Majlis Berbuka Puasa Tahunan..
Alhamdulillah,
Kat sini aku nak citer lah sikit sejarah majlis berbuka puasa ni diwujudkan. Kita org semua sebenarnya adalah bekas student ITM. Ahli yang hadir ni sebenarnya dibuka kepada mereka yang pernah belajar kat ITM Manjung tahun 1991. Ada yang kata majlis ni di buka kepada bekas bebudak "DEM" (Diploma ini Estate Management) sahaja. Mereka tersilap sebenarnya. Sesapa yang pernah belajar kat Manjung pada tahun tu dan mengenali kami sebenarnya juga adalah dijemput.
Majlis ni sebenarnya diadakan sebab nak merapatkan silaturrahim sebab maklumlah kami semua bekerja di bidang yang berbeza. So kita org jumpa setahun sekali sahaja dan masa tu lah nak minta maaf, ucap selamat hari raya nak bergurau dsbnya. Selepas tu kita org kalau tak jumpa pon takpa. Kalau ada hal baru call, kalau takde menda tak yah call dan kita org tak akan marah. Itu lah syarat dan kelebihan group ni.
Macam dah diberitahu, kita org dah anjur benda ni 6-7 tahun. 3 x kat Thai Village Rest. (not sure 2 atau 3), 1 x kat Kelab Darul Ehsan, 1 x kat Concorde, 1 x kat Quality Hotel Shah Alam dan tahun ni kat Serai Rest. Aturcaranya ialah.. kita org akan berbuka puasa kat tempat utama dan selepas tu akan disambung kat kedai mamak plak. Itu aturcara tradisinya. InsyaAllah tahun hadapan kita akan adakan dan buat dengan cara yang lebih pro.
Oh yer.. majlis ni kita org tak bawa partner atau askar2. Tapi kalau nak bawapon boleh cumanya kena ikutlah acara tradisi tu....
No comments:
Post a Comment