Perkhemahan dolu-dolu.....
Pada suatu masa dulu aku pernah jadi remaja... Apa? ko ingat aku ni lahir-lahir jer terus jadi tua ker? hahahaha... Perkemahan pertama seumur hidup aku adalah pada tahun 1985.. untuk tarikh yang lebih tepat, 2 November 1985. Masa aku bercadang nak pergi tu, aku terpaksa melalui tapisan oleh bapak aku. Ko hingat senang?... Aku pon tak ingat apa yang aku dah goreng sehingga menyebabkan bapak aku bagi pergi. Camping pertama seumur hidup aku tu buat kat Morib... Aku ada ingat pagi tu kita orang naik bas ramai-ramai.. Tido 1 malam jer. Banyak yang aku dah tak berapa ingat tapi itulah antara kenangan manis dan bila aku tengok semula gambar tu, aku rasa syahdu kerana melihat gambar betapa muda remajanya aku masa tu... 15 tahun tu.
Aku tak ingat berapa ramai kitaorang pergi masa tu. Adalah beberapa khemah yang telah didirikan...
Bot kat atas tu sebenarnya dah bocor dan tampal ngan getah jer. Bocor masa kita orang test kat rumah... tersangkut kat pagar mah tuan punya bot tu... hahaha hampeh sungguh... Masa kat pantai pam ok jer tapi bila dah dibawa belayar habis kitaorang semua tenggelam kat dalam laut.... hehehe hampeh betul.
Inilah tapak perkhemahan kita orang masa dulu, berhampiran dengan Kelab Golf Sri Morib..... Pantai Morib 25 tahun yang lalu.....
No comments:
Post a Comment