Tuesday, June 22, 2010

Tak sangka aku......

Apa yang tak ku sangka ni?... Sebenarnya aku tak sangka anak ku akan mengambil berat tentang 'Hari Bapa'. Tak sangka aku akan dapat hadiah.... tak sangka aku akan dapat kad ucapan... tak sangka anakku yang umur 6 tahun tu memberikan penghargaan kepada ku.

Selamat Hari Bapa

Pagi-pagi lagi dia dah pergi kat aku dan bagi teddy bear kecik dia kat aku. Katanya kalau aku rindu kat dia, boleh peluk teddy bear tu... Wah terharunya...

Happy FD
(walaupun tiada warna dan tidak menarik kalau nak dijual tetapi inilah kad yang paling istimewa sebab dia buat sendiri dan tulis dan lukis sendiri)
HFD 2

Menjelang petang, dia wat suprise kat aku sehingga aku rasa sangat terharu. Dia bagi kad ucapan Selamat Hari Bapa. Sungguh terharu dan pada ketika itu aku rasa macam nak nyanyi lagu "laki-laki juga bisa nangis..!!".. Thank You sebab inilah seumur hidup aku ada orang wish Selamat Hari Bapa. Aku sendiri pon tak pernah wish kat sesiapa. InsyaAllah, akan ku letakkan di meja opis baruku nanti teddy bear tu sebagai menghargai pemberiannya itu......

4 comments:

Farah said...

mengalir ayor mata teman bace cerite dato K nih.. Happy father's day!

Mohd Hafiz Safwan said...

Terharu gak...tak pernah bagi bear kat bapak...

Alhamdulillah.. Mesti terharu giler kan...

Bila la turn nak timang anak nih

Anonymous said...

tu cam banglo 5 tingkat, bila abah nak beli..

Khalsyaza said...

Farah & Busu, saya setakat ni masih lagi terharu bila tgk hadiah dia tu di saat-saat nak meninggalkan mereka.

Rumah yang dia lukis tu adalah rumah lama kami sebab kami lima tahun dok mah flat...

Blog Widget by LinkWithin