Tuesday, September 25, 2007

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara






Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara
Jawatankuasa ini terdiri daripada seorang Pengerusi dan Naib-Pengerusi yang akan dilantik oleh Majlis. Tidak kurang daripada enam dan tidak lebih daripada dua belas orang ahli ini akan dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen.
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dilantik pada awal tiap-tiap Parlimen kerana memeriksa:
Kira-kira Kerajaan Malaysia dan Peruntukan wang yang dibenarkan oleh Parlimen kerana menepati perbelanjaan negeri; Apa-apa kira-kira badan-badan pentadbiran raya dan pertubuhan-pertubuhan lain yang menguruskan wang negeri yang dibentangkan dalam majlis; Penyata-penyata Pemeriksa Kira-kira Negara yang dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat menurut perkara 107 dalam Perlembagaan; Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Jawatankuasa itu patut diperiksa, atau apa-apa perkara yang diserahkan oleh Majlis kepada Jawatankuasa ini.
Semasa ketiadaan Pengerusi atau Naib-Pengerusi yang disebabkan oleh keuzuran atau lain-lain sebab, Jawatankuasa hendaklah memilih salah seorang daripada mereka untuk menjadi seorang pengerusi yang akan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasan itu.
Seseorang ahli Majlis tidak boleh dilantik, memegang atau memangku jawatan Pengerusi atau Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara semasa dia menjadi seorang menteri.
Jawatankuasa ini berkuasa memanggil orang untuk hadir dihadapannya atau meminta mengeluarkan surat-surat, rekod-rekod dan mengeluarkan penyata kepada Majlis dari satu masa ke satu masa.
Ahli-Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
Pengerusi ialah YB Dato' Shahrir bin Abdul Samad
Naib Pengerusi ialah YB Dr. Tan Seng Giaw.
YB Tan Sri Dato' Dr. K.S Nijhar
Ahli bagi kawasan Subang
YB Dato' Hj. Mohd. Sarit bin Yusoh
Ahli bagi kawasan Temerloh
YB Dato' Dr. Tan Kee Kwong
Ahli bagi kawasan Segambut
YB Datuk Wilfred Madius Tangau
Ahli bagi kawasan Tuaran
YB Tuan Jimmy Donald
Ahli bagi kawasan Sri Aman
YB Dato' Lim Bee Kau
Ahli bagi kawasan Padang Serai
YB Datuk Ir. Hasni bin Haji Mohammad
Ahli bagi kawasan Pontian
YB Dato' Ismail Sabri bin Yaakob
Ahli bagi kawasan Bera
YB Tuan Wong Nai Chee
Ahli bagi kawasan Kota Melaka
YB Tuan M. Kula Segaran
Ahli bagi kawasan Ipoh Barat
YB Dato' Kamarudin bin Jaffar
Ahli bagi kawasan Tumpat
YB Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail
Ahli bagi kawasan Permatang Pauh
Hari ini kalau korang nak tahu, aku telah menjalani satu pengalaman yang sangat berharga iaitu terlibat secara langsung di dalam membantu JPPH sewaktu buat 'presentation' di hadapan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Dato' KP, Dato Abdullah Thalith yang bercakap dan dibantu oleh TKPP (Teknikal) En. Lim Kim Hoe dan Pengarah Bhgn Penilaian, En. Faizan. Aku ni apa plak?.... hehe.. aku jaga slide untuk presentation la...
Walau apa pon, terima kasih banyak2 lah pada Dato KP dan mereka semua sebab menjemput aku masuk sama dan beri tugas jaga slide tu walaupun sebenarnya mereka pon boleh buat. Dato' cakap sebab nak bagi pengalaman katanya.
Ye laa... sempena menyambut 50 tahun JPPH, ini lah kali pertama JPPH terlibat secara langsung ngan Parlimen. So masa presentation tu, semuanya ok. Dato' yang buat presentation tu. Suspen gak aku, kot-kot aku tersalah tekan plak nanti. Agak stress jugak mula2 tu tapi relax la... Aku tgk ahli2 PAC ngan urusetia agak blurrr jugak. Al maklumla sebab present bab teknikal.. hehehe. Apa-apa pon semuanya ok. Soalan pon tak lah killer sesangat. Semua dapat dijawab dgn baik oleh Dato' KP. Aku pon terselamat gak dari buat kesilapan.
Anyway, anyhow, pengalaman ni sangat besar pada aku walaupun korang cakap..."eleh...jaga slide pon nak bangga giler., chait! podacitt..!!!"
kih..!kih..!kih..!

No comments:

Blog Widget by LinkWithin