Monday, August 31, 2009

Pukul 3 pagi.....

Tajuk kul 3 pagi tapi sekarang dah pukul 4.18 pagi. Malas nak tidon sebab karang kena bangun semula bersahur. Baek aku tunggu jer, lepas subuh baru tido. Kul 3 pagi sebenarnya baru balik dari Miza kopitiam lepak ngan Bro Zul dan jirannya (Zul tak kenalkan nama dia, camana aku nak tahu...) dan tak lupa Bro Azian Gonggok.... ooopppss Bro Azian aje. Geng lain semua dah balik sebelum aku sampai. Maklumlah, sampaipun dah kul 1 pagi.
Sebelum tu aku ada kat kampung. Kul 10++ baru gerak balik ke Shah Alam. On the way balik, sib baek tak kena saman ngan polis... ada roadblock plak kat selepas jambatan Sungai Sabak. Nak kata speedtrap tak mungkin sebab sebelum jambatan adalah negeri Perak. Apa ke jadahnya polis Selangor nak saman aku atas kesalah diluar kawasan dia. Kereta aku berenti bila lalu kat polis tu... Apa yang tak kena agaknya, aku terdengar diaorang dok sebok bercakap pasal lampu brek kat belakang kereta aku. Memang lampu brek kereta aku sebelah tak menyala...alamak, takkan pasal bulb 2 inggit aku nak kena saman kot. Sib baeklah polis yang tahan aku tu bunyi cam menyebelahi aku.... "tu! ada lampu break tu! apa lah ko ni..." kata polis yang tahan aku tu. Dia pon tersengeh dan tergelak perli kat kawan dia terus suh aku blah... fuh lega.
Seterusnya aku memang lajulah tapi taklah selaju kereta F1, had laju 90km/j, kiranya kalau bawak lebih dari tu kira lajulahkan... Habis tu takkan nak bawak 90 kat jalan 2 lane yang macam highway tu.. Seb baek ada 2 roadblock lain tapi menahan kereta yang bertentangan... selamat aku.
Apa-apapon Alhamdulillah selamat samapai semuanya. Masa balik sebelum masuk umah, Bro Azian bagi 'triffle' yang bini dia buat... jap lagi pekena masa sahur...
.
.
.
.
Kat bawah ni ada satu video tapi aku tak pasti sama ada ianya boleh dijadikan bahan jenaka atau sebaliknya.. Aku tak pasti memandangkan pengetahuan agama aku setakat cukup makan jer. Korang tengoklah sendiri...

No comments:

Blog Widget by LinkWithin