Tuesday, May 11, 2010

Selamat Hari Mommy....

Hari minggu lepas adalah Hari Ibu. Aku tahu pon sebab media, facebook dan anak aku bercakap. Aku tak pernah ingat bila tarikh sebenar, maklumlah tak pernah diajarpon untuk 'celebrate' Hari Ibu ni walaupun aku ada 3orang Ibu. Takpelah, itu adalah aku dan aku ada alasan sendiri. Korang takyah ngumpat aku, buat tambah dosa korang jer. Aku nak citer pasai princess aku.

Jusco

Pagi Sabtu lepas, aku bawak anak pompuan aku gi Giant untuk beli barang. Lepas tu dia kata kat aku, nak beli bunga. Aku tanya nak buat apa?... dia kata nak bagi mommy sebab Hari Ibu. Alamak, mana aku nak cari ni. Anak pompuan aku ni kalau minta apa-apa jarang aku tak tunaikan. Biar mati pon aku cuba gak. Tapi nak beli bunga ni, seumur hidup aku tak pernah beli. Tanam pon mati. Takpalah dan aku cakap kat anak aku, "nanti kita cari".

Ditakdirkan Allah, semasa aku beli roti bun untuk wife aku, aku tertengok ada bunga kat kaunter kedai roti tu. Aku pon dengan selamba tanya kat cashier yang tak berapa cun tu... "Bunga tu, jual ker? Berapa hinggit satu?" Dia pandang aku senyum-senyum. Macam tak nak jawab jer. Woi! aku bukan mat bunga atau nak bunga tu bagi kat aweklah. Jawab jerlah soklan aku tu. Lepas tu dia pandang bunga tu, dan pandang aku. Kemudian dia kata..."Ambik jer lah". Wah percuma ker? Aku pon tak tahu. terus aku panggil anak aku bagi bunga tu kat dia. Happy teramat sangat anak pompuan aku tu bila dapat bunga tu. Alhamdulillah, satu lagi permintaannya dapat aku tunaikan.

Selamat Hari Ibu

Anak pompuan aku tu pon dah tak sabar nak bagi bunga tu kat mommy dia. Tapi dengar ceritanya selepas dia bagi bunga tu kat wife aku, dia tanya balik... "Mommy tak nak ker bunga tu?..." Hehehe.. bughuk siku betoi. Apa-apa pon kepada Ibu-ibu, mak-mak, bonda-bonda... SELAMAT HARI IBU. (biar lambat asal selamat). Terima kasih kepada guru-guru tadikanya yang menjadikan anak aku ingat nak menyambut Hari Ibu.

Errrr 'Hari Bibik' takder ker. Bukankah sekarang ni ramai budak2 dibesarkan oleh bibik menggantikan tugas ibu.....

No comments:

Blog Widget by LinkWithin