Friday, July 15, 2011

Cucu ke 10..

Lahir pada 10 haribulan dan menjadi cucu yang ke 10 kepada Opah Dah... pasal tu la tajuk dia cucu ke 10. Sebenarnya gambar ni kuambil menggunakan kamera opisku yang hanya aku sorang jer guna... muahahaha... Sebab apa? sebab aku yang simpanlah... Takda sorang pon bertanya kat aku nak guna kamera tu... Kamera compact jer jenama Canon Ixus 220HS... Ala model yang cam dalam tibi tu la. So kat bawah ni antara gambar-gambar yang aku ambil. Nak guna model awek tepi pantai takut orang marah.. so guna jer la model budak kecik ni selagi boleh...

.
.
IMG_0040
IMG_0042

Gambar yang last sekali tu cucu ke 9.... yang kat belakang dia tu cucu ke 10. Cucu ke 9 ni dulu sangat fobia dengan cucu ke 10 sebab asal jumpa jer mesti kena gigit... muahahaha... Alhamdulillah... sekarang dah ok sebab cucu ke 10 dah takda hobi menggigit orang lagi....

Err gambar kat atas tu diedit sedikit jer guna Photoshop tapi taklah edit sampai tukar bendera kepada pisau cam dalam sur....  ooopppsss..


Pewaris-pewaris Takhta..


Mereka adalah pewarisku insyaallah....

Tuesday, July 12, 2011

Expresi......

Apa benda expresi tu....? Sorry la kalau salah eja yer.. pakcik ni tak berapa pandai mengeja. Asal korang paham udah ler.... Just berkongsi expresi di pagi hari supaya sentiasa ceria....

Yeaaa.....

Ngeee....

Ah.. Ah.. Ahmaddd...

Ah.. Ah.. Ahmaddddd

Monday, July 11, 2011

Jalan-jalan naik belon..

Assalamualaikum,
Wahhhh lamanya aku tidak meraban kat dalam blog nih. Semenjak aku ditukarkan ke Pulau Borneo ni, stop segala luahan rasa hati. Rasanya dah setahun aku tak merapu so hari ni macam ada masa terluang sikit makanya aku akan cuba menjebakkan diri semula ke dunia blogging.

Untuk permulaan ni aku nak cerita pasal CHOGM ku ke Bandar Mukah. Mukah tau.. bukan Mekah. Sebuah bandar kecil terletak di persisiran laut China Selatan. Untuk pengetahuan semua, bandar ini tidak banyak benda yang menarik terutama kepada orang-orang bandar diluar tu. Bandarnya kecik, dalam 2 jam berjalan kira dah habis explore termasuk berhenti rehat sambil minum nescafe tarik kat kedai mamak. Kalau saja-saja nak pergi rasanya aku tak pergi kot tapi disebabkan kursus punya pasal maka dapatlah aku menjejakkan diri ke Bandar Mukah nih...
De Havilland
Untuk permulaan ni aku up gambar belon jer lah. lagipon internet kat opis aku lembab tahap boleh perah... korang tengok gambar belon jer lah...


Kalau nak pergi Mukah kena naik benda ni.... sorry yer tiada Boeing Airbus atau ATR boleh landing kat Mukah....
Pilot ni relax jer bawak sambil sila panggung... muahahaha..

Blog Widget by LinkWithin