Tuesday, June 22, 2010

Tak sangka aku......

Apa yang tak ku sangka ni?... Sebenarnya aku tak sangka anak ku akan mengambil berat tentang 'Hari Bapa'. Tak sangka aku akan dapat hadiah.... tak sangka aku akan dapat kad ucapan... tak sangka anakku yang umur 6 tahun tu memberikan penghargaan kepada ku.

Selamat Hari Bapa

Pagi-pagi lagi dia dah pergi kat aku dan bagi teddy bear kecik dia kat aku. Katanya kalau aku rindu kat dia, boleh peluk teddy bear tu... Wah terharunya...

Happy FD
(walaupun tiada warna dan tidak menarik kalau nak dijual tetapi inilah kad yang paling istimewa sebab dia buat sendiri dan tulis dan lukis sendiri)
HFD 2

Menjelang petang, dia wat suprise kat aku sehingga aku rasa sangat terharu. Dia bagi kad ucapan Selamat Hari Bapa. Sungguh terharu dan pada ketika itu aku rasa macam nak nyanyi lagu "laki-laki juga bisa nangis..!!".. Thank You sebab inilah seumur hidup aku ada orang wish Selamat Hari Bapa. Aku sendiri pon tak pernah wish kat sesiapa. InsyaAllah, akan ku letakkan di meja opis baruku nanti teddy bear tu sebagai menghargai pemberiannya itu......

Kecik-kecik pon kena exam....

Alhamdulillah, Sabtu lepas anak aku selesai menjalani ujian untuk kemasukan ke Sekolah Intergrasi di Seksyen 7 Shah Alam.

Ujian 1

Malam sebelum tu, sebok dia suruh mummynya ajar macam-macam. Excited sungguh. Pagi-pagi lagi dia dah siap sampaikan aku kat dalam bilik air pon kena ketruk suruh cepat. Memandangkan masa kami nak keluar, jam menunjukkan pukul 7.30 a.m. makanya aku ajak dia pergi minum dulu. Dia kata tak boleh sebab nanti tak sempat. Sesampai jer di perkarangan sekolah, takda kereta lain dan kamilah orang pertama sampai. Mana taknya, ujian mula pukul 8.30 a.m., memanglah ramai yang tak sampai lagi. Ada 1 jam lagi.

Ujian 2
(beratur sebelum pepepriksaan bermula)

Dipendekkan cerita, ujian dia tamat lebih kurang 10.40 dan mengikut katanya, dia ok jer. Ermmm entahla.. InsyaAllah boleh. Tahap lulus dia adalah 80% ke atas. Kalau kurang dari tu dianggap gagal.. Result akan keluar sebulan lepas tu.

Takpalah, belajar jer rajin-rajin, Ayah akan cuba sediakan segala kemudahan yang termampu... Good Luck My Princess...

Wednesday, June 2, 2010

Restoren SABA, Cyberjaya

Beberapa minggu ni aku dok promote Nasi Arab dan kambing kat kengkawan opis aku. Yela, benda sedap kenalah kongsi ngan orang lain. Nasi arab yang aku promote ni kedainya ada di Cyberjaya, Restoren Saba namanya. Setakat ni dah 3 kali aku makan. Tengah hari tadi ada member aku kat Kementerian Pengajian Tinggi belanja aku... Dia kata gaji dia tak abis kalau belanja aku. Hehehe.. baguslah tu, aku pon dah sengkek ni. Rezeki jangan ditolak malang jangan dicari, nafsu perlu dilayan.. muahahahaha....

Kenapa aku suka sangat makan kambing ni?.... Suka hati akulah, aku memang suka makan kambing sejak lahir. Cumanya aku tak lahir kat kandang kambing jer... Dagingnya sangat lembut sampaikan tulangnya rasa macam nak kunyah. Perkataan liat langsung tidak sinonim... Dah la malas nak cerita lagi. Kalau korang nak cuba boleh gi layan diri. Kalau tak tahu kat mana, boleh ajak aku tapi kena belanja lah.... Harga tak mahal... Cuma RM15 minimum....

Gambar-gambar di atas ni aku pinjam dari dalam internet... Tiap kali aku pergi asik terlupa jer nak amik gambar. Kambing punya pasal, semua aku dah lupa...

Blog Widget by LinkWithin