Wednesday, March 26, 2008

Pelargonium Graveolens..

PELARGONIUM graveolens antara penghias laman yang popular kerana ia turut dikenali sebagai pokok penghalau nyamuk. Aroma atau bau-bauan yang terhasil daripada daun pelargonium graveolens dikatakan dapat menghalau nyamuk yang membiak di kawasan laman kediaman.

Pokok berkenaan memerlukan penjagaan rapi kerana ia tidak boleh terlalu terdedah kepada cahaya matahari. Cukup sekadar meletakkannya di kawasan garaj kereta atau di sudut rumah. Pelargonium graveolens tidak memerlukan banyak air, cukup dengan hanya siraman sekali sehari. Sekali dalam tempoh dua minggu, ia perlu dibaja bagi mengekalkan kesuburannya. Pelargonium graveolens boleh mencapai ketinggian satu meter dan proses memindahkan pasu perlu dilakukan bagi membantu tumbesaran yang lebih terancang.

Berikut beberapa panduan memindahkan pelargonium graveolens ke pasu baru hasil kreativiti Melati Evergreen Enterprise di No PT 8734, Jalan Langkawi, Setapak, Kuala Lumpur.

Bahan-bahan:

Sediakan pelargonium graveolens, pasu hiasan, tanah baja, sabut kelapa dan kelengkapan berkebun seperti sarung tangan serta gunting.

(Langkah 1)
Lubang di bahagian dasar pasu hiasan perlu ditutup dengan sedikit sabut kelapa.

(Langkah 2)
Masukkan tanah baja hingga memenuhi separuh bahagian pasu hiasan. Tanggalkan pelargonium graveolens daripada pasu asal sebelum dimasukkan ke dalam pasu hiasan tadi.

(Langkah 3)
Masukkan sebahagian tanah baja dan padatkannya supaya kedudukan pelargonium graveolens dalam pasu hiasan lebih stabil dan tegak.

(Langkah 4)
Selepas tanah baja dipadatkan, letakkan sabut kelapa pada bahagian permukaan pasu hiasan tadi untuk kelihatan lebih kemas.-Siram dan letakkan pelargonium graveolens di tempat teduh.


Sumber : Dekotaman - Hartini Mohd Nawi -MyMetro


(Langkah 5)
Gi kedai bunga dan tanya pokok ni sebenarnya pokok menda?... bahasa melayunya org panggil apa? camana nak beli? Puas aku cari kat ternet tapi tak jumpa gak.

2 comments:

ANSARI said...

hii..salam..pokok halau nyamuk kat cameron highland ada jual. sepokok rm6 je. 2=$10.
aku baru beli semalam. search2 google jmpa blog nih. nak tahu camner nak biakkan je

Unknown said...

kak, nak tmpg tanyer..klu duk area s.alam...maner nak dapatkan pokok tu?
sy nak guna tuk research sy...

Blog Widget by LinkWithin