Friday, October 28, 2011

Thank You kids....

video
WAWAN

video
SYAZA

video
ADAM

Paradigma usia.....

Semalam... genaplah usia tahun masehiku yang ke 14 tahun. Alhamdulillah, aku masih bernyawa dan diberikan kudrat untuk terus menempuhi alam remaja ku.Apa yang ingin ku coretkan di sini adalah catatan pengalamanku yang ke 2 menyambut ulangtahun kelahiranku di perantauan. Tettttttt...!!!Apa ke jadahnya aku berbahasa sanskrit nih..! Tak sesuai dengan usia remaja ku ini. Ok.. back tu normal market language...

Aku sebenarnya nak cerita sikit pengalamanku menyambut besday aku ni secara berseorangan. So semalam 27 Oktober adalah hari yang kucuba lupakan tetapi mesti teringat sebab ramai yang jadi tukang mengingatkan.Pada ketika aku menyambut besday aku ni,aku berada di Kuching dan tak ada dalam jadual aku balik ke Malaya. tahun lepas aku sempat potong kek ngan anak2 ku.. ooppsss 14 tahun mana boleh ada anak2..Malam sebelum menyambut hari ulangtahun, aku telah menghadiri majlis makan malam atas jemputan rasmi dari Royal Institute Of Surveyor Malaysia cawangan Sarawak.Oleh kerana dijemput maka aku ditempatkan di meja VIP 1. Ahhh dah lari tajuk lah. Ak nak cerita pasal besday aku. Cerita pasal jamuan tu minggu depan aku cerita masa kat atas awan.

Arakian kisah maka terjadilah gegak gempita di pagi ku menyambut ulangtahunku. Namun gegak gempita hanyalah di pesbuk jer. Mana taknya, semua pren aku kat pesbuk tak tahu besday aku. Tetiba jer amoi aku hantar wish dalam bentuk video kat wall aku.Ada gak yang bertanya kenapa takda notification pasal besday aku. Nak tahu? ni la yang aku nak cerita ni.Teruskan membaca... Sebenarnya sebelum nak sampai waktu, aku dah hiddenkan tarikh tu. Sebabnya aku taknaklah Tiz Zaqiah wish besday kat aku dulu. Aku nak amoi aku ngan anak-anakku dulu wish. So malam tu sebenarnya dah ada hint tapi manalah orang nak perasan. hehehe... Ada sorang kawan aku ni yang duduk kat utara pakai keta C3 pada malam sebelum kejadian bertanya kat aku... "Makan malam sempena apa..?" Tapi memandangkan amoi aku belum up apa2 kat wall aku makanya aku tak bagi tahu dia.

Malam tu amoi aku wish kat WHATSAPP jer...TQ Lahling...Keesokan harinya maka barulah dia mengupkan sesuatu kat wall aku. Tapi masa pagi tu aku dah releasekan "hidden" tu. So patutnyer dia dah mula keluar. So, orang pertama ucapkan wish kat aku secara rasmi selepas amoi aku adalah Makcik Ilem diikuti oleh Opah Gee dan diikuti pula ucapan oleh Makcu Arfana dan turut menjejak langkah ialah Jantan Ganteng Sudin Ujang. Thankyou very much... Tapi masing-masing wish dalam keadaan ragu-ragu macam menjawab soalan Who Wants To Be A Millionaire. Kakakaka.....

Seterusnya diikuti pula oleh Makcik Fieda Isa dan dituruti pula oleh ucapan Ayahanda Annuarol. Kak long Hasnah menyusul dan dituruti pula di sebelah malamnya oleh Tok Zul Misai. Di saat-saat masa kecemasan Prof Madet dan Cik Etty The Prosecuter mengucapkan kata-kata manisnya.Mama Nita dan Mami Linda adalah yang terakhir mengucapkan secara rasmi di wall ku. Namun mereka bukanlah orang yang terakhir tetapi makcik yang dok utara yang pakai keta C3 tu yang sebenarnya orang terakhir. Itu pon ucap kat posting orang deh... Maklumlah sebok ngan maggi karinya masa tu. Anyway to all of u i would like to give my highest appreciation.

Thank You Thank You Thank You Thank You Thank You Thank You Thank You Thank You Thank You  
- MUCH OBLIGED - 
Kecewa beb... Tiz lupa nak wish kat aku hepi besday... 

Powered by Vaio on Tikar Getah


Thursday, October 20, 2011

Kereta sapalah nih...

Hari tu aku ada janji ngan sorang budak pulau kat utara Mesia ni... Aku janji nak up satu citer pasal barang milik dia. Tapi cuma hari ni jer aku rasa nak up. Nak tunggu penerbangan seterusnya aku tak tahu bila... Wa rasa boring dah pulak asik turun naik kapal terbang... So untuk 2-3 minggu ni wa nak berehat di darat dulu. Sebenarnya ada 2 orang kawan yang pernah dan masih pakai kereta citroen C3 ni... Sorang nama "Yeop" dan sorang lagi nama "farah".... 

Seingat aku lah, masa dulu-dulu keta ni harga dia lebih kurang RM93,000 sebijik... Kalau beli 2 RM186,000. Harga tu tak lah mahal tapi kalau diikutkan saiz keta, kira mahal la. So masa member aku si Yeop ni beli dulu, aku berpeluang merasa bawak keta dia ni. Bawak keta continental u..... Apa yang aku ingat keta ni lain sikit dari keta lain a.k.a keta Mesia cam aku. Kalau gear kat D sekalipon, bila berenti kena tekan brek sebab kalau tidak dia boleh menggelongsor (kalau berenti kat bukit la.. kalau kat tanah rata, orang belakang dah sondol la kot) Keta dia warna merah ala-ala felali gitu. Di pendekkan citer, satu hari keta dia hanya boleh masuk gear satu jer.... bila jalan dan bila time gear tukar kalau tak silap aku dia akan jadi neutral.. Ermmm pelik gak, coz keta mahal-mahal tapi bermasalah plak... Agaknya engineer dia cam pak pandir kot... Guna 1 gear jer, bila dah rosak baru guna gear 2 plak. So, diapon reportlah kat citroen tapi tak berlayan sangat. Last sekali dia tulis email kat Citroen perancis nun... Apa lagi.. kelam kabut mamat kat kedai citroen Mesia ni. Rupa-rupanya kena hantar balik keta ke woksyop untuk upload system... Huh... pakai proton jer lah aku kalau camtu.


Beberapa minggu yang lalu aku tengok adalah sorang sis nih (ala.. budak panggilan pulau tu) up gambar keta dia kat dalam pesbuk.. Rupa-rupanya dia mengalami masalah yang sama. Hahahaha adoii... kesian tapi apa nak buat, syiok nak pakai punya pasai... Aku nak cerita lebih pasal keta dia, tapi aku pon tak tahu citer tapi aku rasa dia kena buat benda yang sama la gak cam kawan aku yang pertama pakai tu kot.

Kepada kawan aku yang dok pulau tu, hang juai jerla keta tu... Kat pulau tu banyak lagi keta-keta continental yang murah. Hang nak simpan duit gi haji balik hari ka...? hehehehe


Kat bawah ni gambar keta kawan aku yang kat pulau tu. Aku cilok dari akaun pesbok dia... Yela, kata nak suh aku wat citer pasal keta dia. So, takkan nak guna gambar ASX aku plak... Keta aku keta jopun maaaa.....


So Farah...! apa lagi, kasi tukar la!!

Sunday, October 16, 2011

Percutian Berahi Ke Negeri Bawah Bayu

Bila cakap berahi jer korang ingat lucah.. Cakap horny jer korang ingat lucah gak tapi kalau cakap teruja plak korang kata bahasa buku... Apa daa...

Sewaktu aku mula menulis citer ni, aku baru jer duduk kat seat 22F MH2807. Aku ingatkan dah tak dapat naik lagi 737-800 ni.. Dapat gak aku merasa lagi tapi bukan dengan Firefly tapi MAS. Namun apakan daya... Pada ketika ini batterry aku dah low 28% jak. Takpalah janji aku tulis gak tiap kali di atas udara dicelah awan.. Kalau battery kong, sampai rumah selepas charge baru aku post kat blog ni... Kalau sempat aku up masa kat epot.

Kali ni aku nak cerita sikit jer takmo panjang2 cam cerpen... Pada Jumaat lepas aku telah pergi ke Kota Kinabalu. Sesampai jer diepot ada sorang awek ni amek aku dan terus bawa ke hotel.. Aku sorang jer yang datang dari Kuching manakala kengkawan aku yang lain datang dari KL..

Sesampai jer di hotel yang aku duduk.. Err kita orang memilih apartment 3 bilik sebab kami ramai. So boleh jimat. Kongsi2 bayar maka taklah mahal sangat. Masa aku sampai petang tu aku dok sorang jer kat service apartment tu. Maklumlah.. Aku ni golfer pencen. So tak ler ikut diaorang yang tgh sebok bergolfing tu.

Nanti aku sambung lagilah. Malas dan takda mood ni. Aku up gambar jer yer...

Powered by IPhone in Boeing 737-800 MH 2807

Friday, October 14, 2011

Berinovasi Di Celah Bayu....

Hari tu aku ada janji nak kongsi citer pasal Zull Design kan...? Lembu kalau tak nak bagi dia gi memana kena pegang pada talinya... Pompuan plak pegang pada rambutnya... Lelaki plak.. errr oopppss. Sure tak ke mana2 lah..

Cukup2 intro tu. Rabu lepas macam aku dah citer sebelum ni, kita orang buat sambutan Hari Innovasi dan penceramah yang telah dijemput adalah Zull Design a.k.a Mc Gyver Malaysia.

Dulu masa kecik-kecik aku selalu tengok dia kat dalam TV tunjuk beberapa ciptaan dia. Antara yang aku ingat dia ada cipta wiper automatic. Wiper tu akan wipe secara automatik bila hujan. Namun atas kelemahan dan pengetahuan orang melayu sangat lemah ketika tu dan ditambah pula tiada dorongan oleh pihak pemerintah maka ianya tidak dipatenkan. Sekarang ni aku tengok keta omputih, citroen antaranya ada menggunakan alat ni. Alangkah bertuahnya dia kalau benda tu dipatenkan dulu.. Pasti Malaysia boleh berbangga sekarang ni.. Ok abis intro kedua.

Ok, aku nak cerita kisah hidup yang disampaikan sendiri oleh si Zull ni kat korang dan moga ada pengajaran yang boleh diambil.

Zull ni sebenarnya orang Kelantan tetapi telah dibela oleh datuknya dan membesar di Rawang Selangor. Zull bagi tahu yang dia ni kecik2 agak nakal. MCE 4 kali dia amik. Hanya kali keempat baru lulus. Dia kata masa dulu bila amik MCE, bahasa melayu kena lulus sebab kalau tak, nanti kita dapat "spana". Tu yang sampai 4 kali amik. Kali keempat amik dia lulus kertas bajasa melayu tu. Dia kata dapat 8... Alhamdulillah, janji lulus.

Bila dah lulus, makanya diapon mintak lah segala kursus yang ada dalam surat kabar sehinggakan kursus menjahit pon dimintaknya..(dia yang cakap cenggitu..) kursus pilot pon dia mintak gak tapi masa gi buat medical checkup, dia kata doktor tu suh dia bagi tahu apa nombor kat dalam bulatan.. Dia. Kata kat doktor tu mana ada nombor.. Warna jer yang ada.. Huhuhu.. Kesian dia. Walaupun bijak tapi kaler blind rupanya... Disebabkan itu maka tak dapatlah dia nak jadi pilot.. Jadi engineer pon tak boleh sebab masalah dia tu. Kalau nak jadi juga, camana dia nak beza warna wayar letrik nanti.

Akhirnya selepas kuciwa, dia pon menyambung pelajarannya kat IKM. Mak bapak tok nenek dia cukup marah masa tu sebab kenapa dia nak masuk IKM. Yelaa.. Pada masa tu bukan ker orang anggap IKM dan vokasional ni tempat budak2 reject... (kepada mereka yang membaca dan belajar di IKM dan vokasional, aku mintak maaf. Memang itu lah orang kata yang aku dengar dulu). Masa di IKM, zull kata pengetuanya anggap budak2 ni semuanya sampah.. So kalau diaorang tu sampah makanya pengetua tu bapak sampah lah kan...

Pendekkan citer.. Karang sampai sok pagi plak tak ngabis nulih. Bila dah dewasa, zull ni buka lah satu kedai yang diberi nama Zull Design Autotronik. Sebelum tu Zull ni berpeluang gak ke Jerman cam aku sekarang ni yang tengah nek flite gi Jerman. Tapi Zull kata dia tak paham sepatahpon... Dia pegi sana amik sijil jer katanya. Ok sambung balik pasal kedai. So, malam tu, si Zull ni pon merondalah di sekitar Rawang mencari barang letrik yang dibuang.... yang di tepi longkang, d tepi sungai, tepi jalan, tong sampah dan sebagainya. Makanya penuhlah kedai si Zull ni pada malam tu. Keesokkan harinya si Zull ni dengan rasminya bukalah kedainya tu. Kedai baru buka semalam tapi dah penuh. Makanya gegak gempitalah penduduk rawang akan terbukanya satu kedai yang dalam semalaman jer dah penuh dengan barang. Haa..! Jangan salah sangka, zull ni taklah jahat sampai nak jual barang rosak. Barang tu zull kata adalah cara dia berkreatif nak jual perkhidmatan dia. Bila orang tengok kedai dia penuh ngan barang letrik rosak, makanya orang yakin yang ramai orang menghantar tuk repair.. Hahaha very kreatif otak orang melayu nih. Semenjak itu, berdoyon-doyonlah orang menghantar barang letrik tuk di repair...

Adohai... Banyak dah aku tulih ni. Penat siut.. Sakit tengkuk aku asik tunduk jer. Dah ler tipon ni kecik.. Ni yg buat aku nak beli ipad nih... Oklah, cerita panjang lagi tapi aku dah malas nak cerita. Tapi aku nak kongsi tips dari Zull yang dia bagi tahu kalau kita nak bagi anak2 kreatif....:-

  • kalau anak kita nakal, biarkan jer. Jangan dihalang. Anak jer tau! Kalau suami atau bopren korang nakal, jangan plak biarkan. Nanti kreatif plak dia nanti.

  • sebulan sekali, luangkan masa dan adakan satu sessi komunikasi selama satu jam dengan anak2. Syaratnya, tak boleh bercakap tapi gunakan lukisan untuk beri arahan dan terima arahan.

  • Sentiasa jadikan semua benda yang kita buat menjadi minat. Maksudnya, kalau korang diarahkan buat atau kena buat sesuatu yang sebenarnya tak disukai, maka cuba pikirkan.. Berinovasi sikit dan kreatif supaya ianya menjadi seronok. ( cam aku ni la.. Ingat aku seronok sangat ker duk jauh dari famili ni.. Asal malam jumaat jer miss... Asal miss jer malam jumaat)

  • Sentiasa cuba pikir kelainan. Contohnya kalau korang selalu pergi kerja ikut jalan A, cuba tukar2 pulak guna jalan B atau jalan C. ( Tapi jangan plak korang tukar2 bini atau laki plak . Itu bukan inovasi namanya.. Nak mati)

Ada beberapa lagi, tapi kebanyakannya semua aku dah apply. So kalau nak tahu, cer buat baik ngan aku. Kalau tak pon, banjer aku makan pon ok. Di waktu aku mula menulis ni tadi, aku kat KIA on the way nak ke Jerman Berenti jap pastu sambung kat seat 17D, 17E dan 17F nih. (hehehe.. Ketiga2 seat ni aku yang ponya..!). Jap lagi sampai kat epot transit, aku up yer.. Hahaha the best part hari ni, FA ni cam muka aku semalam flite KUL- KCH. Hari ni dia bagi aku kacang sepastik besar...!!! Muahahaaha

Powered by IPhone in 737-400 MH 2812


Thursday, October 13, 2011

Nasi Lemak Laut China Selatan...

Seperti biasa aku akan menaip tatkala idea datang dikala takda apa nak buat di tempat duduk 23F bertemankan amoi cun kat sebelah tapi spoil pasal dia ni banyak buat bunyi2 kahak nyonya... Aduhai... kensel nak ngorat.

Semalam aku berpeluang mendengar ceramah 'Zul Design' sempena pelancaran Hari Inovasi jabatanku. Korang kenal ker? Generasi Blue Ray mungkin tak berapa kenal kot tapi aku generasi VHS. Dia ni juga dikenali sebagai Mc Gyver Malaysia... Dia kata, generasi masa kini dah kurang berfikir dan dah kurang nak berinovasi. Mana taknya, nak buat sesuatu semua dah ada alat penyelesaian. Sekarang dah takyah pikir, beli jer. Oleh itu dia beri beberapa tips yang sangat baik untuk membuatkan otak kita berfikir. Aku nak kongsi tapi posting aku kali ni bukan pasal tips dia tapi pasal nasi lemak. Len kalilah aku cerita yer...

Nasi Lemak Laut China Selatan... Ermmm aku percaya tak semua orang biasa menikmatinya. Aku pon sekali sekala jer. Itu pon bila aku amik flite pagi. Apa yang bestnya..? Tak lah best sangat kalau nak bandingkan dengan nasi lemak Kg Baru atau nasi lemak Restoren Gembira kat sek.3 shah alam tu. Apa yang best sangat kalau camtu? Errrmm.. Sebenarnya aku anggap best sebab berikut:

  • Pertama-tamanya dihidangkan oleh pompuan pakai kebaya.. (bini aku kalau hidangkan pon pakai t-shirt jer.. Kengkadang tu tak pakai apa2... Hehehe ooppss).

  • Keduanya dihidangkan di paras ketinggian 29,000 kaki dari paras laut dan berada tepat di atas Laut China Selatan.(lepas ni nak cuba kat Laut lain plak)

  • Ketiganya dihidangkan dalam kenderaan yang bergerak selaju 800km/jam dan tingkap langsung diaorang tak bagi buka kalau aku nak buang sampah.

  • Keempatnya, menikmati dengan keadaan orang yang duduk depan aku ni yang langsung tak gheti nak duduk diam. (kot yer pon nak bergerak, slow2 la.. Ni mengalahkan budak 4 tahun 7 bulan. Macam nak tercabut kerusi ni..)

  • Kelimanya nasi lemak ni telah dibayar oleh korang-korang yang dah bayar tax.. Hehehe tq.. Mintak halal yer...mahal tu tiket kerajaan ni...

Ok lah tu jer... Idea dah takda. Sampai KIA nanti aku upload yer.. Sekarang aku nak menikmati bentuk2 awan yang tak berapa indah kat sebelah aku ni... Jumpa lagi esok di awan lain...

Powered by IPhone on Boeing 737-400 MH 2564

Friday, October 7, 2011

Elevation Ceremony....

Sementara takda buat apa-apa sambil menunggu waktu boarding ni makanya aku nak cerita sikit pasal pengalaman pertama aku menghadiri "Elevation Ceremony" yang ku hadiri petang tadi...


Apa ke bendanya EC ni? Korang tak tahu? Aku pon tak tahu pasal aku pon cam korang gak... Bukan loyer.. Tapi tadi baru aku tahu..


EC ni sebenarnya adalah majlis meraikan seseorang dan di dalam kes petang tadi meraikan salah seorang Pesuruhjaya Kehakiman yang telah dikompomkan jawatannya sebagai Hakim. Sesampai jer aku di Mahkamah Tinggi Kuching tadi cuaca sangat panas. Matahari sangat terik memancar. Namun bila sesampai jer aku ke pintu masuk, aku telah disambut bak tetamu ala-ala dato gitu.. Hehehe.. Aku ingat aku jer dilayan gitu tapi rupanya orang lain pon dilayan cenggitu juga daa... Aduhh awal-awal lagi dah perasan.


Sesudah mendaftar, aku telah diiringi oleh seseorang masuk ke Federal Court... Wah.. Terperasan lagi aku. Masuk jer kat dalam, aku tengok suasana gelap... Uuhh.. Ramainyer loyer... Tapi mengata orang, aku pon sama gak menggelapkan keadaan. Aku pon cuba la mencari kot2 ada yang aku kenal... Alamak takda lah.. Terlupa plak yang aku ni valuer.. Memang la tak jumpa kengkawan. Aisehman.. Aku tengok ada sorang polis berpangkat supt. Aku pon cam biasalah menegur dan berborak ngan dia cam la aku kenal sangat.


Tak lama lepas tu, aku tengok ruang mahkamah dah penuh. Aku pon menunggu dengan hornynya nak tengok apa ke bendanya ceremony ni. Tak lama lepas tu, buzzer dibunyikan dan semua orang bangun. Seketika lepas itu masuklah YA Dato Rohzariah dengan memakai kostum hakimnya. Jubah berline kunin kat dada... Aku ni taklah kenal sangat hakim ni.. Baru 2 kali jadi assessor dia. Tapi dia ni very humble.. Bak kata orang boyan.. "Very motherly".


Acara dimulakan dengan pendaftar bangun (agaknya la) dan bercakap.."hear yi.. Hear yi.." huh macam cerita robin hood la pulak... Lepas tu dia mula mengumukan benda-benda yang aku tak paham.. Maklumlah.. Aku ni bukannya pandey sangat cakap omputih ni..


Lepas tu bangunlah presiden majlis peguam Sarawak. Dia mengucapkan kata-kata indah mengalu-alukan YA Dato'. Segala pujian disambil menceritakan latar belakang YA Dato'. Sesekali beliau membuat kata-kata humor yang menyebabkan sidang hadirin pon tergelak sama. Aku hanya tunduk membisu. Dalam hati ku berkata... "apa ke benda yang lawak sangat nih?" Sesekali ku lihat ke arah YA yang sangat motherly tu. Mukanya yang ala2 cina gitu membuat aku teringat kat ibu... Errr ibu? Hurmmm...


Selepas tu bangkit lah pula orang lain memberi kata-kata pujangga memuji. Lepas sorang, sorang lagi. Tatkala masuk orang yang ketiga, mataku sudah menunjukkan tanda2 khusuk dan tawaduk. Fuhh.. Seb baik tak tertido.. Kalau tak, jadi beghahem ali ler aku ni.


Selepas habis berucap, giliran YA pula buat ucap balas.. Habislah sekalian rakyat jelata diucapnya terima kasih terutama Madam Lau yg selalu menipon aku coz rupanya hari ni dia punya last day.. Bla-bla-bla... Tah apa2 dia cakap aku pon tak tahu. Apa yang aku paham adalah diakhir ucapan, dia menjemput tetamu untuk menikmati jamuan.


Bila aku keluar dari dewan, semua orang dok berkumpul-kumpul bertegur sapa.. Dalam hati aku berkata.."kat mana nak makan nih..?" aku ingat nak balik terus jer tapi cam tak bleh kuar jer... Aku pon dok berdiri jer lah kat tiang tu bak umpama jaga mahkamah... Tiba-tiba jer ada satu awek ni tegur kat aku.. Fuh, ingatkan nak ngorat aku, rupanya dari tadi dia cari aku rupanya... Hehehe... Ternaik semangat ku semula. Dia cari aku nak suh duduk kat meja makan yang dah disediakan...


Aku pon bergaraklah menuju dan ku lihat di kerusi dah ada nama ku. Polis tadi pon ada gak doj sebelah aku.. Tapi... Kenapa aku sorang jer dia buh "Encik"... Orang lain dia buh YA. Ini tidak adil! .... Seketika lepas tu, barulah aku pasan... Aku duduk semeja ngan hakim2 ghopernya... Adoyai... Pendekkan cerita selepas makan dan berbual ngan diaorang, aku pon balik bergegas sebab malam ni aku nak balik kampung.. Flite kul 8.


Kat bawah ni beberapa gambar yang tak seberapa yg dapat ku tangkap. Nak amik lebih, segan plak... Tak sesuai ngan dressingku ini yg ala2 pembaca berita ni...


(aku mula menulis ni masa tunggu nak boarding, dan dikala aku menaip ni, aku berada beribu kaki di atas Laut China Selatan. Sampai epot nanti aku upload... Byeee...)

Powered By IPhone on Boeing 747-400

Wednesday, October 5, 2011

Sekadar menguji IQ

Sambil aku menyurfing kat aiponku ni, terjumpa plak cerita ni. So aku cilokla tuk kongsi ngan korang.... Bacala dan cer pikir cer pikir...

Sepasang suami isteri sedang menikmati makan malam yang indah ketika merayakan ulang tahun perkawinan mereka yang ke-50. Ulang Tahun Perkawinan Emas dengan 8 anak, 28 cucu dan 2 cicit.

Ketika menikmati pencuci mulut, si suami tiba-tiba teringat sesuatu dan kemudian menoleh ke arah isterinya dan bertanya, "Ada satu hal yang ingin ku tanyakan pada mu sejak sekian lama. Tapi aku merasa tidak selesa, jadi pertanyaan ini belum pernah ku lontarkan. Tapi malam ini, malam istimewa jadi... ada baiknya aku tanyakan sekarang..."

"Apa sayang? Tanya saja. Kenapa mesti tidak selesa?", kata isterinya.

"Begini... anak kita yang nombor 4 tidak mirip kepada adik beradiknya yang lain. Apakah ayahnya berbeza?"

Isterinya terkejut mendengar pertanyaan tersebut.
Ia menundukkan kepala dan tidak sanggup menatap wajah suaminya. "Ya.....," katanya mengaku, "Ayahnya berbeza."
Hening....... Mata si suami di genangi air mata... "Ooh...," katanya sambil menahan sebak di dada, "Kalau begitu, boleh tak aku tahu siapa ayahnya?"

Hening lagi...dengan keberanian yang tersisa, si isteri menjawab, "Kamu...."

Powered by IPhone

Tuesday, October 4, 2011

Hahaha.. Ingatkan aku sorang jer...

Hari ni aku telah membuat pembayaran baki deposit untuk bilik sewa aku. Alhamdulillah, mudah urusanku mencari bilik sewa baru di perantauan ni... Masih dengan madam landlord yang sama.

Setelah berurusan dengan incik rimau secara maya maka terus ku forwardkan sms ku terima kepada madam landlord... Tak lama selepas tu aku terima jawapan dari dia. Biasanya pendek jer "Tks khalid". Namun hari ni agak panjang... Kah kah kah.. Rupanya bukan aku sorang jer yang bengang ngan penyewa baru bilik sebelah ni... Owner pun bengang gak... Nak tahu sebab apa aku bengang? Nanti aku cerita kemudian hari... Errr bagi mereka yang pernah baca komen aku kat dalam pesbuk juga mungkin dah tahu.. Kat bawah ni aku up gambar sms yang aku forward dari main phone aku...

Powered by IPhone

Blog Widget by LinkWithin