Sure tangkap leleh.... Oh sebelum ni aku ada masukkan gambar Johor Bahru. Tengoklah , dimasa depan mungkin aku akan masukkan gambar bandar2 lain plak..... ENJOYYY...

Big Python...

video

Friday, August 8, 2008

Olympic JPPH HQ....

-In progress-

Olympic 2008 - Beijing...

Hari ni adalah 8 hb 8 thn 2008. Hari ni juga adalah hari perasmian sukan Olympic 2008 yang diadakan di China. Begitu meriah dan memberangsangkan. Kalau lah aku ada kat sana....ermm tapi sapa plak yang nak tanggung...








Apa terjadi di sebalik kejadian...?

Korang klik gambar kat bawah ni, dan bagi tahu, sapa punya angkara.....!!!

Lapan Haribulan Lapan Tahun Lapan...



Hari ni dikira hari yang istimewa bagi sesetangah orang. aAl maklumlah, hari ni adalah 08.08.08 = 8hb Ogos 2008. Pagi tadi aku dengar radio kat hot fm, ramailah yang akan berkahwin malam ni sempena tarikh tu. Aku pon cam teringin gak tapi takboleh sebab bini aku tak kasi...hehehe. Pas tu ramailah yang tipon cuba kaitkan diri diaorang ngan nombor lapan ni. Uh mak ai... dah macam cina plak, dok percaya kat nombor lapan ni. Tapi apa2 pon, itu hak depa. Aku pon ada hak gak dan takda orang buleh pertikai.
Teringin plak aku nak kaitkan diri aku ngan nombor lapan nih.... Hari ni genaplah 8 hari kekawan minum pagi aku telah meninggalkan aku untuk bertugas sebagai COB kat majlis perbandaran. Ada 3 orang kawan aku kat opis HQ nih yang gi ke MBSA, MPK dan MPSP. Hari ni jugaklah genap 8 hari kawan baru aku kat sebelah ni melaporkan diri kat HQ. Apa lagi yer.... ntah... itu ajer.
Sempena 8.8.08 ni, Kesupen HQ jugak menganjurkan sukan dalaman. Aku main dart ngan ping pong ajer. Tak lah pandai sangat tapi cukuplah memberikan satu semangat kesukanan sesama staf. Gambar aku tak upload lagi... nantilah..

Monday, August 4, 2008

Ghost in lift..

video

Bagi mereka yang selalu naik lif sorang-sorang...jaga2.......

Friday, August 1, 2008

Zimbabwe's Inflation..

Kat bawah ni duit baru Zimbabwe, bernilai 500 juta dollar Zimbabwe yang baru ja dicetak pada Mei 2008. Ia hanya bernilai sekitar 2 dollar amerika atau hanya cukup untuk sekali makan saja.

Zimbabwe ketika ini pemegang rekod inflasi terbesar di dunia iaitu 2,200,000 % (2.2 juta persen!), parahnya, harga-harga melambung begitu cepat dengan hanya dalam beberapa minit sahaja, jadi tak heran jika peniaga2 di zimbabwe begitu sibuk mengganti label harga barangan mereka hampir setiap minit!



Pada tanggal 20 Julai 2008 ini bank Zimbabwe juga telah mengeluarkan pecahan wang sebesar 100 Juta Dollar! yang merupakan rekod pecahan wang dengan nominal terbesar di dunia....!!! Zimbabwe memang memegang banyak rekod dunia, tapi sayang semua rekod itu tidak ada yang membanggakan. :-( sehari dalam kehidupan mayarakat disana harga2 barang di pasar zimbabwe,


Bayangkanlah betapa banyak wang yang diperlukan untuk membeli sebotol minuman....


Setiap bulan bila kita terima gaji je... kena sewa teksi atau lori sebab banyak gila....



'pengemis' yg boleh dianggap 'kaya' sebab hasil mengemisnya menjadikannya jutawan...



Agaknya, kalau diaorang ni ada wallet, berapa kepinglah yang muat. Kalau nak beli air sebotol pon sampai seguni duitnya...


Adoi... teringat plak aku masa zaman selepas jepun...duit berguni2 tapi tak laku.

Lebai Malang..

Apa yang tak kena ngan semalam....31 Julai 2008. Semua serba tak kena.... Mula-mula, semuanya ok. Tapi lepas pukul 5.30 macam-macam plak yang menimpa. Mula-mula tu masa aku nak punch out balik. Gi kat tempat punch, kad aku yang bulan 7 dah takda... mana perginya? rajinnya lah kerani ni kat opis aku nak kutip awal sangat.. Yang ada cuma kad untuk bulan 8. Dah ler seminggu aku tak punch sebab macam-macam hal... Kononnya, nak tulis note lah pada kad tu...haiiiiieeehhh..... Itu baru 1 perkara.

Petang aku balik cam biasa..tgk2 kat meter minyak, rupanya aku terlupa nak isi mninyak tgh hari tadi. So kenalah gi pusing kat Precint 8 nak isi minyak dulu. Lepas isi, aku terus chiow balik ke Shah Alam. Lepas amik bini aku, amik anak sulung aku plak.



On d way back, aku singgah sekali lagi kat Shell sebab nak isi tangki penuh. Bukan apa, tadi masa kat opis, member aku bagi tonik tuk bubuh kat tangki minyak. Lepas isi, aku pon start kereta....tapi, tak bleh start..! Start kejap, pastu mati injinnya... Banyak kali aku cuba tapi still tak bleh... Adooiiiiiiiiii!!!!!! Relax kejap.. tolak kereta ketepi. Pastu baru pikir sapa aku nak tipon.Dalam pikiran aku takder lain, "RIZAL", itu lah nama member aku yang dah banyak tolong aku. Segan gak mula2 tu nak tipon, tapi kalau segan abislah aku.... tido kat tepi jalanlah. Aku pon tipon lah dia, mintak tolong dia panggilkan mekanik. Itupon ada masalah gak....tipon aku plak kruk-krak.. kruk krak.. Aiyooo takkan tipon plak masa ni nak rosak. Pendekkan cerita, dia pon tak lama lepas tu datang ngan sedara dia. Sedara dia check, tgk-tgk rupanya Fuel Pump aku yang kong. Ketuk2... lepas tu ok. Baru jalan tak sampai 1 kilometer, keta aku mati semula. So kena lah tukar jugak benda Allah tu. Tapi masalahnya jam dah menunjukkan jam 7.45 malam. Mana ada kedai spare part bukak..? Kita orang cuba jugaklah cari kat Sg. Rasa...nasib baik ada 1 kedai tu baru jer nak tutup. Cepat2 kita orang gi kejar. Maka akhirnya dapatlah aku Fuel Pump tu dan terbanglah duit aku kat cina tu sebanyak RM170. So kita orang pon baliklah ke tempat kereta aku tersadai tadi... Lepas tukar Alhamdulillah. Sampai rumah dah kat pukul 8.30 malam.




Kemudian tu aku teringat plak yang duit rumah aku belum bayar lagi. Kena bayar sebelum 1hb kalau tidak kena denda. Nasib baiklah boleh bayar kat mesin ATM. Ambankkkk maaaa!!! Aku pos start balik kereta dan terus ker stesen minyak Esso. Aloo kawan! bukan mau isi minyak tapi mau keluar duit kat mesin ATM Maybank. Beratur panjang......sampai giliran aku, tit..tit..tut..titt tutt.. last sekali mesin tu kata kad aku rosak. Hampeh betui!!!! Nak taknak, aku kena gi cuba nasib kat Maybank seksyen 14. Maybank besar. Nasib baik boleh keluar duit aku. Pastu terus gi Ambank seksyen 15 nak bayar duit rumah. beratur tak panjang sangat tapi boleh tahan. Nasib baik awek kat depan aku beratur tu boleh teheennnnn!!! tak lah boring sangat... tit..tit..tut..titt yang keluar resit. Pastu dia kata no akaun rumah aku tak sah...adoiii makk!!!!! apsal jadi cam ni?.. Aku pon dengan perasaan yang tak berputus asa, mencuba lagi kat mesin sebelah. Kena lah beratur semula. Sampai turn aku, aku masukkan no akaun, tup-tup jadi cam tadi jugak. Hampeh Betul!!!! Maka aku pon balik lah....

Sepanjang aku bawak kereta, bau petrol cukup kuat dalam kereta aku. Aku takut mamat tadi pasang fuelpump tu longgar jer. Bila aku check, ok jer. Aghh!!! lantakla.. aku pon lepas tu gi kuar minum ngan RIZAL kul 11 malam.. balik tu aku saja lah check bonet.. ALAMAK!!!!! aku lupa nak kuarkan fuelpump lama aku yang penuh minyak tu rupanya. Abis lah tumpah petrol kat dalam bonet tu. terpaksalah aku lap walupaupun takda beza... Plastik cover carpet bonet aku pon dah naik lembik dek petrol tu... Lepas lap, aku pon terus masuk dalam layan internet jap pastu tido....zzzzzzz..... Berkahirlah kisah lebai malang aku pada hari Khmis 31 Julai 2008.


Kekadang tu aku pikir bagus gak kalau pakai NGV, kalau fuelpump rosak, maka taklah aku tersadai kat tepi jalan...hehehhe. Apa-apa pon, moral of the story is....redha ngan apa yang terjadi, sentiasa tolong orng sebab satu hari nanti bila kita susah, Allah akan bantu kita. Untuk itu aku nak ucapkan TERIMA KASIH BANYAK2 PADA RIZAL MAWI YANG DAH TOLONG AKU. SEMOGA MAJU JAYA BERKHIDMAT NGAN MBSA SEBAGAI Mr Comission....oopppss Mr Comissioner.

Blog Widget by LinkWithin