Wednesday, January 28, 2009

My new toys...

video

Kepada sesapa yang tak boleh buka clip kat atas nih, takyah la pikir apa barangnya...

Friday, January 16, 2009

Amaran kepada semua pemandu...






Apa plak yang merbahaya dan sapa plak yang bagi amaran nih.... adoiii..!!!

Actually takda sesapa pun yang bagi amaran, cumanya aku nak bercerita tentang kisah kedai baiki kereta atau kedai aksesori kereta. Kalau kita lihat hampir semua kedai jenis ni akan menyebabkan 2 atau 3 parking lot didepan kedai tu kita tak boleh guna. Sama ada dengan kebenaran ataupun tidak. Kedai yang aku tunjukkan ni adalah kedai terbaru membaiki kereta kat kawasan perumahan aku di Seksyen 7, Shah Alam. Kedai dia biasa jer takda apa yang menarik sangat pon.


Bukan nak promosi atau sebab ada komisen ker tapi sebab aku nak tunjukkan 1 benda kat korang. Gambar kat atas tu jelas menunjukkan teori 2 atau 3 parking tidak boleh digunakan bila ada bisnes camni. Kat gambar tu aku tunjukkan tanda peringatan. Soo... biasa jer. Tapi bila aku pegi dekat2, aku jadi konpius plak. Apa ke benda si apek ni maksudkan? Cuba korang baca kat bawah ni....





Aloo towkey! lu kalau mau amik itu parking, suka ati lu la! Tapi lu jangan bikin malu sama gua, Itu gambar keleta tatak sama dengan apa lu tulissss. Itu gambar apa?...lu tulis apa? Lagi aa.. wa nampak itu keleta selupa macam belenti di atas jalan keletapi wo...

Muahahahahaha....







Wednesday, January 14, 2009

Kenyataan terangkuh di Malaysia...


"Pihak kami tiada perancangan untuk melancarkan kempen memboikot barangan AS dan Israel buat masa sekarang. Kami juga belum membuat keputusan sama ada hendak melancarkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa keganasan Palestin" ...Utusan Malaysia 9 Januari 2009

Itulah kenyataan yang ku rasakan sungguh sombong dan bongkak pada masa semua orang sangat prihatin. Kenyataan tersebut telah dikeluarkan oleh Pengurus Perhubungan Awam TESCO, Dazrene Azmil Darus.

Cubalah korang search siapa pemilik TESCO sebenarnya. Yup betol!, company based kat UK, tapi check nama dan keturunan founder dia dan lihat sumbangannya. Aku hairan kenapa PPIM tak masukkan nama TESCO dalam salah satu senarai dia. Oh ya, baru2 ni aku check 1 produk mee yang diimport yang sebelum ni dilabelkan sebagai tidak halal oleh 1 pasaraya besar tetapi tidak di TESCO dan diletakkan bersama produk lain yang halal.


Aku buat masa ni memboikot dari membeli kat TESCO. Bukan kerana Palestin atau kenyataannya sahaja tetapi juga kerana aku dah banyak kali ditipu dari segi harga oleh pasaraya ni. Cumanya aku tidak perbesarkan atau bawa ke pengetahuan Kementerian walaupun aku boleh berbuat demikian. (bukannya apa... aku tgk Menteri baik semacam jer ngan Tesco ni. banyak pulak masa dia rasmi itu dan ini untuk Tesco)



Hampehhhh!!!!!

Monday, January 12, 2009

Hanya ini sahaja yang termampu...

Berikut di bawah ni adalah diantara barangan yang perlu diboikot bagi menyokong penentangan kita terhadap rejim Zionis. Mungkin ada diantara kita yang tidak bersetuju dengan langkah boikot ini sebab dikatakan bahawa syarikat ni beroperasi di Malaysia dan mungkin dimiliki oleh rakyat Malaysia. Cuma jenama sahaja yang berkaitan. Mungkin ada yang berkata kalau kita boilot barangan ni, rakyat Malaysia yang kebanyakannya beragama Islam bekerja di syarikat tersebut yang akan menjadi susah. Apa-apa pon terpulanglah kepada kalian semua.

Sesungguhnya apabila Allah menurunkan bala, dia tidak menurunkan secara terpilih. Kalau dikawasan tersebut melakukan maksiat, maka seluruh kawasan akan diturunkan bala tanpa mengira bahawa terdapat orang mukmin di kawasan tersebut.

Tepuk dada tanya selera.....











Peminat Arsenal klik kat sini

Friday, January 9, 2009

Kencing manis dah diubati...

Akhirnya keputusan telah dibuat dan bentuk sticker kenderaan kawasan kejiranan perumahan ku telah diputuskan. Logo kembali kepada asal cuma bentuk sebagaimana cadangan kedua. Berikut adalah contoh yang telah dihantar ke syarikat printing untuk dicetak.

Thursday, January 8, 2009

Kencing manis aku dibuatnya....


Baru jap tadi, designer email kat aku rekabentuk car sticker kita orang yang baru yang akan diedarkan pada 18hb nih. Fuh!! kencing manis aku dibuatnya sebab susah nak buat pilihan. Semuanya mabelesssss... rasa macam nak ketiga2nya sekali. Patutlah lelaki dibenarkan kawin 4, kih..kih...kih... Pada masa blog ni aku tulis, aku tgh menunggu pendapat kedua dari AJK kawasan perumahan kitaorang. Kepada pembaca yang juga penduduk Anjung Kristal, apa pendapat anda? selain dari penduduk, korang ada rasa macam nak kena kencing manis gak ker?

Wednesday, January 7, 2009

Our New Logo....

Hari ni dah 7hb, so kalau nak kira, ini kira first posting dalam tahun 2009. Ingat di hati nak mula posting 9hb tapi lambat lagi tu. So malam dulu kelmarin, kitaorang sesama AJK Potluck kawasan kejiranan mah aku mengadakan meeting untuk menyelaraskan program kami yang akan berlangsung pada 18hb nih. Dipengerusikan oleh Pengarah Program.... Brader Syammim, meeting buat pertama kalinya diadakan kat kedai mamak...first time guna budget guna untuk bayar minuman.

Banyaklah benda yang telah dibincangkan termasuklah memutuskan logo yang mana akan dijadikan logo rasmi kawasan kejiranan kitaorang. Selepas berbincang dan membelek maka diputuskan logo rasmi adalah seperti dibawah nih....


Logo ni telah direka dengan bantuan salah seorang jiran kitaorang, brader Sharul. So kreatif dan inovatif. Kalau tengok kedai dobi diapun memang nampak menarik. TQ Brader Sharul!! 20-30 tahun lagi bolehlah cerita kat anak cucu hang yang logo ni hang yang reka. Syabbbaasssss!!!

Memandangkan logo ni juga akan dijadikan logo bagi sticker kereta penduduk anjung kristal, maka ianya akan diubahsuai sedikit bagi menaikkan lagi kalernya.

Blog Widget by LinkWithin