Monday, May 31, 2010

My Little Chef...

Lama dah aku tak upload gambar baby.... Malas-malas-malas-malas adalah punca gambar tak berupload. Nak update blogpon sekarang ni dah malas nak cerita panjang2. Jumaat lepas sempena cuti-cuti Malaysia dan wifeku nak beli barang sikit, makanya kami ke Shah Alam Mall. Tak tahu nak buat apa, maka aku shoot jer beberapa keping guna my ai pon. So kat bawah gambar yang telah kukumpulkan....

Nak wat photoshoot khas untuk baby tapi asik rasa malas jer... So aku gunakan jer apa yang ada. Rugi pulak kalau takda rakaman gambar untuk tatapan 10, 20, 30 tahun akan datang....

My little Chef

Friday, May 21, 2010

Perkhemahan dolu-dolu.....

Pada suatu masa dulu aku pernah jadi remaja... Apa? ko ingat aku ni lahir-lahir jer terus jadi tua ker? hahahaha... Perkemahan pertama seumur hidup aku adalah pada tahun 1985.. untuk tarikh yang lebih tepat, 2 November 1985. Masa aku bercadang nak pergi tu, aku terpaksa melalui tapisan oleh bapak aku. Ko hingat senang?... Aku pon tak ingat apa yang aku dah goreng sehingga menyebabkan bapak aku bagi pergi. Camping pertama seumur hidup aku tu buat kat Morib... Aku ada ingat pagi tu kita orang naik bas ramai-ramai.. Tido 1 malam jer. Banyak yang aku dah tak berapa ingat tapi itulah antara kenangan manis dan bila aku tengok semula gambar tu, aku rasa syahdu kerana melihat gambar betapa muda remajanya aku masa tu... 15 tahun tu.

Morib 2

Aku tak ingat berapa ramai kitaorang pergi masa tu. Adalah beberapa khemah yang telah didirikan...

Morib 3

Bot kat atas tu sebenarnya dah bocor dan tampal ngan getah jer. Bocor masa kita orang test kat rumah... tersangkut kat pagar mah tuan punya bot tu... hahaha hampeh sungguh... Masa kat pantai pam ok jer tapi bila dah dibawa belayar habis kitaorang semua tenggelam kat dalam laut.... hehehe hampeh betul.

Morib 4

Inilah tapak perkhemahan kita orang masa dulu, berhampiran dengan Kelab Golf Sri Morib..... Pantai Morib 25 tahun yang lalu.....

Monday, May 17, 2010

First Grading....

Tae 1

Kalau tengok tarikh yang aku tulis kat gambar tu, 16 hb... tapi sebenarnya grading tu hari Sabtu lepas, 15hb sebenarnya. Maafkan daddy... tersilap sudaaa...

Tak kisah la apa-apa pon tapi memang seronok bila tengok gelagat bebudak ni beraksi. Dari tali putih sampailah ke tali biru. Gambar selebihnya ada kat bawah ni....

Tae 5
Tae 4
Tae 11
Tae 8
Tae 7
Tae 12
Tae 10
Tae 9

Tuesday, May 11, 2010

Fido Dido vs Kojak


10 Mei 2010 adalah hari ulang tahun pewaris takhta bongsuku yang ke 3 bulan. Walaupun baru 3 bulan, diapers dia dah pakai saiz M.... Kalau 6 bulan nak pakai saiz apa agaknya.. Semenjak lahir sampailah Ahad lepas, rambutnya tak pernah bercukur dan maintain lebat dan tegak. Gelaran kengkawan ku adalah Fido Dido. Nak cukur tapi rasa cam sayang plak tapi kalau tak cukur, diaorang kata tak elok. Nanti rambut tak sihat sebab itu rambut yang tumbuh sejak dari dalam perut.

Ahad lepas dengan rasminya kami telah membotakkan kepalanya dengan bantuan pencukur Abang Roy. Mula-mula nampak pelik tapi sekarang nampak lebih kemas. Teringin plak aku nak potong camtu...




Stripe 2

Adam Daniyal Khalid

Jo jambul

Kojak 2

Kojak 3

Masa aku kecik-kecik dulu, ada cerita detektif bertajuk KOJAK.... Hahahaha... kalau sebelum ni anakku dikenali sebagai Fido Dido tapi sekarang dah jadi KOJAK plak...


Selamat Hari Mommy....

Hari minggu lepas adalah Hari Ibu. Aku tahu pon sebab media, facebook dan anak aku bercakap. Aku tak pernah ingat bila tarikh sebenar, maklumlah tak pernah diajarpon untuk 'celebrate' Hari Ibu ni walaupun aku ada 3orang Ibu. Takpelah, itu adalah aku dan aku ada alasan sendiri. Korang takyah ngumpat aku, buat tambah dosa korang jer. Aku nak citer pasai princess aku.

Jusco

Pagi Sabtu lepas, aku bawak anak pompuan aku gi Giant untuk beli barang. Lepas tu dia kata kat aku, nak beli bunga. Aku tanya nak buat apa?... dia kata nak bagi mommy sebab Hari Ibu. Alamak, mana aku nak cari ni. Anak pompuan aku ni kalau minta apa-apa jarang aku tak tunaikan. Biar mati pon aku cuba gak. Tapi nak beli bunga ni, seumur hidup aku tak pernah beli. Tanam pon mati. Takpalah dan aku cakap kat anak aku, "nanti kita cari".

Ditakdirkan Allah, semasa aku beli roti bun untuk wife aku, aku tertengok ada bunga kat kaunter kedai roti tu. Aku pon dengan selamba tanya kat cashier yang tak berapa cun tu... "Bunga tu, jual ker? Berapa hinggit satu?" Dia pandang aku senyum-senyum. Macam tak nak jawab jer. Woi! aku bukan mat bunga atau nak bunga tu bagi kat aweklah. Jawab jerlah soklan aku tu. Lepas tu dia pandang bunga tu, dan pandang aku. Kemudian dia kata..."Ambik jer lah". Wah percuma ker? Aku pon tak tahu. terus aku panggil anak aku bagi bunga tu kat dia. Happy teramat sangat anak pompuan aku tu bila dapat bunga tu. Alhamdulillah, satu lagi permintaannya dapat aku tunaikan.

Selamat Hari Ibu

Anak pompuan aku tu pon dah tak sabar nak bagi bunga tu kat mommy dia. Tapi dengar ceritanya selepas dia bagi bunga tu kat wife aku, dia tanya balik... "Mommy tak nak ker bunga tu?..." Hehehe.. bughuk siku betoi. Apa-apa pon kepada Ibu-ibu, mak-mak, bonda-bonda... SELAMAT HARI IBU. (biar lambat asal selamat). Terima kasih kepada guru-guru tadikanya yang menjadikan anak aku ingat nak menyambut Hari Ibu.

Errrr 'Hari Bibik' takder ker. Bukankah sekarang ni ramai budak2 dibesarkan oleh bibik menggantikan tugas ibu.....

Friday, May 7, 2010

Kenapa aku tak update?

Panjang


Kenapa aku tak update? Jawapannya sebab;
  • Aku malas
  • Aku takda masa
  • Aku takda idea
  • Aku takda cerita baru walaupun ada
  • Aku update kat facebook jer
  • Aku nyer notebook ada problem
  • Aku....... punya pasal la

Blog Widget by LinkWithin