Lapan Haribulan Lapan Tahun Lapan...
Hari ni dikira hari yang istimewa bagi sesetangah orang. aAl maklumlah, hari ni adalah 08.08.08 = 8hb Ogos 2008. Pagi tadi aku dengar radio kat hot fm, ramailah yang akan berkahwin malam ni sempena tarikh tu. Aku pon cam teringin gak tapi takboleh sebab bini aku tak kasi...hehehe. Pas tu ramailah yang tipon cuba kaitkan diri diaorang ngan nombor lapan ni. Uh mak ai... dah macam cina plak, dok percaya kat nombor lapan ni. Tapi apa2 pon, itu hak depa. Aku pon ada hak gak dan takda orang buleh pertikai.
Teringin plak aku nak kaitkan diri aku ngan nombor lapan nih.... Hari ni genaplah 8 hari kekawan minum pagi aku telah meninggalkan aku untuk bertugas sebagai COB kat majlis perbandaran. Ada 3 orang kawan aku kat opis HQ nih yang gi ke MBSA, MPK dan MPSP. Hari ni jugaklah genap 8 hari kawan baru aku kat sebelah ni melaporkan diri kat HQ. Apa lagi yer.... ntah... itu ajer.
Sempena 8.8.08 ni, Kesupen HQ jugak menganjurkan sukan dalaman. Aku main dart ngan ping pong ajer. Tak lah pandai sangat tapi cukuplah memberikan satu semangat kesukanan sesama staf. Gambar aku tak upload lagi... nantilah..
No comments:
Post a Comment