Tuesday, December 18, 2007

Annual Dinner MSU









Kepada sesiapa yang berkenaan, sila copy gambar2 tu yer..

Friday, December 14, 2007

Tuesday, October 23, 2007

Monday, October 22, 2007

amik kunci rumah baru

22hb hari tu, aku gi amik kunci rumah baruku... Hampeh tul, coz surat bertarikh 8hb tapi aku hanya terima surat tu 20hb... Mungkin sebab raya kot.... Tapi takperlah. Tgk dari luar rumah, ermmm puas hati beb. Pandangan hadapan... Tapi alangkah sedihnya... sebab banyak sangat defect. Bumbung bocor, cat tak rata, paip bilik air bocor. Huaaahhhhh!!!! Terus aku komplen. katanya dia nak buat minggu terakhir Oktober ni. Harap2 ok la.


















walau apa pon...aku tetap bersyukur sebab sekarang ni aku dah ada peningkatan dalam pemilikan harta....kalau dulu ada apartment jer, sekarang dah tambah 1 lagi....rumah teres 2 tingkat.

Member aku ada sorang dah pindah kat situ, dia beli cash rumah dia.....Aku tgk rumah dia...sangatlah berkenan hati aku.... Cuba korang tgk gambar rumah dia... kat bawah

Saturday, October 13, 2007

Salam Aidil Fitri...

Tahun ni turn beraya hari pertama kat rumah mak bapak aku.....hari raya ke 2 baru balik Bagan Datoh. Well seperti biasa, beraya di bandar...takde apa aktiviti pon... Hari raya kedua baru start berjalan dan beraya kat Bagan Datoh....



Cuti raya seminggu dari 12 Oktober sampailah 19 Oktober.... sekarang ni,...kena kerja balik la

Monday, October 1, 2007

Friday, September 28, 2007

Wednesday, September 26, 2007

Tuesday, September 25, 2007

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara






Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara
Jawatankuasa ini terdiri daripada seorang Pengerusi dan Naib-Pengerusi yang akan dilantik oleh Majlis. Tidak kurang daripada enam dan tidak lebih daripada dua belas orang ahli ini akan dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen.
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dilantik pada awal tiap-tiap Parlimen kerana memeriksa:
Kira-kira Kerajaan Malaysia dan Peruntukan wang yang dibenarkan oleh Parlimen kerana menepati perbelanjaan negeri; Apa-apa kira-kira badan-badan pentadbiran raya dan pertubuhan-pertubuhan lain yang menguruskan wang negeri yang dibentangkan dalam majlis; Penyata-penyata Pemeriksa Kira-kira Negara yang dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat menurut perkara 107 dalam Perlembagaan; Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Jawatankuasa itu patut diperiksa, atau apa-apa perkara yang diserahkan oleh Majlis kepada Jawatankuasa ini.
Semasa ketiadaan Pengerusi atau Naib-Pengerusi yang disebabkan oleh keuzuran atau lain-lain sebab, Jawatankuasa hendaklah memilih salah seorang daripada mereka untuk menjadi seorang pengerusi yang akan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasan itu.
Seseorang ahli Majlis tidak boleh dilantik, memegang atau memangku jawatan Pengerusi atau Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara semasa dia menjadi seorang menteri.
Jawatankuasa ini berkuasa memanggil orang untuk hadir dihadapannya atau meminta mengeluarkan surat-surat, rekod-rekod dan mengeluarkan penyata kepada Majlis dari satu masa ke satu masa.
Ahli-Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
Pengerusi ialah YB Dato' Shahrir bin Abdul Samad
Naib Pengerusi ialah YB Dr. Tan Seng Giaw.
YB Tan Sri Dato' Dr. K.S Nijhar
Ahli bagi kawasan Subang
YB Dato' Hj. Mohd. Sarit bin Yusoh
Ahli bagi kawasan Temerloh
YB Dato' Dr. Tan Kee Kwong
Ahli bagi kawasan Segambut
YB Datuk Wilfred Madius Tangau
Ahli bagi kawasan Tuaran
YB Tuan Jimmy Donald
Ahli bagi kawasan Sri Aman
YB Dato' Lim Bee Kau
Ahli bagi kawasan Padang Serai
YB Datuk Ir. Hasni bin Haji Mohammad
Ahli bagi kawasan Pontian
YB Dato' Ismail Sabri bin Yaakob
Ahli bagi kawasan Bera
YB Tuan Wong Nai Chee
Ahli bagi kawasan Kota Melaka
YB Tuan M. Kula Segaran
Ahli bagi kawasan Ipoh Barat
YB Dato' Kamarudin bin Jaffar
Ahli bagi kawasan Tumpat
YB Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail
Ahli bagi kawasan Permatang Pauh
Hari ini kalau korang nak tahu, aku telah menjalani satu pengalaman yang sangat berharga iaitu terlibat secara langsung di dalam membantu JPPH sewaktu buat 'presentation' di hadapan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Dato' KP, Dato Abdullah Thalith yang bercakap dan dibantu oleh TKPP (Teknikal) En. Lim Kim Hoe dan Pengarah Bhgn Penilaian, En. Faizan. Aku ni apa plak?.... hehe.. aku jaga slide untuk presentation la...
Walau apa pon, terima kasih banyak2 lah pada Dato KP dan mereka semua sebab menjemput aku masuk sama dan beri tugas jaga slide tu walaupun sebenarnya mereka pon boleh buat. Dato' cakap sebab nak bagi pengalaman katanya.
Ye laa... sempena menyambut 50 tahun JPPH, ini lah kali pertama JPPH terlibat secara langsung ngan Parlimen. So masa presentation tu, semuanya ok. Dato' yang buat presentation tu. Suspen gak aku, kot-kot aku tersalah tekan plak nanti. Agak stress jugak mula2 tu tapi relax la... Aku tgk ahli2 PAC ngan urusetia agak blurrr jugak. Al maklumla sebab present bab teknikal.. hehehe. Apa-apa pon semuanya ok. Soalan pon tak lah killer sesangat. Semua dapat dijawab dgn baik oleh Dato' KP. Aku pon terselamat gak dari buat kesilapan.
Anyway, anyhow, pengalaman ni sangat besar pada aku walaupun korang cakap..."eleh...jaga slide pon nak bangga giler., chait! podacitt..!!!"
kih..!kih..!kih..!

Saturday, September 22, 2007

Majlis Berbuka Puasa Tahunan..

Alhamdulillah,

Tahun ni adalah merupakan tahun ke 6 atau ke 7 (aku pun tak pasti sebab selama ni tak direkodkan) majlis berbuka puasa tahunan yang kita org anjurkan. Tapi sedih sikit sebab tahun ni lah merupakan majlis yang ahlinya tersikit. Tapi untuk makluman semua, diaorg yang ada dlm gambar tu boleh dikatakan ahli wajib yang tak pernah miss soru. Cuma Makde masa tahun pertama takder tapi lepas tu tak miss langsung.. Yeop plak terpaksa miss sebab dia kena berhijrah ke Dubai. Maklumlah hujan emas di negeri orang...kih..kih..kih. Hisham (si misai) ngan Fairuz (ngang) dan aku memang tak pernah miss soru.
Actually, ada beberapa orang lagi ahli tetap tapi tak dapat hadir lah plak tahun ni. Antaranya Ajoey. Anak tak sihat katanya... Ok lah, tapi kita org kurang seronok lah pasal sepatutnya dia ada, sebab watak dia umpama "Giant" dalam citer Doraemon. Nak tahu sapa "Nobita"? Si Fairuz lah.... Hisham pegang watak "Sunyo". We really miss the action every year beb.....


Kat sini aku nak citer lah sikit sejarah majlis berbuka puasa ni diwujudkan. Kita org semua sebenarnya adalah bekas student ITM. Ahli yang hadir ni sebenarnya dibuka kepada mereka yang pernah belajar kat ITM Manjung tahun 1991. Ada yang kata majlis ni di buka kepada bekas bebudak "DEM" (Diploma ini Estate Management) sahaja. Mereka tersilap sebenarnya. Sesapa yang pernah belajar kat Manjung pada tahun tu dan mengenali kami sebenarnya juga adalah dijemput.

Majlis ni sebenarnya diadakan sebab nak merapatkan silaturrahim sebab maklumlah kami semua bekerja di bidang yang berbeza. So kita org jumpa setahun sekali sahaja dan masa tu lah nak minta maaf, ucap selamat hari raya nak bergurau dsbnya. Selepas tu kita org kalau tak jumpa pon takpa. Kalau ada hal baru call, kalau takde menda tak yah call dan kita org tak akan marah. Itu lah syarat dan kelebihan group ni.

Macam dah diberitahu, kita org dah anjur benda ni 6-7 tahun. 3 x kat Thai Village Rest. (not sure 2 atau 3), 1 x kat Kelab Darul Ehsan, 1 x kat Concorde, 1 x kat Quality Hotel Shah Alam dan tahun ni kat Serai Rest. Aturcaranya ialah.. kita org akan berbuka puasa kat tempat utama dan selepas tu akan disambung kat kedai mamak plak. Itu aturcara tradisinya. InsyaAllah tahun hadapan kita akan adakan dan buat dengan cara yang lebih pro.




Oh yer.. majlis ni kita org tak bawa partner atau askar2. Tapi kalau nak bawapon boleh cumanya kena ikutlah acara tradisi tu....

Thursday, September 20, 2007

Berpindah opislah plak...

Dari MOF ke Perbendaharaan 2. Kitaorg sebenarnya telahpun berpindah sepenuhnya pada 12 dan 13 Ogos hari tu. Sabtu Ahad kena kerja... tapi takper sebab dah dapat cuti gantian 3 hari. Kat atas tu antara keadaan opis lama kita org masa proses nak pindah...penuh dgn kotak sana sini... (Kotak aku saja pon dah ada 4). Alhamdulillah semuanya ok saja.
Gambar kat bawah ni keadaan bilik aku yang dah mula dikemaskan dan semua barang dah masuk dalam kotak....... bye-bye bilikku..........


Sehingga ke hari ni dah lebih sebulan kita org berpindah ke opis baru.... Opis baru ni kira lagi best lah. Al maklumlah benda baru, sama gak cam kalau kita kawin baru..hehehe

Awas... Jgn tersalah korek

Cultural Village & Azhar...



Hari aku dok citer pasal udang ngan lobster, tapi ari ni aku nak citer pasal kawan aku yang dah duduk kat sarawak 6 tahun tapi baru jer melangkah kaki ke Cultural Village.
Hampeh tul!!..... kawan aku tu namanya Azhar/ cha'a. Dia ni org Johor tapi kawin ngan awek sarawak....diaorg berdua tu semua kawan aku masa Diploma kat Manjung dulu..... Sekarang ni dia dah kerja kat sana dan dah beranak pinak. So.. masa aku gi sarawak ari tu, aku berpeluang gi cultural village ni, so memandangkan dia ni tak pernah pergi makanya aku angkutlah dia sekali.
Kat sana actually tempat yang menarik gak untuk kita lawati.... tapi kalau gi sarawak sebab ber bulan madu, makanya takyah la pergi....duduk jer dalam bilik hotel tuh...hehehe.. Masa kat sana aku berpeluanglah tangkap gambar ngan awek bidayuh... sorang tu ajer yang lawanya, yang lain tu pecah rumah gak.....maklumlah, diaorg tu bukannya bidayuh asli yg dok kat kampung.














Selain itu, ada gak persembahan yang patut kita semua pergi tgk. memang menarik tertarik ko memang debom..... Memang best lah... berbaloilah pergi. So kalau korang gi sana, jgn lupa gi ke sana........


Feewwiiitttttttttt................!!!!!

Blog Widget by LinkWithin