Tuesday, June 30, 2009

White Balance....

Apalah... berkecimpung bidang fotografi secara amatur dah lama, kurang setahun boleh sambut Jubli Perak. Aku ni boleh diumpamakan macam menyanyi bertahun-tahun tapi tak pandai baca note a.k.a "togeh". Orang cerita pasal skin tone, aku pon tak paham sangat.

Siang tadi sementara break mkn tgh hari, sempat aku tipon "Zul D' 700"..hehe bincang sikit pasal setting terbaik untuk White Balance. Dia kata untuk flash indoor guna "Kelvin" setting 4500K - 5000K. Balik tadi aku cuba terus. Yang menjadi mangsa adalah sesatunya model aku ni.

White Balance 1

White Balance - Auto | 1/60" | F5.6 | 78mm

White Balance 2

White Balance - Kelvin 4760K | 1/60" | F5.6 | 78mm

Di antara kedua nih yang mana satu patut aku guna?..... Kedua-dua gambar tu masih dara. Aku tak edit sikit pon cuma compress jer guna photoshop. Kepada mereka yang berpengetahuan lebih dari aku, sudilah memberikan pendapat dan tunjuk ajar....

Monday, June 29, 2009

Jamuan lagi....

Sebagaimana yang telah ku katakan pada posting yang lepas, hari ni aku masukkan posting berkenaan majlis perpisahan yang telah diadakan pada Jumaat lepas. Sorry sebab gambar tak berapa elok sangat. Mungkin ada gambar yang terlebih mekap. Biasalah jurugambar amatur yang baru nak belajar... Kepada mereka-mereka yang berkenaan kalau nak salinan gambar boleh download sendiri dari Flickr. Dont worry tiada bayaran dikenakan....

Untuk paparan yang lebih baik, klik di gambar..

Sate2
Hidangan utama bagi setiap majlis dan kenduri.... Kenduri arwah jer yang takder benda nih.


pisah6
Diaorang kata jangan tangkap dari bawah sangat sebab nanti gambar diaorang besar kat bawah.... hehe. Ok lah ini kira sedang2 jer.

Pisah 5
Antara mereka yang kuat makan... patutlah sate cepat habis...

Pisah 3
Sebahagian dari staf yang suka buat bising kat opis terutama masa breakfast pepagi...

pisah ramai i
Hangpa semua happy noo... Apa kata kita buat kuiz..
  • Siapa senyum/ ketawa paling cute?
  • Siapa yang senyum2 malu?
  • Siapa yang takder perasaan pon nak senyum?
  • Siapa yang paling gedik bila ketawa/senyum?
  • Siapa senyum paling manja..aww? dan...
  • Siapa yang takder dalam gambar nih...huhu

Kepada Lin.... Bahagian teknikal akan merasakan kehilangan ko sebab ko lah yang paling bising kat Bahagian nih...

Good Luck to you dan semoga success.

Sunday, June 28, 2009

Mesyuarat Kuih Dua Biji...

Mesyuarat adalah bermakna sekumpulan manusia berjumpa, berbincang, membuat strategi, mengenal pasti dan kadangkala bersembang-sembang. Setiap kali mesyuarat, biasanya akan disediakan minuman. Bagi mereka yang ikut prosedur biasa, mesyuarat biasanya akan dihidangkan dengan 2 biji kuih beserta air sama ada teh atau kopi. Namun begitu, bila aku menjadi urusetia untuk sesuatu mesyuarat, aku biasanya akan order nasi lemak kalau disebelah pagi. Biasanya tempahan, aku akan buat lebih supaya boleh cover makan tengah hari selepas abis mesyuarat...huhu.

Kehadiran kita di dalam mesyuarat terdiri dari 2 peringkat sama ada kita menjadi ahli mesyuarat ataupun kita hanya menjadi wakil sahaja. Adakalanya, mesyuarat yang diadakan memerlukan kita memainkan peranan (maknanya kena bagi idea) dan ada kalanya kita hanya dijemput dan bersuara bila dikehendaki.

Di atas adalah gambar yang ku rakam sewaktu menghadiri mesyuarat. Terdapat beberapa tips yang boleh digunakan oleh anda semua sekiranya anda merasakan bahawa sesuatu mesyuarat itu akan menjadi bosan dan lama. Tips adalah seperti berikut:
  • Pastikan anda duduk di kerusi yang posisinya terdapat kuih atau nasi lemak dihadapannya.
  • Pastikan posisinya tidak terlalu hampir dengan pengerusi.
  • Pastikan kerusi yang anda duduk adalah hampir dengan sumber kuasa elektrik dan bukan laluan orang.
  • Pastikan ahli mesyuarat yang duduk disebelah anda tidak berpangkat jauh lebih besar dari anda.
  • Pastikan anda tidak duduk disebelah ahli wanita.
Lima tips di atas memulakan ayat dengan perkataan 'Pastikan' dan kenapa agaknya. Jawapan tips di atas adalah seperti di bawah.
  • Duduk di kerusi yang terdapat kuih akan pastikan anda mendapat bekalan kuih yang cukup kerana ada kadangkalanya, mereka yang hadir mesyuarat melebihi dari jumlah sepatutnya.
  • Duduk di posisi jauh dari pengerusi akan membuat anda lebih bebas membuat perkara lain sekiranya bosan.
  • Duduk berhampiran dengan sumber elektrik akan mempastikan notebook anda mempunyai bekalan elektrik yang mencukupi.
  • Duduk tidak disebelah Boss akan mempastikan anda bebas melayari internet di notebook anda.
  • Apabila dah bosan sangat, anda biasanya akan keluar sekejap untuk menghisap candu. Apabila kembali semula ke tempat duduk, makanya tidak akan adalah orang yang sebok nak tutup hidung sebab biasanya wanita tak hisap rokok dan dia tak tahan bau rokok.

Cuba anda teka, laman web apakah yang ku layari semasa mesyuarat ni... Terdapat banyak lagi tips sebenarnya tapi cukuplah tu. Buat baik berpada-pada buat jahat sekali saja dan jangan berkali-kali.

Saturday, June 27, 2009

Lelongan Awam......

Simalam hali Jumaat pagi, wa punye opis ala majlis makan-makan. Wa punya AVO sulah mau pencen. Lia sulah tak mau kerjer jadi AVO lagi. Bulan lepan lia sulah naik pangkat jadi VO. Itu VO pon lu tak tau ke? Valuation Officer looo.... Tapi wa bukan mau celita pasal lia punya majlis. Lia olang punya gambar bulum siap wa elit...Haiyoo wa talak manyak mase ooo.. asik meeting saje hali-hali. Minggu lepan balu wa celita.

Wa sempat elit satu kiping saje..... Waa... Miza, wa banyak soli. Ala sikit hitam lekat lu punya muka. Wa tak singaja looo...

Lelong

Mali-mali... wa mau lelong! lu boleh pilih mana satu lu mau. Ini hali wa mau tutup kelai awal. Lu boleh pilih tapi itu tiga olang kili sajer. Lima olang kanan sulah ala olang punya. Wa taler belani mau lelong. Meleka sangat galang. Wa takut nanti lia olang punya tokey malah sama gua.

Ini hali lu boleh angkat semua itu tiga kili. Wa juai kila satu olang saja, lagi lua wa kasi free. Ayaa.. lu jangan takut... wa tala tipu. Ini macam wa cakap sama lu, lu angkat tiga, lu kasi suluh lia basuh lu punya baju, kalau lia tak tau basuh, lu suluh lia masak. Kalau lia tak tahu jugak, lu suluh lia belanak banyak-banyak saja looo...!!!!

Thursday, June 25, 2009

Aku taklah pandai sangat tapi taklah bangang sangat...

video

Kepada anda semua, kalau dah bangang, belajar2 lah ngan orang. Paling tidakpon tengok dulu camana orang lain buat...

.

.

(Buat surat pon salahker?......hehehe)

Sunday, June 21, 2009

Kisah Penjual Obat....

Tajuk kat atas tu sebenaqnya takda kena mengena ngan ceghita yang nak aku tulih ni. Tapi kalau nak kaitkan pon takpa gak... tertakhluk kepada 'model comei' kat dalam gambaq tu...
Yang sebenaqnya, khamis lepaih kita oghang di 5 Sektor yang berlainan ni telah menerima sebuah beg yang sepatutnya digunakan untuk tujuan rasmi. Tapi bila kami menerima sahaja beg tersebut, berbagai2 reaksi kepada kami. Persamaan yang ketara ialah, kami ketawa sampai berguling2.... hehe.... ssssyyy! Jangan habaq kat org laen, nanti bos kami dengaq mampuih kena maghah.
Bila teghima ja beg tu, kami ghasa gumbira!, terpeghanjat pon ada, kelakaq pon ada, geleng kepala pon ada. Mana taknya, zaman la ni, mana ada oghang dok gi meeting bawak beg camni.. Masa bapak aku kerja ngan gomen dulu dan waktu tu aku sekulah lagi ada la... Lagi satu aku tengok beg jenis camni masa cerita zaman-zaman A.R Badul ngan R. Jaafar dulu. Depa dok usung beg ni buh nasi lemak masa bulan posa.... muahahaha.
Nak ceghita lebih kaghang oghang kata tak besyukuq plak. 'Kak Mala' kata nak tipon supplier tu dan nak tukaq pi beg tu. Biaq la dapat beg mughah sikit pon takpa tapi bukan beg yang camni. Adoi... depa takpa la, depa punya belum bukak plastit lagi. Aku punya dah jadi bahan eksperimen depa... Apa-apa hal pon kami semua nak tengok sapa yang mula nak pakai beg ni gi mesyuarat.... Adusss tak sanggup aku. Bayangkan bawak gi mesyuarat pastu bila nak buka lupa plak kombinasi kunci kat beg tuh.... aduh malunya.

Sib baik lah beg ni kulit...hand made lagi. Boleh lah gak tahan. Kalau bagi PU ka.... lagi lah haghu.

Kepada Kak Mala, Masri, Anaz dan Suhaifis, hangpa janganlah dok malu nak pakai beg ni. Aku takpa, beg aku dah banyak dah... hehehe.

Pis, aku tengok gambaq hang lam gambaq ini ok la. Beg tu kena ja ngan gaya hang. Maklum la oghang kaya bawak beg camtu, memang kena. Tapi aku tak buleh nak bayang kalau hang nak bawak beg tu dengan mutor besaq hang tu.... kih..kih..kih..

Thursday, June 18, 2009

Ayer Keroh Golf & Country Resort....

Ahad lepas aku telah merasmikan gear baruku di Melaka. Geng2 JPPH telah mengadakan perlawanan golf yang dianjurkan oleh JPPH Melaka. Pengelolanya siapa lagi Mr Saharun la...

Kat bawah ni adalah sebahagian gambar yang telah ku rakam dan dipakaikan aksesori dan dimekapkan.....

Golf Open 5

Golf Open 2 copy

Golf Open 4

Depa tanya aku...."awat hang tak main khalid? Mana set hang?".. aku jawab, "kalau aku main, sapa nak tangkap gambaq koghang? Lagipon set aku ni lagi mahey dari set koghang yang ada satu beg tu"...

Rizal3

rizal1

rizal2

Rizal4

Rizal5

TQ to Rizal sebab bagi aku naik Ixora baru ko tu ke Melaka.....

HAFEZ CHAMP

To Hafez, tahniah ler coz jadi "The Champ"... sib baik tak jadi "The Chimp"....muahahaha

Kemalangan Bas Udara - Air France...

Selingan jap sebelum mulakan kerja.... Masihkah anda ingat kemalangan Air France baru-baru ni.? Gambar kat bawah ni sempat diambil oleh salah seorang penumpang. Camana plak boleh dapat gambar nih? Penumpang tu masih hidup ker? atau aku yang jadi penumpang tu?
Ishh... Gambar tu diambil dari memori card tipon penumpang tu yang dijumpai di kawasan bangkai kapal terbang tu. Telefonnya memang rosak teruk tapi memori cardnya boleh lagi dibuka.
Memang pricelesssssss.......
.
.
Kalau korang semua pernah mengalami air pocket atau terhentak kuat waktu landing maka tentu korang boleh bayangkan sikit keadaan tu. Itulah dikatakan sedar disaat kematian.....


Tuesday, June 16, 2009

Rasmi atau Resmi...

Memandangkan D60 aku dah dijual maka dengan rasminya aku masukkan 2 keping gambar anak dara yang tak bermekap ni hasil perkhwinan ku dengan bini baru.... selebihnya kemudian yer..

Burner Rizal2

Ini Rizal punyer...

Callaway Hafez

Ini pulak Hafez champion punyer...
(JPPH OPEN - Ayer Keroh Country Golf)

Monday, June 15, 2009

D60 for Sale..


Detail.... klik di gambar
Pada jam 11.30 a.m. 16 Jun 2009, DSLR pertama kesayangan ku telahpon dijual... sedey plak rasanya... Ku akan merinduimuuu....muah.muah..muah..

Friday, June 12, 2009

Eppy BirthdaY Anaz Junior...

Sepatutnya aku wish kat Anaz pagi-pagi lagi... maksud aku masukkan posting ni di awal pagi. Namun begitu, pepagi jer lagi dah sibuk pulak. Jadi tertangguhlah posting aku nih. Apa-apa pon aku ucapkan selamat hari ulang tahun 1 BULAN pada Anaz Junior (nama anak dia aku tak tahu daaa..) Kepada Anaz pula, Selamat berpuasa dan teruskan puasa anda.... ada beberapa hari lagi jer. Itupon kalau ko nak sambut raya lah...ahaks. Kalau tak tunggu lah 100 Hariii....
Apa-apa pon, kat bawah ni pesanan khas pada member aku nih yang telah menjadi bapak yang bernama Khairul Anaz..





Thursday, June 11, 2009

Nasib baiklah cucu...

Setiap kali balik kampung kebiasaannya mesti ada benda-benda pelik dan diluar jangka akan dilakukan terutama oleh bebudak bandar nih. Anak2 aku yang sepasang tu masa balik kampung sebelum ni rekod dia setakat baling anak2 ayam dan mandikan anak2 kucin sampai mati jer.
Ada satu ketika tu pulak, budak lam gambar tu pernah masukkan telor ayam yang tak berbasuh kat dalam cerek kopi opah dia. Opah dia ingat kopi tu banyak lagi dan tuangnya untuk diminum.... ermmmm telor tak berbasuh tu! Dalam kopi mana lah nak nampak... hehehe.
Jeti Bagan
Balik kali ni lain pulak dibuatnya. Bila tengok atuknya bakar sampah, dia agaknya dah terasa gian. So, tanpa pengetahuan orang lain, dia dah bakar almari buruk yang ada kat bangsal atuk dia. Bayangkanlah almari tu dipenuhi kain dan buku lama. Tak payah ceritalah berapa besar api yang marak..... Aduhai... Sib baiklah cucu. Makanya tiadalah sesiapa yang marah. Semasa kejadian aku pon tak perasan sebab zzzzz.... Atuk ngan opah dialah yang jadi bomba masa tu.
hehehe... sori lah bapak!

Ridhuan1

Wednesday, June 10, 2009

Kampung oh kampung....

Sabtu dan Ahad lepas kita orang sekeluarga telah balik ke kampung di Bagan Datoh, Peghak... Seperti biasa, kemana-mana pergi mesti tak lepas dari kena gi mah orang kawen. Diaorang ni dah takder kerja lain ker asik nak kawen ajer!..hehehe.

Selepas pergi ke salah sebuah rumah orang kawen tu, ibu anak sulung aku mengajak pergi ke rumah lama diaorang. Tak jauh cuma beberapa pelaung ajer dari mah orang kawen tu. Di saat aku melihat rumah tersebut.... sesungguhnya aku bersyukur kerana kehidupan ku semasa kecil jauh lebih baik dari kehidupan ibu anak sulung aku tu. Kesian sungguh bila ku bayangkan keadaan mereka sekeluarga tinggal dirumah tersebut...

Syukur alhamdulillah kerana kehidupan sekarang jauh lebih baik dari dulu...
Kampung 2


Kampung 1
p.s. Tq to Qayyum sebab ajar aku camana nak buat frame macam dia punya walaupun tak sama langsung ngan dia punya..

Boleh ker kahwin ni.....?

Siapa pulak yang nak kawin ni?. Aku memang dah kawin tapi 3 lagi belum, huhuhu... Sebenarnya yang nak dikawinkan ni adalah di antara lens lama aku ngan lens baru aku... umpama orang tua kawin baru ngan anak dara beza umur 24 tahun.

Nikkon Series E

Masa mula-mula bapak aku belikan SLR kat aku sekitar tahun 1985 dulu, aku selalu guna lensnya untuk dijadikan kanta pembesar (lens kat atas tuh..). Kekadang tu, bapak aku tengok, macam aku khusyuk study tapi sebenarnya aku tengah menengok huruf2 kat buku aku tu menggunakan lens aku...hehehe Itulah pasal bila kuar result peksa, tak berapa nak boleh dibanggakan sebab orang lain baca perkataan ker perkataan, tapi aku baca huruf ker huruf.

Tak sangkalah pulak, rupanya menggunakan lens secara terbalik dihadapan lens sedia ada, adalah merupakan suatu teknik pada masa kini. So aku cubalah gunakan lens lama aku tu dengan lens baru ku... Akibat perkahwinan antara lelaki tua dan anak dara berbeza umur 24 tahun maka hasilnya tak seberapa. Namun bolehlah nak dikongsikan bersama...


Nikkon 1


mata

Mata adalah nikmat Allah yang terhebat...

Pujaan

Tanpanya maka kembalilah kita kepangkuanNya.....

Maybank pun sama gak......

Ermm... disaat-saat aku dalam proses keracunan, rupa-rupanya pihak Maybank pon telah menghidu keadaan diriku. Maklumlah Sang Rimau,....aauuuuummmmm!!!.

cek beracun

Jumaat lepas aku menerima sepucuk surat dan di dalamnya terkandung sekeping cek bernilai RM5,000.00. Apa yang perlu aku buat adalah bank-in kan ajer. 0% interest cash advance..... pergh!

Sib baiklah iman ku kuat dan pengalaman yang lepas telah mematangkan aku mengenai kategori cek nih. Yuran proses tak mahal, cuma sekitar RM32.00 jer sebulan apabila dibahagikan selama 6 bulan. Namun adakah aku sanggup untuk menghadapi cabaran seterusnya sekiranya aku bank-in kannya. Setakat D300 boleh lepas nih...

Nak tau apa akan berlaku? Tunggu....., tempoh sah laku cek ni tidak dinyatakan tetapi kalau ikut kebiasaan 3 bulan bro..!!! Mari kita lihat siapa yang kenaaa!!!!

Monday, June 8, 2009

"Mana kampung?" atau "Kampung mana?"...

Bagan Datoh 1936

Gambar kat atas ni bukannya gambar Bagan Datoh pada tahun 1936. Kedai-kedai asal kat Bagan Datoh ni sebenarnya yang dibina pada tahun 1936. Takkanlah pada tahun 1936, org kat Bagan Datoh dah pakai Honda City....perghhh..!

Aku shoot gambar ni masa aku bercuti balik kampung hari tu. Cuti kat kampung mummy anak pompuan aku. Petang bila dah boring, aku gi lah ke pekan ambik gambar kat jetty. Boring gak amik gambar sorang2, pastu org dok tgk kita cam belagak jer plak.. Sorry bro, gua bukan nak belagak ngan kamera gua. Kalau kat sini kamera gua tahap amatur sesangat-sangat jer. Belum pakey D300 atau D700 lagi.... ehheeemmm!!

Jetty Potrait

Sepanjang hampir 10 tahun aku kawen, tak pernah plak aku tengok ada kapal berlabuh kat jeti nih. Cuma kaki pancing jer ramai yang melabuhkan kail dan tali pancingnya kat sini...

Laut

kapal pasir 2

Sib baik lah aku ni bukan kaki pancing macam Ipar ngan Biras ku.... kalau tak, asik tak lekat jerlah kat mah kampung. Asyik ke jeti je la kerja aku.... hehehe, silap haribulan terpikat plak kat amoi bagan.

Jetty 3

Letih betui la guna 'edge' untuk internet kat mah aku nih. Ingat nak masukkan banyak lagi gambar, tapi akibat dari kelembapan yang teramat sangat nak upload gambar lam flickr, maka aku terpaksa hadkan gambor aku nih... Letih menungguuuuuuu.... Wei.. kat mah aku ni makhluk kunin tu tak masuk kot, intai kat luar jer gaknya..

Letih

Creative Lighting System...

Dulu-dulu masa aku mula nak beli DSLR aku nih, tak terpikirpon sama ada kamera yang aku nak beli tu ada CLS ker... buit-in motor ker... apa ker... Apa yang aku tahu nak murah dan cukup lah setakat hobi... Namun bila dah beli, rupa-rupanya banyak benda yang tak kena dan ditambah plak ngan racun dan onak berduri di sepanjang perjalanan...hehehe.

Apa-apa pon, takda rotan akar berguna juga. So aku cuba gak shoot CLS dengan cara manual. Hasil tak seberapa sangat sebab aku malas nak cuba banyak kali. Mungkin agak over exposed. Pasang tripod, on remote sensor, on flash dan tekan flash dan remote serentak. Hasilnya aku crop lah sikit.. Boleh lah kot, kalau aku adjust setting dia mungkin boleh lebih baik... belasah ajer la labu....

Manual CLS

Takperr... nanti kalau aku dah tangkap body baru (tak lama lagi kot..hehhee) barulah aku shoot gambar manusia plak. Agak2nya kalau aku letak flash kat dalam kain model aku, camana agaknya ghoper gambor tu...huhuhu

Friday, June 5, 2009

Orang lain jual gambar kawin, aku nak jual jamu....

Kengkawan aku semua sibuk berniaga gambar kawin, yela sebab 'tiang seri' diaorang hebat. Aku punya.... ermmm... So masing-masing sibuk jual gambar kawin sampaikan aku pulak yang terasa nak kawin lagi bila tengok gambar diaorang...hehehe.

Hari ni ibu kepada anak sulung aku bagitahu, iklan dia kena reject oleh mudah.my sebab jamu tak boleh dijual kat dalam tu.... panassss... So memenuhi permintaan dia setelah dikenakan bayaran, maka aku masukkan iklan jamu dia.
JAMU HAJJAH HALIMAH
(Untuk ibu yang baru lepas bersalin sahaja. Ibu haiwan peliharaan tidak termasuk)
Jamu Promo
jamu berbagai

jamu akar

Harga hanya RM150.00 per set. Sila hubungi Siti Herdawaty di talian 016-6847626 untuk tempahan dan sebarang pertanyaan.

Blog Widget by LinkWithin