Wednesday, June 2, 2010

Restoren SABA, Cyberjaya

Beberapa minggu ni aku dok promote Nasi Arab dan kambing kat kengkawan opis aku. Yela, benda sedap kenalah kongsi ngan orang lain. Nasi arab yang aku promote ni kedainya ada di Cyberjaya, Restoren Saba namanya. Setakat ni dah 3 kali aku makan. Tengah hari tadi ada member aku kat Kementerian Pengajian Tinggi belanja aku... Dia kata gaji dia tak abis kalau belanja aku. Hehehe.. baguslah tu, aku pon dah sengkek ni. Rezeki jangan ditolak malang jangan dicari, nafsu perlu dilayan.. muahahahaha....

Kenapa aku suka sangat makan kambing ni?.... Suka hati akulah, aku memang suka makan kambing sejak lahir. Cumanya aku tak lahir kat kandang kambing jer... Dagingnya sangat lembut sampaikan tulangnya rasa macam nak kunyah. Perkataan liat langsung tidak sinonim... Dah la malas nak cerita lagi. Kalau korang nak cuba boleh gi layan diri. Kalau tak tahu kat mana, boleh ajak aku tapi kena belanja lah.... Harga tak mahal... Cuma RM15 minimum....

Gambar-gambar di atas ni aku pinjam dari dalam internet... Tiap kali aku pergi asik terlupa jer nak amik gambar. Kambing punya pasal, semua aku dah lupa...

2 comments:

duansyaza00 said...

klu dah spi 3x makan kat situ bila plaks nak bawak kami g makan ctu yer???

Khalsyaza said...

Pergi sana kalu, kambing misti order... Kena makan sampai habissss....

Blog Widget by LinkWithin