Friday, August 1, 2008

Lebai Malang..

Apa yang tak kena ngan semalam....31 Julai 2008. Semua serba tak kena.... Mula-mula, semuanya ok. Tapi lepas pukul 5.30 macam-macam plak yang menimpa. Mula-mula tu masa aku nak punch out balik. Gi kat tempat punch, kad aku yang bulan 7 dah takda... mana perginya? rajinnya lah kerani ni kat opis aku nak kutip awal sangat.. Yang ada cuma kad untuk bulan 8. Dah ler seminggu aku tak punch sebab macam-macam hal... Kononnya, nak tulis note lah pada kad tu...haiiiiieeehhh..... Itu baru 1 perkara.

Petang aku balik cam biasa..tgk2 kat meter minyak, rupanya aku terlupa nak isi mninyak tgh hari tadi. So kenalah gi pusing kat Precint 8 nak isi minyak dulu. Lepas isi, aku terus chiow balik ke Shah Alam. Lepas amik bini aku, amik anak sulung aku plak.



On d way back, aku singgah sekali lagi kat Shell sebab nak isi tangki penuh. Bukan apa, tadi masa kat opis, member aku bagi tonik tuk bubuh kat tangki minyak. Lepas isi, aku pon start kereta....tapi, tak bleh start..! Start kejap, pastu mati injinnya... Banyak kali aku cuba tapi still tak bleh... Adooiiiiiiiiii!!!!!! Relax kejap.. tolak kereta ketepi. Pastu baru pikir sapa aku nak tipon.Dalam pikiran aku takder lain, "RIZAL", itu lah nama member aku yang dah banyak tolong aku. Segan gak mula2 tu nak tipon, tapi kalau segan abislah aku.... tido kat tepi jalanlah. Aku pon tipon lah dia, mintak tolong dia panggilkan mekanik. Itupon ada masalah gak....tipon aku plak kruk-krak.. kruk krak.. Aiyooo takkan tipon plak masa ni nak rosak. Pendekkan cerita, dia pon tak lama lepas tu datang ngan sedara dia. Sedara dia check, tgk-tgk rupanya Fuel Pump aku yang kong. Ketuk2... lepas tu ok. Baru jalan tak sampai 1 kilometer, keta aku mati semula. So kena lah tukar jugak benda Allah tu. Tapi masalahnya jam dah menunjukkan jam 7.45 malam. Mana ada kedai spare part bukak..? Kita orang cuba jugaklah cari kat Sg. Rasa...nasib baik ada 1 kedai tu baru jer nak tutup. Cepat2 kita orang gi kejar. Maka akhirnya dapatlah aku Fuel Pump tu dan terbanglah duit aku kat cina tu sebanyak RM170. So kita orang pon baliklah ke tempat kereta aku tersadai tadi... Lepas tukar Alhamdulillah. Sampai rumah dah kat pukul 8.30 malam.




Kemudian tu aku teringat plak yang duit rumah aku belum bayar lagi. Kena bayar sebelum 1hb kalau tidak kena denda. Nasib baiklah boleh bayar kat mesin ATM. Ambankkkk maaaa!!! Aku pos start balik kereta dan terus ker stesen minyak Esso. Aloo kawan! bukan mau isi minyak tapi mau keluar duit kat mesin ATM Maybank. Beratur panjang......sampai giliran aku, tit..tit..tut..titt tutt.. last sekali mesin tu kata kad aku rosak. Hampeh betui!!!! Nak taknak, aku kena gi cuba nasib kat Maybank seksyen 14. Maybank besar. Nasib baik boleh keluar duit aku. Pastu terus gi Ambank seksyen 15 nak bayar duit rumah. beratur tak panjang sangat tapi boleh tahan. Nasib baik awek kat depan aku beratur tu boleh teheennnnn!!! tak lah boring sangat... tit..tit..tut..titt yang keluar resit. Pastu dia kata no akaun rumah aku tak sah...adoiii makk!!!!! apsal jadi cam ni?.. Aku pon dengan perasaan yang tak berputus asa, mencuba lagi kat mesin sebelah. Kena lah beratur semula. Sampai turn aku, aku masukkan no akaun, tup-tup jadi cam tadi jugak. Hampeh Betul!!!! Maka aku pon balik lah....

Sepanjang aku bawak kereta, bau petrol cukup kuat dalam kereta aku. Aku takut mamat tadi pasang fuelpump tu longgar jer. Bila aku check, ok jer. Aghh!!! lantakla.. aku pon lepas tu gi kuar minum ngan RIZAL kul 11 malam.. balik tu aku saja lah check bonet.. ALAMAK!!!!! aku lupa nak kuarkan fuelpump lama aku yang penuh minyak tu rupanya. Abis lah tumpah petrol kat dalam bonet tu. terpaksalah aku lap walupaupun takda beza... Plastik cover carpet bonet aku pon dah naik lembik dek petrol tu... Lepas lap, aku pon terus masuk dalam layan internet jap pastu tido....zzzzzzz..... Berkahirlah kisah lebai malang aku pada hari Khmis 31 Julai 2008.


Kekadang tu aku pikir bagus gak kalau pakai NGV, kalau fuelpump rosak, maka taklah aku tersadai kat tepi jalan...hehehhe. Apa-apa pon, moral of the story is....redha ngan apa yang terjadi, sentiasa tolong orng sebab satu hari nanti bila kita susah, Allah akan bantu kita. Untuk itu aku nak ucapkan TERIMA KASIH BANYAK2 PADA RIZAL MAWI YANG DAH TOLONG AKU. SEMOGA MAJU JAYA BERKHIDMAT NGAN MBSA SEBAGAI Mr Comission....oopppss Mr Comissioner.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin