Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Tuesday, August 10, 2010

Famili ku...

Famili ku kecil sahaja tak ramai dan tak sikit... omputih kata, ngam-ngam jer... huhu.

famili

Saturday, March 13, 2010

Habis Madu Sepah Dibuang...?

Kenapa ada bidalan kata cam tajuk kat atas tu...? Memanglah, bila dah habis madu kena buanglah sepah tu. Takkanlah nak suh makan plak sepah tu... aparaaa. Tapi aku bukan nak citer pasal madu bunga atau siapa punya 'madu'..... err, itu cuma pembuka kata jer.

Macam yang aku kata sebelum ni, blog aku dah jadi blog gambar2 baby. Kali ni aku nak masukkan gambar anak buah aku yang dah jadi lebah. Lebah yang ada gigi 4 batang. Lebah ni cucu ke-9 opah anak aku. Pewaris takhta bongsuku adalah cucu ke-10. Amirul Zakuan nama dia dan dia masih lagi belum mempunyai adik beradik. Maklumlah anak sulung.... Nak cerita panjangpon rasa malas dah ni, aku upload jer gambar2 dia dan let the picture tells u the story-mory....

Amirul Bee 6


Amirul Bee 9


Amirul Bee 7


Amirul Bee 1


Amirul Bee 3


Amirul Bee 2


Amirul Bee 4


Amirul Bee 8


Amirul Bee 5i


Amirul Bee 10

Lepas men bunga, men kasut plak.... wah! bestnyer jadi baby, asik main jer. Takyah pikir pasal kerja lepas tu nak kena transfer sana sini.... Oppss citer pasal transfer order yang sedang berlaku kat opis aku ni, nanti aku ceritakan gelagat kekawan sejabatan ku seluruh Malaysia pasal transfer nih... tungguuuu.....!!!

Saturday, February 6, 2010

10th Anniversary...

10th Anniversary

6 Februari 1999, ikatan perkahwinan telah dijalankan dan dua keluarga telah disatukan kini pada 6 Februari 2010, genaplah 10 tahun ikatan tersebut dan dengan izinNya, ia akan terus terikat sehingga ke akhir hayat.....

Thursday, February 4, 2010

Excited ke tidak nih?....

PTK...?

Gambar kepok kat atas ni langsung takda kena mengena ngan apa yang aku nak cerita. Gambar kepok tu aku ambil masa mesyuarat Panel PTK hari tu. Benda dah ada depan mata, aipon plak didalam genggaman.... shoot ajerlah.

Untuk makluman rakan2 semua, wife aku dijangka akan melahirkan anak bongsuku pada 7hb Februari 2010 bersamaan hari Ahad ni. Namun tarikh tu hanyalah jangkaan sahaja. Seperti biasa 2 minggu sebelum atau 2 minggu selepas. 1minggu ++ dah berakhir so kena tunggu saja. Pada bila-bila masa sahaja ianya akan berlaku. Adakah aku excited atau tidak?... Excited tu yer tapi kali ni rasa pelik sikit. Excited campur risau pon ada. Risau sebab memikirkan tanggungjawab seterusnya. Bulan Mac ni pula dijangkan transfer order akan keluar. Tak sanggup rasanya berpindah diwaktu-waktu begini. Tambahan pula aku tak dapat sokongan dari parentku. Mereka cakap.."tak payah jadi ketua pejabat, jadi pegawai biasa jer...." Mereka tak setuju aku kena pindah walaupun mereka tahu aku kerja dengan Kerajaan Persekutuan.
Big Nose Big Company
Sokongan yang tidak ada telah menyebabkan aku rasa tak sanggup plak nak pindah. Sebab tak sanggup nak berjauhan dengan wife dan anak-anak aku terutama yang selalu jadi model fotografi aku. Kesian kat baby sebab kecik-kecik lagi dah berjauhan dengan bapaknya. Namun aku kena terus ke depan seperti poyut ku sebab kos semakin bertambah dan walaupun ada orang kata "wang bukan segalanya" tapi kalau takda wang, makanya akan hilanglah pulak segalanya...
Abang & Kakak

Monday, January 11, 2010

Kata tak minat tapi....

Malam tadi adalah malam di mana kebanyakan penduduk Malaysia menggemukkan diri bersama keluarga duduk di depan TV menonton rancangan AJL. Keluarga aku pon sebok gak nak tengok termasuklah bebudak tu. Siap nyanyi lagi... Huh.. tak padan ngan umur! Aku tak amik pot sangat pasai tak minat nak duduk dengar lagu...

Tapi ada 2 lagu yang amat tertarik untuk aku dengar dan aku tengok... Nyanyian Izad dan bunkface. Lagu 'Pergi' tu sangat menyentuh perasaan. Tersentuh perasaan bila tgk gambar latar belakang dan kena pula, lagu tu adalah lagu tema 'Talentime' arahan Allahyarhammah Yasmin Ahmad. Seorang artis yang sangat kreatif dan sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran manusia biasa. Pagi tadi, terus buka Youtube dan copy link ke lagu dia...
Boleh nangis woo. Kalau tak boleh gak maknanya hati korang ni keras dan tak berperasaan.. So enjoy yer..


Kat bawah ni pulak beberapa keping gambar menggunakan application yang aku download menggunakan 'Jem' baru aku. Lomography ala-ala 3GS.. Rasanya sesuai kot color dia ngan lagu kat atas nih...


Lomo by Apple 3GS


Lomo by Apple 3GS


Lomo by Apple 3GS


Lomo Siti


Khalid & Ct Lomo

Monday, December 14, 2009

Adakah dah sampai masanya..?

KhalitKekadang tu kita kata kita kenal seseorang tetapi persoalannya apa yang kita kenal? Adakah kita hanya kenal sebab kita bersaudara?, berkawan?, bekerja sama pejabat?, bersekolah sama mahupun berjiran? Kepada mereka yang tak kenal aku, mungkin dia tak tahu... Kepada mereka yang kenal aku pulak, belum tentu dia tahu. Habis tu siapa yang kenal aku???? Entahla.. hanya yang kenal aku saja yang tahu... hehehe..

Selama hampir 11 tahun dah aku kerja ngan kerajaan nih tetapi nasib aku masih bernasib baek sebab aku masih lagi berada di sekitar Lembah Klang dan tidak berjauhan dari kaum keluarga. Namun sampai bila?.. Tahun depan, Jabatan aku akan ada pertukaran besar-besaran. Untuk BOSS, surat pertukaran dah keluar yang melibatkan 5 Negeri.. Tawun depan dijangka akan berlaku pertukaran melibatkan golongan marhaen plak... Adakah aku terlibat sama?... Rasanya macam ya, cumanya aku tak tahu ke mana. Big Boss hari tu ada panggil aku dan tanya mana agaknya aku nak pergi.... Ayoyo. Tara buleh buat pilihan da.. Kalau aku pilih A, mungkin B lebih baik. Kalau pilih B, mungkin A lebih baik. So, hantar jer lah kemana pon. Orang kata, SYMP jer...

Racing2

Masalahnya, jika dah samapi masanya aku kena transfer, adakah bermakna dah sampai masanya juga aku kena beli sebijik kereta lagi untuk kegunaan wife aku?! Kalau beli, sapa nak bayar? Kalau tak beli, nanti sapa nak hantar anak aku gi sekolah...? amik balik sekolah...? nak gi kedai beli lauk...? nak ke sana, kesini..? Sekarang ni takperlah aku ada. Lepas tu kalau sikit2, bapak mertua bini aku pon ada boleh hantar sana-sini. Tapi sampai bila?

Racing1

Kalau aku nak beli, kereta apa? baru ker second hand? beli untuk wife atau beli untuk aku..? Kalau aku kena transfer ke Labuan ker, mungkinlah aku bagi jer kereta aku tu kat dia. Kat Labuan, apa lagi tax free tuh... Ferrari laa.

Racing3

Apa-apa pun aku masih tak sempat nak pikir lagi coz sekarang ni ada banyak benda lain yang tengah beratur untuk diselesaikan.... Kalau setakat beli kereta remote control, tutup mata ajer, tak lah besar sangat kosnya..

Friday, November 20, 2009

Dzuliman Open Day...

'Open Day'nya lama dah.. 7hb hari tu tapi sekarang baru sempat nak upload... Biasaler, bbbzzzzzeee.... Masa Open Day ni, anak aku ada persembahan. Beberapa hari sebelum tu sebok dia dok bercerita pasal practise dia. So masa hari persembahan, aku pulak sebok di saat-saat hari terakhir sukan sebab nak keluarkan keputusan rasmi. Apa-apa pun, family first!

Member aku dok sebok tipon tanya mana aku. Alaahhh macamlah kalau takda aku, result tak boleh keluar. Aku cakap kat dia, ko tunggu dan kira result tu dengan anak buah aku. Aku terus hantar sms pada semua anak2 buah suh pergi jumpa member aku tu dan tolong dia. Aku plak sempat pergi tengok masa persembahan dan rakam beberapa keping gambar. Selebihnya, mummy dia yang temankan. Habis semua tu, aku terus shoot ke Bangi untuk tengok perkembangan result.

Open Day 3 copy

Open Day 2

Open Day 4 copy

Gambar semua ni taklah cantik sangat.. errr depa kata skin tone la... angle la.. white balance la... apa-apa la. Cuma kena ingat satu perkara. Aku jadi photographer hanya sekadar hobi. Tak kiralah apa pon, cantik di mata ku kena cantik jugalah di mata korang... heeee. Untuk "yang berkenaan" gambar selebihnya nanti aku upload kat dalam flickr..

Open Day 1
Akhir sekali, alhamdulillah diucapkan sebab aku dapat juga bahagikan diri dan masa aku kepada 2 perkara di antara keluarga dan kerja. Alhamdulillah juga sebab aku masih bernyawa. Maklumlah semasa perjalanan dari Shah Alam ke Bangi hari tu, kelajuan aku Mark III.....

Blog Widget by LinkWithin