Friday, February 13, 2009

Dah 10 tahun rupanya...


Pejam celik, pejam celik rupanya dah 10 tahun dah aku bekerja kat JPPH ni. 10 tahun yang lalu aku merupakan salah seorang mangsa kegawatan ekonomi.... setahun aku tak kerja. Nak makan pon korek duit tabung. Tapi sekarang nih, Alhamdulillah dan aku dah mempunyai kerja tetap dan berpencen dan keadaan ekonomi pon dah stabil.
13 Februari 1999 adalah tarikh aku mula melangkahkan kaki ke sektor awam iaitu di JPPH Negeri Selangor. selama tempoh 10 tahun aku bekerja banyak perkara yang baik dan buruk terpaksa aku alami. Banyak perubahan telah berlaku sama ada dari segi kerja, sikap dan ekonomi, tapi ada satu perkara yang masih sama iaitu Boss masa aku lapor diri di JPPH Selangor dulu, sekarang ni telah menjadi Boss aku semula kat HQ ni. Tapi sekarang ni dia lain pangkat la... ada V6. Ada orang tanya, Aku? camana plak? Aku bagi tau kat diaorang, kita orang ni "closed service", teknikal, susah sikit nak naik pangkat. Hari tu aku terjumpa semula member PTD yang kerja kat MOF masa makan kat Precint 9. Awek la apa lagi.... Dengan gediknya dia bertanya aku... "Eh, khalid... ko sekarang ni dah 48 ker atau 52?" Memang patut pon dia tanya sebab masa aku mula kenal geng2 diaorang nih masa kursus kat PD dulu, dia orang ni masih 41 dan belum pergi kursus kat Intan lagi.... kompom pon belum. Aku masa tu baru naik 44. Tapi sekarang ni diaorang dah 48 rupanya, kompom plak tu. Kahwin pon belum lagi....... Aku bagi tahu kat diaorang, kat JPPH kalau naik 48 ada banyak syarat... Syarat utama mesti jadi Penilai Berdaftar dan biasanya servis lebih 15 tahun baru dapat naik 48. So dia kata kat aku, sekarang ni dah berapa tahun service? Aku cakap 10 tahun maaa... and the best part dia cakap kat aku... "takpelah, lagi 5 tahun ko dapatlah naik 48..." HAMPEHHHHHHH BETOIIII!!!
Tapi apa2 pon, aku tetap bersyukur sebab sekurang2nya bila aku gi meeting, walaupun diaorang tgk aku cuma 44 jer tapi banyak yang boleh aku goreng kat geng2 ni... Pengerusi yang pangkat lebih banyak dari aku pon kekadang tu kena goreng gak ngan akusebab banyak benda dia tak tahu... hehehehe...
Dah la, karang aku cerita panjang2 pon, bukannya korang paham pon.... buat penat aku mengarang jer...

2 comments:

Mentari, Hujan dan Pelangi said...

Rezeki Bro... Kadang-kadang Allah akan bagi rezeki dengan cara yang tak disangka. Dulu PTD pun lambat jugak 15 tahun baru dapat naik pangkat. Mungkin rezeki budak-budak baru naik cepat tapi beberapa tahunlagi mungkin stagnant.

ReezQien said...

betul tu.. yg penting walaupun 41 tp knowledge tu mcm 52 hehehe.. apa ada pd gred kan bro.. yg penting gaji masyukk... gred 44 pun tp gaji 54 ok apa.. hehehe.. selamat berkoje...

Blog Widget by LinkWithin