Tuesday, December 18, 2007
Friday, December 14, 2007
Monday, November 26, 2007
Tuesday, October 23, 2007
Monday, October 22, 2007
amik kunci rumah baru
Saturday, October 13, 2007
Salam Aidil Fitri...
Tahun ni turn beraya hari pertama kat rumah mak bapak aku.....hari raya ke 2 baru balik Bagan Datoh. Well seperti biasa, beraya di bandar...takde apa aktiviti pon... Hari raya kedua baru start berjalan dan beraya kat Bagan Datoh....
Monday, October 1, 2007
Friday, September 28, 2007
Wednesday, September 26, 2007
Tuesday, September 25, 2007
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dilantik pada awal tiap-tiap Parlimen kerana memeriksa:
Kira-kira Kerajaan Malaysia dan Peruntukan wang yang dibenarkan oleh Parlimen kerana menepati perbelanjaan negeri; Apa-apa kira-kira badan-badan pentadbiran raya dan pertubuhan-pertubuhan lain yang menguruskan wang negeri yang dibentangkan dalam majlis; Penyata-penyata Pemeriksa Kira-kira Negara yang dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat menurut perkara 107 dalam Perlembagaan; Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Jawatankuasa itu patut diperiksa, atau apa-apa perkara yang diserahkan oleh Majlis kepada Jawatankuasa ini.
Semasa ketiadaan Pengerusi atau Naib-Pengerusi yang disebabkan oleh keuzuran atau lain-lain sebab, Jawatankuasa hendaklah memilih salah seorang daripada mereka untuk menjadi seorang pengerusi yang akan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasan itu.
Seseorang ahli Majlis tidak boleh dilantik, memegang atau memangku jawatan Pengerusi atau Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara semasa dia menjadi seorang menteri.
YB Tan Sri Dato' Dr. K.S Nijhar
Hari ini kalau korang nak tahu, aku telah menjalani satu pengalaman yang sangat berharga iaitu terlibat secara langsung di dalam membantu JPPH sewaktu buat 'presentation' di hadapan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Dato' KP, Dato Abdullah Thalith yang bercakap dan dibantu oleh TKPP (Teknikal) En. Lim Kim Hoe dan Pengarah Bhgn Penilaian, En. Faizan. Aku ni apa plak?.... hehe.. aku jaga slide untuk presentation la... Walau apa pon, terima kasih banyak2 lah pada Dato KP dan mereka semua sebab menjemput aku masuk sama dan beri tugas jaga slide tu walaupun sebenarnya mereka pon boleh buat. Dato' cakap sebab nak bagi pengalaman katanya. Ye laa... sempena menyambut 50 tahun JPPH, ini lah kali pertama JPPH terlibat secara langsung ngan Parlimen. So masa presentation tu, semuanya ok. Dato' yang buat presentation tu. Suspen gak aku, kot-kot aku tersalah tekan plak nanti. Agak stress jugak mula2 tu tapi relax la... Aku tgk ahli2 PAC ngan urusetia agak blurrr jugak. Al maklumla sebab present bab teknikal.. hehehe. Apa-apa pon semuanya ok. Soalan pon tak lah killer sesangat. Semua dapat dijawab dgn baik oleh Dato' KP. Aku pon terselamat gak dari buat kesilapan. Anyway, anyhow, pengalaman ni sangat besar pada aku walaupun korang cakap..."eleh...jaga slide pon nak bangga giler., chait! podacitt..!!!" kih..!kih..!kih..!
Saturday, September 22, 2007
Majlis Berbuka Puasa Tahunan..
Alhamdulillah,
Kat sini aku nak citer lah sikit sejarah majlis berbuka puasa ni diwujudkan. Kita org semua sebenarnya adalah bekas student ITM. Ahli yang hadir ni sebenarnya dibuka kepada mereka yang pernah belajar kat ITM Manjung tahun 1991. Ada yang kata majlis ni di buka kepada bekas bebudak "DEM" (Diploma ini Estate Management) sahaja. Mereka tersilap sebenarnya. Sesapa yang pernah belajar kat Manjung pada tahun tu dan mengenali kami sebenarnya juga adalah dijemput.
Majlis ni sebenarnya diadakan sebab nak merapatkan silaturrahim sebab maklumlah kami semua bekerja di bidang yang berbeza. So kita org jumpa setahun sekali sahaja dan masa tu lah nak minta maaf, ucap selamat hari raya nak bergurau dsbnya. Selepas tu kita org kalau tak jumpa pon takpa. Kalau ada hal baru call, kalau takde menda tak yah call dan kita org tak akan marah. Itu lah syarat dan kelebihan group ni.
Macam dah diberitahu, kita org dah anjur benda ni 6-7 tahun. 3 x kat Thai Village Rest. (not sure 2 atau 3), 1 x kat Kelab Darul Ehsan, 1 x kat Concorde, 1 x kat Quality Hotel Shah Alam dan tahun ni kat Serai Rest. Aturcaranya ialah.. kita org akan berbuka puasa kat tempat utama dan selepas tu akan disambung kat kedai mamak plak. Itu aturcara tradisinya. InsyaAllah tahun hadapan kita akan adakan dan buat dengan cara yang lebih pro.
Oh yer.. majlis ni kita org tak bawa partner atau askar2. Tapi kalau nak bawapon boleh cumanya kena ikutlah acara tradisi tu....
Friday, September 21, 2007
Thursday, September 20, 2007
Berpindah opislah plak...
Cultural Village & Azhar...
Feewwiiitttttttttt................!!!!!