Friday, September 26, 2008

Salam Aidilfitri kepada semua yang telah melawati blog ku ini.


BERSEMPENA AIDILFITRI YANG AKAN TIBA PADA 1 OKTOBER 2008 INI, KU UCAPKAN SALAM AIDILFITRI, HALALKAN AYAT-AYAT YANG TELAH KULUAHKAN YANG MUNGKIN TELAH MENGGURIS HATI SESIAPA SAHAJA. SALAH DAN SILAP ADALAH LUMRAH MANUSIA......

Thursday, September 25, 2008

Ipoh Mali woo...

Dulu aku pernah cakap nak masukkan gambar bandar-bandar lain yang nostalgia kan..., Cari punya cari kat internet, dapatlah beberapa keping hakmilik org lain gambar kat Ipoh Perak yang aku "cilok" untuk aku masukkan dalam blog aku ni. Alaa, bukan untuk tujuan komersial pon, untuk tatapan korang jugak.. Gambar ni aku pairkan dengan gambar baru. So, cuba tengok, ada beza ker atau sama. So enjoyyyy...
Bandar Ipoh Lama
Bandar Ipoh Baru

Sek. Men. Convent Ipoh Baru
Sek. Men. Convent Ipoh Lama

Wednesday, September 24, 2008

Majlis Berbuka Puasa Tahunan ke 8







Seperti tahun-tahun yang lalu, kali ni majlis berbuka puasa tahunan "Geng Manjung" yang kelapan dapat jugak diadakan walaupun pada peringkat awal macam tak berapa nak menjadi. Majlis kali ni kita orang buat di Bukit Jalil Golf Resort. Harga oklah..RM40++

Ahli masih yang sama cuma seperti biasa, ada yang tak dapat datang dan ada yang baru nak joint. Tahun depan diharap akan berterusan. Mazli antara orang yang terbaru joint. Well done.

Di majlis ni juga, kita ada tetamu iaitu Mr. Rizalo. Walaupun tetamu tapi sendiri bayar tau. Aku ajak dia pergi pon sebab dia ni sekarang tgh bujang 40 hari. kesian buka posa sorang2. Al maklumlah anak bini semua ada kat kampung.

Tuesday, September 23, 2008

Tyre or spare tyre...

Sempena musim perayaan Aidil Fitri yang akan tiba, maka berpusu-pusulah manusia ke kedai tayar untuk menukar tayar kereta masing-masing. Apa yang peliknya ialah, pada masa ni lah plak tayar tu nak botak.... Aku pon nak kena gi tukar tayar gak, pasai keempat2 tayar aku dah botak, makan sebelah dan lain-lain lagi. Nasiblah depa tu botak time aku ada duit. Maklumlah, kerja gomen kan dah dapat bonusss....

Tapi bila time nak beli tayar nih, kena tengok betui2.. Ada kedai yang buleh juai tayar depa mughah. Cuba hang pa check tarikh manufacture tayar tuh. Dah expired kot. Patutlah mughahh..... Hehe.. silap hb nih aku buleh kena saman ngan kedai tayar. Bukan apa, kekadang tu depa juai mughah pasai depa order banyak. Maklumlah modai besaq.

Apa-apa pon kat bawah nih korang buleh tgk information yang ada berkenaan tayar. Tak payah lah aku explain kot, pasal korang bukannya tak gheti membaca inggeris.... Yang paling penting pilih yang bersesuaian dengan kereta korang semua. Keta aku pakai Good Year NCT5 195/60 jer. Kira oraitlah untuk kereta Protong Waja.










Diharap korang semua bolehlah check dulu maklumat kat tayar masa nak beli nanti. Nasib baik mungkin boleh dapat futher discount... Terutama tarikh tamat tempoh tu.

Yang kat sebelah ni sebenarnya takder kena mengena ngan tayar atau awek kat kedai tayar. Cumanya ada sesetengah orang dok guna istilah "spare tyre". Ermmm kalau dapat spare tyre cun cam awek ni kira orait gak...hehehe

Sunday, September 14, 2008

Akhirnya Mereka datang juga...

Alhamdulillah.... akhirnya selepas beberapa tindakan yang saya lakukan, maka mereka telah datang ke rumah. Walau bagaimanapun mereka hanya merawat setakat minor sahaja dan ianya masih perlu dipantau. Wakil K&K menyatakan bahawa selepas ini pihak K&K patut dipanggil lagi kerana ianya masih didalam tempoh jaminan. Selepas raya ini, saya bercadang untuk memanggil mereka untuk membuat pemeriksaan dan ianya akan terus saya lakukan sehingga saya berpuashati.

So.... kepada sesiapa yang mendapati terdapat anai-anai dirumah masing2 maka jangan segan silu untuk melaporkannya kepada pihak PKNS sebelum ia menjadi barah.

"HARTA ANDA TANGGUNGJAWAB ANDA"

Thursday, September 11, 2008

Baik punya cilok...

Cuba korang tengok filem ni... macam real tapi memang pon. Cekap sungguh pilotnyer. Landing pon dekat dengan pantai.

video

Aku ingat kalau aku dalam flight tu, dah terkencing gaknya.. Kalau ada lemah jantung, terus meninggalll...

Blog Widget by LinkWithin