Friday, September 28, 2007
Wednesday, September 26, 2007
Tuesday, September 25, 2007
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dilantik pada awal tiap-tiap Parlimen kerana memeriksa:
Kira-kira Kerajaan Malaysia dan Peruntukan wang yang dibenarkan oleh Parlimen kerana menepati perbelanjaan negeri; Apa-apa kira-kira badan-badan pentadbiran raya dan pertubuhan-pertubuhan lain yang menguruskan wang negeri yang dibentangkan dalam majlis; Penyata-penyata Pemeriksa Kira-kira Negara yang dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat menurut perkara 107 dalam Perlembagaan; Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Jawatankuasa itu patut diperiksa, atau apa-apa perkara yang diserahkan oleh Majlis kepada Jawatankuasa ini.
Semasa ketiadaan Pengerusi atau Naib-Pengerusi yang disebabkan oleh keuzuran atau lain-lain sebab, Jawatankuasa hendaklah memilih salah seorang daripada mereka untuk menjadi seorang pengerusi yang akan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasan itu.
Seseorang ahli Majlis tidak boleh dilantik, memegang atau memangku jawatan Pengerusi atau Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara semasa dia menjadi seorang menteri.
YB Tan Sri Dato' Dr. K.S Nijhar
Hari ini kalau korang nak tahu, aku telah menjalani satu pengalaman yang sangat berharga iaitu terlibat secara langsung di dalam membantu JPPH sewaktu buat 'presentation' di hadapan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Dato' KP, Dato Abdullah Thalith yang bercakap dan dibantu oleh TKPP (Teknikal) En. Lim Kim Hoe dan Pengarah Bhgn Penilaian, En. Faizan. Aku ni apa plak?.... hehe.. aku jaga slide untuk presentation la... Walau apa pon, terima kasih banyak2 lah pada Dato KP dan mereka semua sebab menjemput aku masuk sama dan beri tugas jaga slide tu walaupun sebenarnya mereka pon boleh buat. Dato' cakap sebab nak bagi pengalaman katanya. Ye laa... sempena menyambut 50 tahun JPPH, ini lah kali pertama JPPH terlibat secara langsung ngan Parlimen. So masa presentation tu, semuanya ok. Dato' yang buat presentation tu. Suspen gak aku, kot-kot aku tersalah tekan plak nanti. Agak stress jugak mula2 tu tapi relax la... Aku tgk ahli2 PAC ngan urusetia agak blurrr jugak. Al maklumla sebab present bab teknikal.. hehehe. Apa-apa pon semuanya ok. Soalan pon tak lah killer sesangat. Semua dapat dijawab dgn baik oleh Dato' KP. Aku pon terselamat gak dari buat kesilapan. Anyway, anyhow, pengalaman ni sangat besar pada aku walaupun korang cakap..."eleh...jaga slide pon nak bangga giler., chait! podacitt..!!!" kih..!kih..!kih..!
Saturday, September 22, 2007
Majlis Berbuka Puasa Tahunan..
Alhamdulillah,
Kat sini aku nak citer lah sikit sejarah majlis berbuka puasa ni diwujudkan. Kita org semua sebenarnya adalah bekas student ITM. Ahli yang hadir ni sebenarnya dibuka kepada mereka yang pernah belajar kat ITM Manjung tahun 1991. Ada yang kata majlis ni di buka kepada bekas bebudak "DEM" (Diploma ini Estate Management) sahaja. Mereka tersilap sebenarnya. Sesapa yang pernah belajar kat Manjung pada tahun tu dan mengenali kami sebenarnya juga adalah dijemput.
Majlis ni sebenarnya diadakan sebab nak merapatkan silaturrahim sebab maklumlah kami semua bekerja di bidang yang berbeza. So kita org jumpa setahun sekali sahaja dan masa tu lah nak minta maaf, ucap selamat hari raya nak bergurau dsbnya. Selepas tu kita org kalau tak jumpa pon takpa. Kalau ada hal baru call, kalau takde menda tak yah call dan kita org tak akan marah. Itu lah syarat dan kelebihan group ni.
Macam dah diberitahu, kita org dah anjur benda ni 6-7 tahun. 3 x kat Thai Village Rest. (not sure 2 atau 3), 1 x kat Kelab Darul Ehsan, 1 x kat Concorde, 1 x kat Quality Hotel Shah Alam dan tahun ni kat Serai Rest. Aturcaranya ialah.. kita org akan berbuka puasa kat tempat utama dan selepas tu akan disambung kat kedai mamak plak. Itu aturcara tradisinya. InsyaAllah tahun hadapan kita akan adakan dan buat dengan cara yang lebih pro.
Oh yer.. majlis ni kita org tak bawa partner atau askar2. Tapi kalau nak bawapon boleh cumanya kena ikutlah acara tradisi tu....
Friday, September 21, 2007
Thursday, September 20, 2007
Berpindah opislah plak...
Cultural Village & Azhar...
Feewwiiitttttttttt................!!!!!
Tuesday, September 18, 2007
Galah & Lobster VS Fitry & Shukor
Lamanya aku tak mengarang, al maklumlah sebok sesangat kononnya. Tapi malam ni tergerak plak rasa hati nak mengarang sikit. Cerita ni sebenaranya lama aku nak sampaikan tapi punya lah sebok (malas sebenornya) sampai sebulan lebih tertangguh. Hujung bulan Julai lepas aku ada gi ke Sarawak atas urusan kerja...kerjanya sikit jer (mesyuarat 2 jam) tapi lepak kat Kuching sampai 2 malam beb. Alhamdulillah....aku tak tidoq hotel tapi lepak kat rumah kawan seopis di Kuching.
Hari kedua tu, dia bawak aku ke "Pasar Sitok" membeli belah kononnya. Aku beli Terubuk masin....tak banyak cuma 11 ekoq jer..... Tapi sedih pasal bila balik semenanjung, ikan aku cuma ada tujuh ekoq jer.. Mana perginya lagi 4 ekoq...ermmmm depa dah salah packing rupanya. Hampehhhhhhh tullll!! Tapi takper, aku bukan nak citer pasal Terubuk..(alaa bukan sedap sangat pong!!! Indah kabar jer dari ghopernyer) Aku nak citer pasal UDANG GALAH DAN LOBSTER fresh dari Sarawak. Kita orang adalah beli udang galah tu sekilo dan lobster 1/2 kilo tapii....yang dapat udang cumalah 9 ekoq dan lobster 2 ekoq jer... Fuyoohhh punya lah berat menatang tu rupanya. Walaupun lobster tusangat kecik tapi berat boleh tahan... (kalau korang nak tahu... itu lah first time aku makan benda Allah tu... )
Tapi, apa-apa pon rasanya sangatlahhhhh bessstttt gilerrrrr... Nasib lah aku ni tak ada darah tinggi atau gout, kalau ada.....makanya tak balik lah aku kat semenanjung ni.