Tuesday, December 30, 2008

Pusat tumpuan atau pusat rebutan?


Memang tak dapat dinafikan bahawa Malaysia ni sebenarnya ada banyak tempat percutian. Walau bagaimanapun kadangkala tu kita rasa seperti takda tempat percutian lain,...asik-asik tempat yang sama dan sampaikan rakan seopis pon pergi ke tempat yang sama. hehehehe......
Korang pon aku rasa dah banyak kali pergi kot. Betul yang macam kawan aku cakap, Cameron Highland ni dah tak sama macam masa aku honeymoon tahun 2000 dulu. Cuaca dah tak sejuk sangat. Tgh hari kalau berjemur boleh meleleh peluh. Tapi apa nak buat, ianya tetap menjadi pusat tumpuan utama kalau nak bercuti.
Kenapa aku cakap pusat rebutan? Yelah.. kalau korang tak percaya, cuba pergi check-in hotel secara walk-in waktu cuti sekolah.. sure korang dapat bilik yang sebesar bilik stor kat rumah korang dengan harga RM200++. Nasib baiklah ada Rumah Peranginan Persekutuan kat Cameron, maka dapatlah aku menempah bilik yang lebih selesa dengan harga yang lebih murah. Tapi kena berebut 2 bulan sebelum tau..... bukan boleh walk-in jer. Nak tahu berapa sewanya? RM25.00 jer semalam bagi 1 bilik yang berukuran 25kaki x 15 kaki tidak termasuk ruang bilik air dan entrance. Murah dan berbaloi sebab ada banyak kemudahan. Kepada korang-korang yang kerja kerajaan, aku nasihatkan korang ambil jer bilik (boleh ambil 2 unit yang bersambung) dan tak yah ambil banglo atau appartment 2 bilik. Nak tahu sebab apa? sebab padang permainan kanak2 dekat dan ianya dekat dengan kaunter. Senang nak angkat beg. Kalau ambil banglo......kalau larat korang pikul la beg ikut tangga.


Kalau gi bercuti, eloklah pergi ramai2, baru syok. Lainlah kalau baru bernikah, hehehehe... itu lain cerita. Apa2 pon yang penting kita nak bagi keluarga dan anak2 kita yang seronok lebih.

Memang seronok sebenarnya bila pergi bercuti dengan kos yang rendah. Almaklumlah 2 bilik selama 2 hari hanya bayar RM104.00 jer. Ada duit lebih bolehlah beli strawberi banyak2......
Bila duit ada lebih, maka bolehlah berbelanja lebih macam makcik kat atas nih... kih..kih..kih..

Disebabkan kita orang dah banyak kali pergi... pergi berdua, pergi bertiga, pergi bertiga setengah dan pergi berempat...makanya banyaklah tempat yang kitaorang tahu nak pergi. Sampaikan Kakak Ipar ngan Biras ku cakap kita orang ni macam balik kampung sendiri jer....
Apa? tak paham apa maksud berdua dan sebagainya? korangkan dah besar... pikir ler sendiri....hehehehe. Jenuh ler kalau asik nak makan bersuap jer.

Tapi korang perasan tak? kalau bawak anak berjalan, antara budak pompuan ngan lelaki, yang lelaki mesti asik ingat nak mainan jer. Kalau takder mainan, kehidupan alam semulajadi pon jadik. Siput camtu pon dia kata macam GARY spongebob....

Pompuan plak tak habis2 ngan bunga..... Dari mak sampai ke anak.....

Walaupun hanya bercuti dalam Malaysia saja, tetapi cukup mengumbirakan keluarga ku. Alhamdulillah.Lepas ni, nak pergi mana lah plak....... alamak, cuti sekolah dah abislah.... hua..hua..hua..

Thursday, December 18, 2008

Shicida Methods – Jadikan anak pandai


BANYAK cara untuk mendidik personaliti anak-anak .Ada menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan semata-mata mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak.Salah satu teknik yang mula di pratikkan di Malaysia ialah SHICIDA METHODS, iaitu kaedah mendidik anak-anak berfikir menggunakan otak kanan yang diajar oleh orang Jepun. Ini kerana otak sebelah kanan lebih efektif berbanding otak kiri tetapi ia perlu dipraktikkan dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya.Kelas SHICIDA METHODS ada ditawarkan di sesetengah tempat disini,namun kosnya agak mahal berbanding kelas-kelas lain, malah tidak ramai ibu bapa khususnya orang Melayu mampu menghantar anak-anak mereka ke kelas sebegini. Disini disertakan serba sedikit kaedah SHICIDA METHODS untuk dipraktikkan oleh ibu bapa dalam membesarkan anak-anak. Kaedah ini boleh Nampak kesannya dalam masa seminggu ia di pratikkan,namun bergantung kepada kebolehan dan keupayaan otak anak-anak anda menerimanya :


  • Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap padanya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, dia budak pandai dan sebagainya sebab sewaktu tidur-tidur ayam itulah otak kanannya sedang bekerja manakala otak kiri sudah tidur. Tapi kena buat dengan seikhlas hati sebab kalau dalam keadaan marah, ia tidak menjadi. Kalau mereka sudah tidur, cuba ramas-ramas jari atau tangan dia atau picit-picitkan badannya supaya dia kembali dalam keadaan tidur-tidur ayam. Cuba pratikkan pada anak anda khususnya bagi mereka yang liat bangun pagi. Insya-Allah menjadi.

  • Mula guna kad untuk ajar anak anda. Ada peserta yang ajar ABC-Z guna kad dalam masa seminggu sahaja, lepas tu mereka sudah kenal semua huruf dan boleh eja perkataan yang pendek-pendek. Buat atau beli kad banyak-banyak dan tunjuk pada mereka cepat-cepat seperti a…..b….c….d. Insya-Allah mereka cepat tangkap sebab bila kita tunjuk laju-laju otak kanan dia akan bekerja keras untuk tangkap apa benda yang ditunjuk. Boleh juga buat atau beli kad 1,2,3 atau gambar-gambar tertentu.

  • Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, jadi cuba ajar anak anda main tanah liat, main cat air ( water colour ), melukis, gunting kertas, origami dan sebagainya. Memang agak leceh dan kena kemas semula, tapi untuk kebaikan anak-anak apa salahnya berkorban sikit. Satu lagi cuba lukis gambar, contohnya rama-rama, tapi hanya sebelah badannya sahaja dan suruh anak-anak sambung lukis ikut apa yang anda lukis dibahagian satu lagi. Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan. Tahukah anda kenapa orang Cina dan Jepun kebanyakkannya pandai-pandai? Ini kerana mereka makan menggunakan kayu penyepit. Kayu penyepit mengaktifkan kerja tangan sekaligus membantu menggerakkan otak kanan.

  • Jangan marah-marah atau tengking anak sebab mereka boleh simpan semuanya dalam otak kiri. Kalau tanpa sengaja marah atau menengking mereka, kembali semula ke cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.


  • Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita dan kemudian suruh mereka menyambung semula cerita tersebut. Walaupun cerita itu merapu pun tidak mengapa asalkan mereka punya inisiatif untuk berimaginasi .


  • Main teka-teki dengan mereka. Letakkan satu barang dalam kotak dan kemudian suruh mereka teka apakah barang tersebut. Untuk permulaan, berikan mereka pilihan untuk menggambarkan jenis barang dalam kotak terbabit seperti memberitahu warna,bunyi dan sebagainya. Lama-kelamaan mereka boleh bangunkan deria keenam (Sixth Sense) dengan menumpukan perhatian kepada benda yang berada dalam kotak terbabit. Ini semua adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat semua permainan yang hendak dilakukan itu hanya boleh dilakukan selama setengah jam sehari. Tidak perlu lama-lama kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan.



Sebelum lakukan semua kaedah ini,pastikan anda mempunyai masa yang benar-benar cukup. Pendekatan ini memerlukan keikhlasan dan kesunggguhan. Dalam Islam sendiri pun menggalakkan ibu bapa bercakap dengan anak-anak ketika mereka mahu tidur kerana pada ketika itulah di antara waktu-waktu doa dimakbulkan. Seorang Kaunselor juga memberitahu, JANGAN SUKA MENYEBUT JANGAN pada anak-anak kerana apa yang kita sebut itulah yang mereka ikut .Cuba ganti perkataan JANGAN dengan perkataan lain untuk menyampaikan maksud anda,misalnya – “Tolong senyap Along” berbanding “Along Jangan bising ” .




Artikel di atas dicilok dari satu email yang telah diterima dan ianya nampak bernas dan boleh dipraktikkan.

Wednesday, December 17, 2008

Bagaimana mengenali identiti golongan GAY...(18sx)


Golongan Gay adalah golongan yang dilaknat. Ramai di antara golongan ini kelihatan kelihatan seperti lelaki tulin tapi hakikatnya mereka tak meminati kaum wanita tetapi kaum lelaki.
.
.
.
Sebagai panduan kepada kita semua, golongan ini boleh dikenali sebenarnya. Namun hanya Gay sahaja yang boleh mengenali status gay yang lain. Cuba hayati cerita seterusnya.........
.
.
.
Pada satu hari, seorang wartawan ingin membuat penyelidikan bagi bahan beritanya yang berkaitan dengan golongan Gay. Oleh itu, pada suatu hari dia telah berkunjung ke satu kelab malam yang dikenali sebagai 'The Blue Boy Club' yang berada di Kuala Lumpur. Pada awalnya, beliau agak takut dan kurang selesa tetapi setelah beberapa ketika akhirnya beliau berasa selesa. Apabila diperhatikan sekelilingnya, didapati semua lelaki2 tersebut kelihatan tiada kurangnya, cuma yang berbeza mereka agak mesra.
.
.
.
Sambil memerhati dan sesekali mencatit nota, tiba2 perut wartawan tersebut rasa memulas. Rasa nak terkentut. Oleh kerana muzik terlalu kuat maka wartawan itu yakin sekiranya dia terkentut, pasti ramai yang tidak akan perasan. Lalu dia bernekad untuk kentut......... Prrrroooootttttttttttttttt.......... Namun tiba2 muzik bertukar menjadi perlahan pada saat dia melepaskan kentut tersebut. Apa lagi, semua mata memandang tepat kepada dia di dalam keadaan samar2 lampu di kelab tersebut. Tiba2...... ada suara berkata "rupanya ada lagi jejaka yang masih teruna kat kelab kita ni" ......hahaha.., dengan perasaan malu dia terus meninggalkan kelab tersebut.
.
.
.
Pengajaran dari cerita di atas, kalau sekiranya seseorang itu kentut dan bunyinya kuat maka sah lah yang dia masih teruna tapi kalau kentutnya bedepus ajer bunyinya..... hehehe dah hilang teruna lah tu...

Sekian terima kasih.





Friday, December 12, 2008

Asal usul Cappuccino....


Kopi adalah minuman kegemaran ku. Kalau tak pekena kopi atau nescafe, tak sempurna hidup... hehehe. Bagi setiap perkara yang berlaku mesti ada sebab dan puncanya. Begitu juga setiap perkara dan benda mesti ada asal usulnya.

Tahukah anda dari mana asalnya minuman kopi yang dikenali sebagai "Cappuccino"? Cappuccino ni asal sejarahnya berlaku pada sekitar abad ke 18 di mana seorang pelancong dari Italy telah belayar ke Melaka. Sesampainya di Melaka, beliau lihat tak ada pon seorang yang berbangsa sama dengan beliau. Akhirnya, beliau meneruskan perjalanan sehingga ke Negeri Sembilan. Sesampainya di Negeri Sembilan, beliau keletihan dan bertanya dengan penduduk setempat di mana beliau boleh berehat minum kopi. Penduduk tu pon cakap "kek sano ado kodai cino... kalau nak minam, bulehlah minam kopi cino tu." So, pelancong tu pon terus pergi dan menikmati kopi kat kedai cina tu. Sungguh menyelerakan kata pelancong tu. Al maklumlah, sebelum ni dia orang asik minum kopi pait jer a.k.a black coffee. Memandangkan pelancong tu tak gheti sangat berbahasa melayu maka timbullah perkataan "kopicino a.k.a. Cappuccino" hehe... orang2 Negeri Sembilan sepatutnya boleh berbangga dengan kejadian ni..

Di Malaysia pada satu masa dulu sangat popular dengan kedai2 kopi yang dikenali sebagai Starbuck lah... Coffee Bean lah.. Tea & Leaf lah.. dan bermacam lagi yang harganya sangat mencekik darah. Tapi bagi mereka yang pentingkan status, diaorang ni suka la lepak kat kedai kopi mahal nih. Aku lepak kat kedai mamak jer.

Tapi sekarang nih dah jadi satu trend pulak orang pergi ke kopitiam. Setahu aku, kopitiam yang popular masa dulu adalah seperti White House di Kota Bharu, Kluang Railway Station di Kluang dan beberapa tempat lain. Kopi diaorang ni memang sedap. Tapi sekarang, kewujudan kopitiam ni dan jadi macam cendawan kukur. Ada yang dapat status halal dan ada yang takda status halal. (aku tak kata haram). Baru2 ni ada satu email yang telah ku terima dan menyebabkan aku terpanggil untuk memasukkan ke dalam blog aku ni.

Kopitiam ni maksudnya kedai kopi dan penggusahanya boleh dikatakan 95% adalah bangsa cina. Namun disebabkan kopitiam sekarang ni moden, maka dia nampak sama macam starbuck atau Restoran A&W dan yang lain2 lagi. Takder lagi apek atau nyonya tua yang kelihatan membancuh kopi kat dapur. Namun, korang tahu ker apa yang diaorang jual.? Maksud aku kandungannya. Mereka tak salah kalau menjual benda yang tidak halal sebab mereka hanya menjalankan perniagaan makan. Siapa suruh org Islam pon sebok gak nak ke kedai mereka?

Di bawah ni beberapa gambar yang dapat aku masukkan untuk pandangan dan pertimbangan korang semua. Korang semua dah besar panjang dan dah ada akal. "Lu pikirlah sendiri". Jangan salahkan aku kalau kat akhirat nanti korang kena soal sebab makan benda yang tak halal. Aku hanyalah pengantara sahaja. Walaupun korang pikir, email ni mengarut dan takda babi yang terlibat, tapi korang pikirlah, ayam tu beli kat mana? sembelih ke tidak? Sedangkan yang didakwa halal pon ada yang bercampur ngan haram.


Boleh beli kat pasaraya...

Macam kat Tesco jer..


Menu dia ada jual mee yang sama lah... mesti best ni sebab takda logo "tidak halal"...

Ermm.. nampak menyelerakan...



Macam biasa nampak jer.. kat Plaza Masalam, Shah Alam pon ada nih..
Illegal?.. cuba korang check sendiri kat JAKIM...

Apa yang aku tunjukkan di atas cumalah kajian yang dibuat oleh rakan2 kita. Tepuk dada tanya selera. Pihak kopitiam tidak salah sebab mereka bukan orang Islam pon. Kepada orang2 Islam, pikirlah dahulu, adakah kita semua nak makan dan bagi anak bini makan makanan yang meragukan.

Di kawasan mah aku ni pon ada kopitiam yang popular.... Pak Li Kopitiam. Pak Li tu korang kajilah lebih lagi. Cuba tengok2 kat dapur, dan tanya2 kat staff seperti ayam ambil kat mana? Mungkin ada diantara kita kata..." minum kopi pon salah ker?" Aku tak kata salah, ini free country, lantak koranglah kalau nak pergi pon. Tapi sebagai muslim, aku cuma bagi pandangan jer....

(Teringat aku kat cerita salah sorang sedara aku yang bertugas kat UK. Dia kata "Kat sana pon ada KFC gak, tapi tak sedap sangat ayam dia" Astaghafirullah.... dia ingat KFC yang jual kat M'sia sama dengan yang ada kat seluruh dunia ker?)

Thursday, December 11, 2008

Misteri kejadian.....

Sungguh berbahagialah pendududuk Negeri Selangor yang bekerja di Negeri Selangor pada hari nih. Dulu aku pon kerja kat Selangor gak tapi sekarang ni dah kat Putrajaya. So, apa kena mengena kerja kat Selangor ngan "Misteri kejadian..."?
Hehehehe... sebenarnya takda apa kaitan pon. Saja letak tajuk yang menarik sebab kalau tak, nanti korang taknak baca plak. So kenapa plak berbahagia?.... hari ni Selangor cutilaaa..... Birthday Sultan Selangor. Itu ajer.... Kepada sesapa yang birthdaynya hari ni dan duduk kat Selangor, boleh la perasaan yang cuti ni sempena hari lahir korang.
Dah 63 tahun dah umurnya. Alhamdulillah masih panjang umurnya untuk diberi peluang membuat kebajikan kepada negeri dan rakyat yang diperintahnya.... Dolattt Tuankuuu...!
Ermmm, salah sorang jiran kat mah aku pon sambut birthday gak hari nih... tapi dia tak lah boleh perasan sangat pasal kena kerja. Tulaa.. sapa suruh kerja kat KL. Aku rasa umur dia dah 36 agaknya. Hehehe... macam ada kaitan jer ngan umur sultan tu...
Kepada Brader Azian Rohaidi, aku ucapkan Selamat Hari Lahir. Nanti buat triffle "antor" kat mah aku ok.... Nak bagi hadiah PS2 ko dah ada.... PSP, aku pon tak tak beli lagi, nak bagi beskal, beskal ko mahal lagi dari beskal aku. So, aku bagi jerlah hadiah kat bawah ni... secara virtual pon jadiklah.

Kotak hadiah tu takyah bukak.... ko tengok jer gambar kat bawah ni... sama jer ngan apa yang ada dalam kotak tu. Anyway, thanks for the "kepok" last night...

Thursday, December 4, 2008

"The Flying Carpet"


Kelmarin aku seperti biasa kuar gi minum ngan COB, MBSA. Biasalah, dia datang jemput kat rumah. Masa aku nak kuar tu, aku tgk brader Azian si jiran tetanggaku pon nak kuar gak ngan member dia. Aku panggillah dia ..."woit!!" Tapi dia buat tak tahu jer. Takperlah tak perasan kot. Tapi bila aku tgk kereta kawan yang ambil dia tu..... ermmm kalau aku jadi dia pon aku dah tak perasan kekawan panggil. kawan dia bawak C5 baru tu.... Fuhhh, itulah kereta yang diaorang panggil "The Flying Carpet". Banyak betul duit org2 Malaysia nih.....




Sampai mati pon aku ingat tak boleh beli kereta mahal camni, kecualilah kalau aku kawin ngan anak Sultan Brunei.. ataupun ada hartawan yang wasiatkan hartanya kat aku. Bagi aku cukuplah dengan sekadar kereta protong waja yang aku pakai sekarang nih. Walaupun brand kereta aku tu hanya setaraf brand basikal jiran aku jer...... dan brand basikal aku setaraf brand basikal anak dia yang umur 8 tahun tu...ish..ish..ish..

Tuesday, December 2, 2008

Kalau berani, makanlah..

video

Happy Birthday to all...


Sepertimana semua kanak2 yang bernasib baik di dalam dunia ni, majlis sambutan hari lahir akan diadakan pada setiap kali genap umur mereka. Nasib baiklah sambutan hari lahir tak dibuat setiap bulan.....hehehe. Hari lahir anak sulung aku sebenarnya pada 23 November 2008, walau bagaimanapun, sambutan hari lahir dia yang ke 8 tahun tak dapat dibuat pada hari tersebut kerana dia sakit... jangkitan kuman yang menyebabkan dia pening kepala dari pagi sampai ke malam. Atuk dia siap sampai bawak doktor datang rumah. Nasib baiklah doktor tu datang rumah dan rawat anak aku.
Selepaas seminggu, pada ahad yang lepas, kita orang buat sambutan hari lahir dia bersama-sama dengan adik dan sepupu dia. Adik dia sebenarnya lahir bulan Januari tapi kalau tak buat untuk dia sekali, alamatnya perang besarlaaa... Sepupu diapon kebetulan sambut birthday 2-3 hari lepas tu, so kita orang sambutlah sekali. Kepada semua jiran ku, aku tak buat besar2 cuma ajak jiran terdekat yang anak2 aku selalu main. Terima kasih kepada Brader Azian, Brader Aziz dan Brader Ridhuan sebab turut sama meraikan majlis tersebut.
Kalau korang tgk kat bawah ni, ada ruang kosong dan kek yang terkanan sekali tu macam takda orang. Hehehe... sebenarnya ada tapi tak nampak sebab dia merajuk dan duduk menyorok bawah meja. Itulah pasal ada 'gap' anatara bebudak tu. Maklumlah, merajuk pasal bapak dia tak belikan lagi PSP yang dia nak tu...

Cuba tgk gambar kat bawah ni kalau korang tak percaya. Korang boleh tgk gambar sebahagian kepala dan baju anak aku tu.

Kat bawah ni antara gambar kekawan anak aku. Tapi ada 4 orang lagi takder sebab dia orang balik kampung agaknya.

Ada gambar Mastura, Dina, Dini, Farish dll lagi...


Setelah semua orang balik, barulah dia setuju nak potong kek dia...... anak oh anak...









Gambar-gambar lain yang ada ni adalah gamabr tetamu termuda yang turut hadir... ala anak brader Azian, baru 4 bulan dan gambar biras aku tengah bakar ikan Jenahak dan siakap yang dia pancing kat kolam... Fuh majlis sambutan hari lahir siap ada ikan bakar tuh...

Impian menjadi kenyataan...



Sebagaimana yang pernah aku cakapkan dulu, aku dah berjanji ngan anak sulung aku, yang aku akan belikan PS2 atau Gameboy untuk dia kalau dah bersunat. Dengan hati yang berat dan poket yang ringan, aku telah membuat keputusan untuk membelikan dia PS2. Dia nak PSP atau gameboy. Masalahnya PSP mahal sangat dan Gameboy kecik sangat. Lagipon nanti aku takut dia bawak merata sampai ke sekolah. Alamatnya nanti tak sampai 2-3 bulan dah rosak.

Hasil pertanyaan dan perbincangan ngan kekawan yang biasa dengan benda ni, maka aku buat keputusan beli PS2. Kenapa aku beli PS2 dan bukan yang lain?

  • Sebab, PS2 boleh main 2 orang
  • Sebab, PS2 tak boleh bawa merata-rata
  • Sebab PS2 murah sikit dari PSP
  • Sebab CD game dia mudah nak dapat
  • Sebab PS2 aku pon boleh main sekali...

Aku beli kat Shah Alam Mall, harga pun boleh tahan dan munasabah. Harganya semua sekali adalah RM580.00. Dengan harga tu aku dapat benda2 nih:

  • 1 Unit PS2
  • 2 unit cotroller (1 ori & 1 immitation)
  • 1 unit beg PS2
  • 10 CD games
  • 2 unit memory card (1 aku beli dan 1 lagi cina tu termasukkan dalam beg aku..hehehe).

Akhirnya tercapai juga impian anak aku nakkan benda2 tu....

Thursday, November 27, 2008

Idea Paling Bodo...

Di zaman semua rakyat mengharapkan supaya harga minyak turun, rupa2nya ada juga pihak yang "macam bodo" mencadangkan sebaliknya. Apa yang menghairankan ialah bila pihak yang membuat cadangan tersebut adalah pihak yang sepatutnya membela hak pengguna. Kot yer pon kalau nak bodek, nak gelaran ker, nak pingat ker atau nak pengat sekalipon, biarlah idea yang logik. Ada ke patut bagi cadangan supaya letak harga lantai minyak pada harga RM3.00. Kononnya akan dapat menggalakkan orang ramai berjimat dan menggunakan pengangkutan awam serta mewujudkan lebih banyak R& D. Bodoh ke bangang ni? Depa ni ingat pengangkutan awam tu pakai air tasik ker? Kalau minyak dah naik, bas ngan teksi tu korang ingat dia pakai apa? Makin naik lah pulak tambangnya. Kotlah kalau pakai elektrik sekalipon, korang ingat kadar elektrik murah ker? Dulu bila minyak naik, TNB naikkan tarif sebab dia kata kos bertambah tapi bila minyak turun dia rang kata harga arang batu pulak yang masih mahal.... Alasannnnnnnn!!! yang nak mengayakan pihak tertentu. Kalau tak, camana nak bayar gaji pengerusinya yang berpendapatan lebih RM1 juta setahun tu.

Abih tu kalau orang yang kerja kat Putrajaya cam aku ni..? Dari shah alam nak kena naik komuter gi KL lepas tu naik ERL plak ke Putrajaya lepas tu nak kena naik teksi ke opis.... matilah aku kalau camtu. Oooppss lupa plak, korang tahu ker pihak mana yang bagi cadangan tu? Siapa lagi FOMCA la. Dulu masa kerajaan cadangkan supaya pasaraya besar buka sampai pukul 1, depa bantah pasal katanya nanti peniaga kecil susah nak cari makan. Woi..!! FOMCA ni jaga pengguna ker pekedai. Aloo Mr. Sekeratari FOMCA, rumah hang kat sebelah LRT, sedaplah cakap.

Dengar cerita hujung bulan ni, minyak nak turun lagi, kalau betul Alhamdulillah dan timer kasih lah banyak2...

Blog Widget by LinkWithin