Happy Anniversary....
Selepas 1 minggu atau 7 hari atau 168 jam atau 10,080 minit atau 604,800 saat maka hari ni aku akan ceritakan apa ke bendanya cerita pasal anniversary ni. Sebenarnya ini kisah pada 6 February 2000 yang lalu.
Pada pagi tu, aku ngan kekawan aku naik satu kereta mengarah ke Bagan Datoh, Perak. Masa tu sedara mara aku pon ada gak tapi naik kereta lainla... Korang ingat kereta aku masa tu bas ker? nak naik kereta yang sama?.. hehehehe.
Aku tengok diaorang pon menghala ker tempat yang sama gak tapi ikut jalan lain2. Sesampai jer kat Bagan Datoh tu, aku tengok diaorang dah lama sampai rupanya. Aku pon dengan muka selamba, terus parked kereta dan ajak kekawan aku tolong aku sebab aku nak tukar baju.. Salah sorang kawan baik aku masa tu bawak kereta sendiri, Nama dia Saiful Zaman, tapi aku tengok dia pakai baju melayu plak. Dalam hati berkata.."nak benikah lagi satu ke dia ni?" huhuhu...
Bila dah siap tukar baju, aku pon keluarlah ke khalayak ramai, masa tu dalam pukul 10 pagi kot.. ntah aku pon dah tak ingat. Lagi pon masa tu aku "slim melim" (istilah yang pernah diungkapkan oleh boyfren Wan Nurazlin dalam VCD terlarang dia...kih..kih..kih..). Bila aku tgk sekeliling..... rupa-rupanya pada hari tu aku bernikah rupanya....hehehe... Kawan aku yang pakai baju melayu tu rupanya pengapit aku... ermm
Sekarang ni dah 9 tahun kitaorang kawin.. Anak yang sulung pon sekarang ni dah berumur 8 tahun 3 bulan. Aiitt..?? ambik kalkulator jap.. ohh betul lah... Masa mengandungkan anak pertama tu, bini aku "Bunting Pelamin" orang tua2 kata.... hehehe.
So doakanlah supaya kami akan dapat hidup bersama sehingga ke akhir hayat.. Kepada bini ku yang kot-kot membaca posting aku nih... Sorry takder hadiah yang aku bagi. Nak buat kad pon masa tu asik tak menjadi jer.... Jangan Marah Selalu.
Akhir kata,
"Mari menuai si padi kuning, Di tuai pula dek anak dara,
Faham memahami amatlah penting, Kelak hidup penuh bahagia"
Phewwwiiitttttt......!!!!!!!
1 comment:
Woit!! Brudder!!!!
Brape punye lama lu punyer sekejap laaa!!!!
Bila nk update crite niiii????
Post a Comment