Tahun 1
Ermm.. dah 4 bulan wawan bersekolah di dalam Tahun 1 kat Sek. Raja Muda Sek 4. (aku dulu pon sekolah kat situ..first badge tahun 1982 darjah 6) Setakat ni semuanya ok cuma beg sekolah jer yang dah koyak. Perkembangannya ok kot. Aku pon tak berapa tahu pasal bila ditanya, wawan buat bodo jer taknak jawab. Tapi nampaklah perbezaan...dah boleh membaca. Kat rumah, ibunya yang rajin mengajar. Aku? hehe... aku ni malas sikit. Bukannya apa, karang kalau dia taknak dengar, mulalah aku naik angin.
Pagi sekolah agama, petang sekolah kebangsaan. Pagi aku hantar, tgh hari dia balik rumah atuknya naik van, pastu atuk dia hantar gi sekolah. Petang biasanya atuk dia amik kecuali Isnin ngan Jumaat kalau sempat aku gi amik pasal dia balik lewat 6.30 pm ngan 6.40 pm. Tiap Sabtu dia belajar Tae Kwon Do. Hari Sabtu depan ni dia ada 'grading'. Alaa test tuk naik ke tali kuning. Harap2 semuanya ok. Aku harap pelajaran Tae kwon do dia akan abis sampai tali hitam at least 'first done'. So boleh lah harapkan dia untuk pertahankan keluarga kalau aku takder...
No comments:
Post a Comment