Tuesday, January 19, 2010

Kisah yang tak sepatutnya dibaca...

Wan


Kenapa aku kata kisah yang akan aku cerita ni tak sepatutnya dibaca? Sebab..... nanti korang semua terasa plak... terkena kat batang hidung sendiri. Heeee...


Kisah ni adalah berkenaan telefon atau lebih tepat berkaitan dengan telefon bimbit atau orang di Negeri Sembilan panggil Handphone... Cina panggil 'ta ko tai'. Aku bukannya nak cerita pasal tipon baruku yang sangat best tu tapi kisah ni berdasarkan pengalaman yang aku perhatikan di sekeliling sepanjang hayat aku ni mengenai penggunaan telefon.

Berikut adalah kisah serta perangai pengguna telefon yang tak patut dicontohi:
  • Ada segelintir manusia, mempunyai telefon yang canggih tetapi bila kita hubungi, jarang sangat dia nak angkat. Lepas tu bukannya nak telefon semula. Kekadang tu kita rasa sangat fed-up sampai rasa nak balas balik perbuatan dia tu.

  • Setiap telefon direka untuk menyimpan banyak nombor-nombor telefon tetapi ada segelintir manusia, langsung tak gheti-gheti nak savekan nombor-nombor tertentu ke dalam telefon mereka. Bila dia nak hubungi seseorang makanya dia akan tanya kat kita. Macamlah kita ni 'PHONE DIRECTORY' dia.

  • Ada juga yang bila telefon dia berbunyi maka dia akan tengok jer dulu skrin kat telefon dia. Selepas beberapa saat barulah dia nak angkat. Hallow brader! Tahulah lu pakai ringtone canggih dan kuat gila, tapi jawab jerlah telefon tu terus. Kenapa perlu nak mengeja nama yang keluar kat skrin tu lama-lama pulak. Kesian kat orang sekeliling yang terganggu.

  • Ada juga yang bila dia tekan butang hijau kat telefon tu dan lepas tu dia letak jer kat telinga dan nak dengar pulak dulu kita bercakap dengan dia. Kita mana tahu dia dah jawab ke belum. Kepada orang yang macam ni, susah sangat ker nak cakap 'hello' ker atau bagi salam dulu?

  • Seterusnya adalah jenis orang yang tak gheti-gheti nak 'silent' atau vibratekan telefon dia masa mesyuarat atau seminar mahupun masa tengah tengok wayang. Lepas tu kononnya nak hormat kat orang maka dia pon cakaplah ala-ala menyorok bawah meja tapi suara masih sangat jelas kedengaran. Kalau sesekali tu takperlah gak sebab mungkin terlupa kot. Tapi kalau dah setiap masa dan selalu pulak tu... adooiiiihh....

  • Sesetengah dari kita kekadang tu bila bercakap dalam telefon langsung dah tak ingat dunia. Dia punya suara dah macam kat pasar. Macamlah orang yang kat sana tu tak boleh dengar apa dia nak cakap. Orang jenis ni ada 2 jenis. Pertama adalah yang jenis tak pikir orang sekeliling dan kedua adalah jenis yang saja nak berlagak sebab nak bagi tahu yang dia tu boss besar atau saja nak bagi tahu yang dia tengah deal bisnes jota-jota... Huhh!! tak sesuai langsung..

  • Walau apa pon jenis orang yang telah aku ceritakan tu, rasanya masih boleh dimaafkan. Beberapa minggu lepas aku pergi ke Masjid di Precint 8 tuk Solat Jumaat. Masa dah nak mula solat tu, tiba-tiba telefon berbunyi.... Bukan tipon akulah! tapi tipon orang belakang aku. Aku pon dengan penuh rasa curiga, terdengar dia jawab telefon tu...."Hello..! Ada apa? Orang nak solatlah ni..!! Tak tahu ker waktu solat ni?..Telefon la waktu lain..!!" Wahh! terasa insaf aku sekejap. Tapi..... yang ko bawak telefon tu masa nak solat Jumaat buat apa? Lepas tu tak off kan pulak. Bila ada orang telefon, nak marah pulak... Tara guna punya orang!....huhh buat menambahkan dosa aku jer.

Aku rasa itu sajalah aku nak cerita. Bunyi macam dah mengarut jer... Tapi kalau tak mengarut makanya tak berupdate lah pulak Blog aku nih....


Aku Sesekali masukkan gambar sendiri apa salahnya... yer tak?

Monday, January 11, 2010

Kata tak minat tapi....

Malam tadi adalah malam di mana kebanyakan penduduk Malaysia menggemukkan diri bersama keluarga duduk di depan TV menonton rancangan AJL. Keluarga aku pon sebok gak nak tengok termasuklah bebudak tu. Siap nyanyi lagi... Huh.. tak padan ngan umur! Aku tak amik pot sangat pasai tak minat nak duduk dengar lagu...

Tapi ada 2 lagu yang amat tertarik untuk aku dengar dan aku tengok... Nyanyian Izad dan bunkface. Lagu 'Pergi' tu sangat menyentuh perasaan. Tersentuh perasaan bila tgk gambar latar belakang dan kena pula, lagu tu adalah lagu tema 'Talentime' arahan Allahyarhammah Yasmin Ahmad. Seorang artis yang sangat kreatif dan sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran manusia biasa. Pagi tadi, terus buka Youtube dan copy link ke lagu dia...
Boleh nangis woo. Kalau tak boleh gak maknanya hati korang ni keras dan tak berperasaan.. So enjoy yer..


Kat bawah ni pulak beberapa keping gambar menggunakan application yang aku download menggunakan 'Jem' baru aku. Lomography ala-ala 3GS.. Rasanya sesuai kot color dia ngan lagu kat atas nih...


Lomo by Apple 3GS


Lomo by Apple 3GS


Lomo by Apple 3GS


Lomo Siti


Khalid & Ct Lomo

Wednesday, January 6, 2010

Anak sedara kepada menantu mak mertua ku...

Cuti Ahad lepas, adik ipar ku datang.... Biasalah Amirul semakin besar... Takder cerita menarikpon, cuma aku nak upload gambar jer..

Amirul BB1

Amirul BB3


Amirul BB2


Amirul BB4

Boleh ke dimakan benda nih...?

Waahhh... lamanya tak update blog aku nih. Semenjak dua menjak berjinak ngan pesbok ni, rasa cam malas plak nak upload cerita kat blog. Kat opis ni, dah sebulan lebih bos aku takder.... gi aji. Banyak kerja dan keputusan kena buat. Awal tahun ni patutnya dah lega sebab dia dah balik tapi bos aku plak tak masuk lagi..... kena chiken pox plak. Yelaaa penyakit tu datang dari Allah, pasti ada hikmahnya.

Minggu yang lalu, aku telah membeli tipon baru, maklumlah tipon sedia adapon dah 4 tahun umurnya. Bapak aku siap kata "ada lagi ker orang pakai tipon camni?"... Huh! Hampeh tul. Teruja ngan perkembangan baru, belek punya belek, cari punya cari makanya aku telah terbeli BlackBerry Bold 2. Lepas beli, baru aku nak pikir.... Apa ke jadahnya aku beli tipon BlackBerry nih!??!!!!! Dah silap la plak.... Takpelah, pakai jer. Mana tahu,... tak kenal maka tak cinta. Walaupun asalnya aku nak beli lain tapi aku gi beli benda lain.

Picture 030

Puas aku cuba bercinta ngan tipon ni tapi tak gak jatuh-jatuh cinta. Malahan semakin hari semakin menyampah la plak.... Anak lelaki aku takda benda lain nak tanya... "Ayah, game ada ker?"... Aghhhh...!!!!

Wawan BB

Pada suatu hari masa makan tengah hari, aku tanya dia, "nak makan roti tak?". Dia tanya aku balik, "roti apa?". Aku cakap "Roti jem blackberry, nak tak?"......heee

Jem BB 2

Jem BB 4


Jem BB 3


jem BB 1

Aku cakap kat dia......"makanlah nak... ayah rasa tipon ayah ni mungkin best kalau dimakan ngan roti jer..."

Nursyazakhalid1

Heeee.... apa-apa pon BlackBerry Bold 2 tu hanya mampu bercinta ngan aku selama 6 hari jer sebab aku dah ceraikan dia....Aku dah dapat jem baru yang lagi bagus.... Hari-hari dok bercinta ngan dia. Nak cerita karang rasa riak plak tapi kalau tak cerita karang korang rasa bengap sangat plak tak tahu jem apa... Alaaa, Jem Epal yang ditambah formula 3GS la...
p.s.: Idea makan roti ngan BlackBerry ni dicadangkan oleh Bro Faiz walaupun aku ada terpikir gak nak wat camtu.

Blog Widget by LinkWithin