Monday, July 28, 2008

Majlis Potluck Sarapan Pagi Anjung Kristal


Alhamdulillah, majlis potluck di anjung Kristal telah berjaya diadakan pada hari Ahad yang lepas. Majlis ni adalah majlis sulung jawatankuasa adhock komuniti Anjung Kristal. Ok lah... walaupun tak ramai yang datang, tapi dapatlah kita kumpulkan lebih kurang 65 keluarga. Kalau 65 keluarga, suami isteri + anak2, ada lebih kurang 110 ++ orang kot. Hehehe... jangan marah coz letak bilangan 110 sama ngan plet no keta aku.


Terima kasihlah kat sebahagian penduduk yang telah menyumbang didalam acara kutipan yang dah dibuat sebelum ni. Kalau tidak, tak meriah sebab khemah yang kita orang pasang tu RM400 (2 unit), belanja beli pinggan, cawan, sudu, garpu, air minuman dll semuanya pakai duit tu. Makanan?..... fuhh punya lah banyak. Macam2 ado.. Terima kasih jugaklah pada wakil PKNS dan wakil Polis yang turut hadir.


Lepas ni kita orang cadang nak buat majlis hariraya barbie Q plak... uumaakkk ai! poso pon bolom, dah cito sal ghayo.... Tapi takpo... apo2 hal pon yang ponting eh, kono bekorjosamo. Muafakat tu ponting!



kat bawah ni gambar-gambar yang telah dirakamkan pada hari tersebut. Tapi ini version khalsyaza sahaja sebab gambar dalam kamera Edly masih belum ada. Enjoyyy..!!!

Rawatan Kesihatan di Anjung Kristal


Menjaga kesihatan adalah sangat penting... Ada yang tanya, "kenapa penting sangat?". Jawapannya mudah jer... "Korang tak sayang anak bini ker woi?!" Kalau dah sakit, nanti semua orang susah, ...anak takder org nak antar gi sekolah, bini nak kena amik cuti, kekawan kena gi buat lawatan muhibbah, kerja jadi bertimbun kat opis, kekawan opis dah takder member minum, bos kena buat kerja sendiri sebab korang sakit, dan tah apa-apa lagi.. Dahla sakit, borang khairat kematian pun tak isi lagi... Adoii....!


Itulah, atas sebab rasa tanggungjawab dan sayang kat diri sendiri, adalah jiran aku kat Anjung Kristal yang dah membeli alat untuk check tekanan darah... nak tengok sama ada status diri kat sempadan siam atau dah masuk kat dalam negara siam,..kih..kih..kih... (aku kat sempadan lagi, tapi bila check kekadang tu kaki sebelah dah ada kat siam...cuma passport belum chop lagi..).





Cuba korang tengok, mamat yang pakai baju purple tu... beriya sungguh berlakon cam doktor. Tapi sebenarnya dia tu yang dicheck... status dia masih berbaris kat sempadan.. Mamat baju terang tu ok jer, maklumlah aktif mountain biker dan kuat joging.. Baju hitam tu jangan kata lah... basikal pon brand PROTON. Mahal tuh dia beli.. harga kat kedai basikal kat seksyen 18 aku tengok, RM1590.00. Fuhh.. basikal aku RM400 inggit jer, itupon jadiklah...

Tuesday, July 22, 2008

National GIS Conferance..

Hari ni ngan semalam aku tak duduk kat opis tapi duduk kat PWTC. Tak banyak sebenarnya yang aku dapat belajar kecuali gooddies jer... Pasal GIS ni bukannya benda yang boleh cakap, pandang dan dengar jer. Tapi kena praktis jugak... GIS kat opis aku ni pon baru jer nak setup. Belum ada pon... itupon macam2 masalah. JUPEM nak jual, MyGDI plak kasi free... Aku plak tak tahu apa plan yang diaorang nak.... Akibatnya, bila meeting kat opis, aku duk makan kuih ngan perabis kopi yang depa bagi jer la....




Kat atas tuh poster promo pasal conferance tu la...

Monday, July 14, 2008

Monday, July 7, 2008

Cara menjimatkan bateri notebook....

Terjumpa plak artikel ni dalam Majalah PC 2006 berkenaan penjimatan bateri. Tapi bukan aku yang jumpa tapi kawan aku... So untuk tidak mensia-siakan usahanya, aku masukkanlah dalam blog aku ni.



Spesifikasi notebook selalunya menyatakan anggaran kuasa baterinya mampu bertahan. Meskipun tempoh kuasa bateri diberitahu, namun kuasa sebenarnya mungkin kurang daripada tempoh yang telah dinyatakan. Bahkan, agak mengecewakan jika anda sedang menggunakan notebook, tiba-tiba penunjuk baterinya mula berkelip dan sumber elektrik berdekatan pula tiada. Sekiranya kuasa sebenar bateri berbeza dengan ketara berbanding apa yang tertera dalam Spesifikasi, maka ada beberapa faktor yang menyebabkan perbezaan ini.


Paling ketara, lebih banyak tugas yang hendak dilaksanakan menggunakan notebook tersebut, lebih banyak sumber sistem yang akan digunakan. Contohnya, kepelbagaian tugas akan memberikan beban lebih banyak kepada pemproses (CPU), memori (RAM), dan pemacu keras - ini sekali gus akan menggunakan kuasa bateri yang sangat bernilai. Bagaimanapun, ada beberapa cara atau amalan terbaik yang boleh dilaksanakan untuk membantu anda melanjutkan bekalan kuasa bateri notebook khasnya ketika melakukan sesuatu tugas.


GUNAKAN FUNGSi PENJIMATAN KUASA - Apabila anda menggunakan notebook dengan sumber bekalan kuasa utama (dari kabel yang dipalam pada soket kuasa), anda patut sentiasa cuba mengeluarkan bateri tersebut jika anda tidak mengecasnya. Jika anda meninggalkan bateri dalam notebook dalam tempoh yang lama, tindakan ini boleh menyahcas kuasa bateri. Jadi, bateri tersebut akan dinyahcas secara tetap sekali gus akan menyebabkan penyusutan jangka hayatnya.


Selain itu, ingat bahawa anda patut menjalankan bateri itu sehingga kuasanya serendah yang boleh sebelum setiap kali proses pengecasan dilakukan. Sekiranya anda menggunakan pek bateri baru, maka anda perlulah mengecas dan menyahcasnya bateri itu sepenuhnya sebelum ia boleh berfungsi dengan kapasiti sebenarnya. Keterangan mengenai teknik pengecasan bateri ini biasanya boleh diperolehi dalam manual notebook anda.


Anda juga patut mengoptimakan fungsi pengurusan kuasa pada notebook anda. Selalunya fungsi ini boleh diakses melalui pilihan Power Options dalam Control Panel sistem operasi (OS) Windows. Perhatikan di bawah kategori Power Schemes, terdapat dua ketetapan berbeza. Satu pilihan sesuai apabila notebook anda dipalamkan pada sumber kuasa dan satu lain apabila notebook anda beroperasi menggunakan kuasa bateri.


Terdapat juga beberapa skim atau ketetapan kuasa yang telah ditentukan lebih awal dan ia boleh digunakan untuk keadaan berlainan. Ini boleh dilakukan dengan mengklik kotak senarai pilihan, kemudian pilih skim seperti Portable/Laptop, Minimal Power Management and Max Battery. Setiap pilihan skim membolehkan anda memilih ketetapan kumpulan yang berbeza untuk disesuaikan dengan keadaan semasa yang berlainan.


Satu lagi cara dengan memilih ketetapan yang hendak digunakan. Contohnya, jika notebook itu beroperasi menggunakan kuasa bateri, anda boleh menetapkan masa monitor atau pemacu keras patut dimatikan. Anda boleh mengekalkan ketetapan ini dan mencipta skim kuasa sendiri untuk digunakan di masa depan. Setelah menentukan ketetapan yang mahu digunakan, klik Save-As dan berikan nama baru untuk skim kuasa anda.


AMALAN TERBAIK PENJIMATAN KUASA - Apabila anda menggunakan notebook ketika dalam perjalanan, anda mungkin bergantung sepenuhnya pada kuasa baterinya. Jika begitu, adakalanya anda mungkin rasa tertekan apabila cuba menyempurnakan tugas dan pada masa sama anda menyedari bahawa tempoh kuasa bateri semakin berkurangan. Malah, ikon kuasa pada "System tray" . menunjukan tempoh penggunaan yang terhad. Mujurlah ada beberapa teknik yang boleh digunakan di bawah ini bagi melanjutkan hayat bateri dan memastikan anda menggunakan, kuasa yang ada.


Aplikasi yang berintensif grafik seperti permainan (games), atau menonton 'movie' (VCD/DVD) pada notebook akan memberikan beban ketara terhadap bateri. Jadi, cuba hindari operasi atau aktiviti seperti ini sehingga notebbok tersebut boleh disambungkan kembali kepada sumber bekalan kuasa utamanya.

Selalunya notebook anda akan '. mengeluarkan bunyi amaran apabila kuasa baterinya mula berada pada tahap yang rendah. Anda boleh mengubahsuai tahap di mana penggera patut berbunyi menggunakan ketetapan di bawah kategori Alarms dalam Power Options. Ada dua ketetapan yang boleh diaktifkan: 'Low battery alarm' dan 'Critical battery alarm'. Setelah anda membuat pilihan, anda boleh memilih jenis tindakan penggera yang ingin digunakan seperti mesej dan/atau penggera yang boleh didengari.

Sesetengah notebook dilengkapi dengan ketetapan atau utiliti dalaman untuk menukar tahap kecerahan paparan atau skrinnya. Skrin LCD adalah satu daripada pengguna utama kuasa bateri notebook. Jadi sebarang pengurangan yang boleh dilakukan di sini akan menolong melanjutkan lagi hayat bateri anda.

Anda boleh menggunakan Hardware Profiles untuk mematikan (disable) peranti tertentu yang mungkin tidak diperlukan pada ketika tertentu penggunaan notebook. Contohnya, anda mungkin tidak perlukan pemacu CD/DVD, Jadi anda boleh mencipta profail untuk mengecualikannya bagi menjimatkan kuasa.

Satu lagi langkah untuk memastikan prestasi maksimum menggunakan kuasa bateri yang masih tinggal ialah mencabut atau menanggalkan peralatan tambahan yang tidak perlu dari notebook itu. Contohnya, jika ada peranti USB (seperti storan) yang disambung - tetapi tidak digunakan - maka ia boleh dicabut.

Perhatikan pada ketetapan Advanced dalam Power Options. Di sini anda boleh memilih tindakan yang perlu diambil apabila anda melipat skrin notebook atau apabila anda menekan butang kuasa baterinya.

Kadangkala anda mungkin menyimpan bateri notebook dan tidak menggunakannya untuk beberapa lama. Jika demikian, cuba kekalkan caj pada tahap 40 peratus dan tidak menghabiskan kuasanya terus.

Jangan biarkan terlalu banyak tetingkap program atau aplikasi dibuka pada satu-satu masa. Sebaliknya, tutup aplikasi tidak perlu. Jadi, notebook tidak memerlukan banyak kuasa untuk CPU dan memorinya.

Kalau boleh dan ada bajet, tingkatkan kapasiti RAM notebook anda. Langkah ini dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung pemacu keras untuk menyediakan memori maya yang juga perlukan kuasa.

GUNA FUNGSI STANDBY & HIBERNATE - Selain PC dekstop. Windows till-lit menyediakan fungsi bersedia (Standby) dan hibemasi (Hibernate) untuk notebook. Bahkan, kedua-dua fungsi ini lebih penting pada notebook lebih-lebih lagi apabila ia beroperasi menggunakan kuasa bateri. Jadi, apabila anda menggunakan notebook dan mahukan kuasanya diputuskan tanpa mematikan sepenuhnya notebook tersebut, anda memiliki dua pilihan yang boleh digunakan: Standby dan Hibernate. Sebelum fungsi ini digunakan, anda perlu tahu bahawa kedua-dua fungsi ini adalah berbeza.

Hibernate berfungsi dengan mencipta imej dalam pemacu keras untuk mengingati fail, folder, dan aplikasi yang dibuka ketika pilihan Hibernate dipilih. Apabila anda menghidupkan semula notebook, sistem akan dibootkan untuk kembali ke situasi asalnya dengan item sama dipaparkan pada skrin. la bergantung kepada berapa banyak data telah disimpan pada pemacu keras. Namun, secara amnya anda akan mendapati bahawa memulakan notebook dari status hibemasi adalah lebih cepat berbanding melaksana proses boot yang biasa.


Apabila anda perlu memilih antara dua pilihan utama penjimatan kuasa, Standby berkemungkinan pilihan lebih baik jika anda hendak meninggalkan notebook tersebut tanpa digunakan untuk selama beberapa jam. Pilihan ini akan meletakkan sistem pada mod pengurangan kuasa, dengan kelebihan tempoh memulakannya semula dengan capat apabila anda mahu memulakan semula tugas. Jika anda mahu menangguhkan aktiviti atau kerja untuk tempoh yang lebih lama - katakan semalaman - maka Hibernate mungkin pilihan terbaik.

Tapi... yang eloknya, lepas 2 tahun, beli jer notebook baru. Puas hati dapat semua baru. Sebab leceh sebenarnya nak pasang cabut bateri ni. Silap hb, longgar connectornya. Langsung tak boleh guna.

Pemandangan Johor Bahru...

Kekadang tu bila kita tengok gambar lama-lama, dan kita hayati pemandangannya, kita boleh rasa tenang. Kekadang tu kita akan rasa seolah-olah kita pernah hidup masa zaman tu.... Tak percaya? Cuba besarkan gambar bawah ni dan tenung makrifat sikit kat gambar tu... Kalau takder rasa apa-apa, maksudnya tak ada perasaan la tuh...







YB Mahfuz vs YB Aziz..

Tengok video ni dan ..."lu pikirlah sendiri....!"






Friday, July 4, 2008

Always keep your____ in your car....

video

kih...kih...kih... nasib baik la.

Mrsclean Seksyen 7...


Salah seorang jiran aku nak buka kedai dia hari ahad ni 6/8/2008. Kedai dobi katanya... Erm berikut adalah kata-kata iklannya seperti yang diemailkan :
-
-
-
Salam Kpd Smua Penduduk Anjung Kristal,

Saya mengambil kesempatan ini untuk membuat sedikit promosi.

Buat makluman, sebuah kedai cucian kering dan cucian biasa, Mrsclean akan dibuka pd hari ahad ini, 06.07.08.

Alamat : No9, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 40000 Shah Alam. Bersebelahan Restoran Nasi Ayam Linda Onn.
Waktu perniagaan : 8.30 AM to 9.30 PM

Terdapat promosi sempena dengan pembukaan. Sila refer attached file dan juga blog syarikat , www.mrsclean7.blogspot.com

Fokus Mrsclean :
1. Express Dry Cleaning
2. Laundry Wash
3. Household Wash

Jika terdapat pertanyaan, sila hubungi 0122000429/0162081745, Shahrul.

Harap maaf & sekian terima kasih


-
-
-

(Teringat plak gelaran Paklah masa dulu-dulu, depa panggil "Mr Clean". Ingatkan clean....rupanya clean habis sampai licin..kih..kih...kih.. Anyway, anyhow, pada sesapa yang tinggal di Shah Alam ni, korang pegilah cuba kat kedai dia. Cuba dulu baru tau.... Kalau nak diskaun, cari jer owner tu, tapi awal2 ni aku rasa jangan mintak diskaun. Kasi chancelah dia nak hidupkan kedai dia dulu. Esok dia dah maju, barulah kita mintak diskaun.)

Thursday, July 3, 2008

Bahtera Nabi Noh/ Noah's Ark...

Hari tu masa kat JB, aku dok searchlah pasal Yakjuj dan Makjuj... tapi tah camana aku boleh berubah plak nak search pasal bahtera Nabi Noh a.s. Ada banyak web site yang boleh dirujuk tapi yang paling popular adalah hasil kajian oleh Ron Wyatt.


Aku tak pasti, betul ker gambar yang ditunjukkan tu tinggalan bahtera... Ia la, kalau nak ikut logik akal, takkanlah rivet besi masih ada selepas beribu tahun..... Apa-apa pon Allah maha berkuasa. Kalau dia nak kekalkan maka kekal lah ia. Cumanya kenapa takder pengkaji Islam yang betul-betul berminat mengenai hal ni dan musykil juga kenapa bahtera ni tak termasuk dalam "world wonders". Apa-apapon kita tengok lah gambar kat bawah ni dan komen lah sendiri. nak percaya aku tak suruh...tak nak percaya pon aku tak paksa.
Kalau rasa mata tu rabun-rabun ayam, click la kat gambar tu supaya boleh tgk gambar besor...


Kalau ikutkan apa yang ada dalam web tu, bahtera ni dijumpai di Turki dan officiallynya dijumpai pada tahun 1987.


Wallahuta'alahualam....


Tuesday, July 1, 2008

Hajat Abe Nor tercapai..

KUALA TERENGGANU - Selepas empat kali berulang-alik ke mahkamah, hasrat Mohamed Nor Awang, 57, atau 'Abe Nor' untuk mengahwini bakal isteri keempat, akhirnya diterima Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.

Hakim Shaikh Ahmad Ismail yang sebelum ini keberatan meluluskan hasrat lelaki itu, membenarkan permohonan pemandu lori dari Merchang, Marang tersebut mengikut Seksyen 21 Enakmen Pentadbiran Keluarga Islam Terengganu 1985.

Menurutnya, selain kesungguhan Mohamed Nor mahu berkahwin dengan calon isterinya, Suzi Sulong, 34, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kesanggupan tiga isterinya dengan hati terbuka memberi keizinan berkahwin lagi.

"Encik Mat Nor perlu berterima kasih kepada isteri-isteri sebab mereka datang ke mahkamah dan benarkan berkahwin. "Atas dasar demi kepentingan pihak-pihak terlibat, Encik Mat Nor, keluarga isteri dan bakal isteri, mahkamah terpaksa memberi ruksah iaitu kena menimbangkan keperluan encik Mat Nor untuk mendapatkan seorang lagi isteri," katanya.

Sebelum ini, Mohamed Nor telah beberapa kali hadir ke mahkamah pada 16 Mac lalu kemudiannya diikuti perbicaraan pada 15 dan 18 Mei lalu untuk memohon kelulusan perkahwinan yang sepatutnya berlangsung 23 Mei lalu.

Pada perbicaraan pertama itu, ketiga-tiga isterinya Wan Rukiah Mat Yusof (isteri pertama), 52, Khalthom Dollah (isteri kedua), 39, dan Noraini Daud (isteri ketiga), 40 bersetuju tanpa syarat membenarkan suami mereka berkahwin lagi.

Pada perbicaraan kali kedua pula, hadir sama ialah bakal isteri keempat Mohamed Nor, Suzi dari Jalan Sekolah Kebangsaan Chendering bersama bapanya. Sementara itu, ketika perbicaraan semalam, Mohamed Nor turut menarik perhatian apabila mengakui dia sebelum ini berkahwin dengan isteri kedua dan ketiganya di negara jiran Thailand. Ketika ditanya Shaikh Ahmad sama ada dia akan berbuat demikian sekali lagi sekiranya permohonan ditolak, Mohamed Nor sangat berharap ia dapat diluluskan.

"Dulu saya terpaksa kahwin di Thailand kerana tidak dapat persetujuan daripada keluarga kedua-dua isteri saya, sedangkan mereka benar-benar nak kahwin dengan saya," katanya.
Ketika menjawab soalan hakim, Mohamed Nor memberitahu, dia merasa tertekan dan bingung serta tidak boleh bekerja jika mahkamah masih enggan membenarkannya berkahwin kali keempat.
(sumber dari Kosmo)

Alangkah bertuahnya pokcik Abe bila semua bini dia bersatu hati. Alhamdulillah, benda ni bukannya benda salah pon. Yang pompuan tak bleh marah pasal bukannya laki korang pon....hehehe.

(tapi, apa plak kena mengena ngan gambar kat sebelah ni...? Paham-paham
jer la. Ala budak yang mengaji kat Uniten tapi tak abis tu. Lepas tu ada cita2 plak nak jadi pilot. Aku takut nanti tengah bawak kapal terbang separuh jalan, dia nak jadi penyelam plak. )





Awek kat sebelah ni pon cun gak. Agak-agaknya apa kaitan mereka semua ni..


Blog Widget by LinkWithin