Kisah yang tak sepatutnya dibaca...
Kenapa aku kata kisah yang akan aku cerita ni tak sepatutnya dibaca? Sebab..... nanti korang semua terasa plak... terkena kat batang hidung sendiri. Heeee...
Kisah ni adalah berkenaan telefon atau lebih tepat berkaitan dengan telefon bimbit atau orang di Negeri Sembilan panggil Handphone... Cina panggil 'ta ko tai'. Aku bukannya nak cerita pasal tipon baruku yang sangat best tu tapi kisah ni berdasarkan pengalaman yang aku perhatikan di sekeliling sepanjang hayat aku ni mengenai penggunaan telefon.
Berikut adalah kisah serta perangai pengguna telefon yang tak patut dicontohi:
- Ada segelintir manusia, mempunyai telefon yang canggih tetapi bila kita hubungi, jarang sangat dia nak angkat. Lepas tu bukannya nak telefon semula. Kekadang tu kita rasa sangat fed-up sampai rasa nak balas balik perbuatan dia tu.
- Setiap telefon direka untuk menyimpan banyak nombor-nombor telefon tetapi ada segelintir manusia, langsung tak gheti-gheti nak savekan nombor-nombor tertentu ke dalam telefon mereka. Bila dia nak hubungi seseorang makanya dia akan tanya kat kita. Macamlah kita ni 'PHONE DIRECTORY' dia.
- Ada juga yang bila telefon dia berbunyi maka dia akan tengok jer dulu skrin kat telefon dia. Selepas beberapa saat barulah dia nak angkat. Hallow brader! Tahulah lu pakai ringtone canggih dan kuat gila, tapi jawab jerlah telefon tu terus. Kenapa perlu nak mengeja nama yang keluar kat skrin tu lama-lama pulak. Kesian kat orang sekeliling yang terganggu.
- Ada juga yang bila dia tekan butang hijau kat telefon tu dan lepas tu dia letak jer kat telinga dan nak dengar pulak dulu kita bercakap dengan dia. Kita mana tahu dia dah jawab ke belum. Kepada orang yang macam ni, susah sangat ker nak cakap 'hello' ker atau bagi salam dulu?
- Seterusnya adalah jenis orang yang tak gheti-gheti nak 'silent' atau vibratekan telefon dia masa mesyuarat atau seminar mahupun masa tengah tengok wayang. Lepas tu kononnya nak hormat kat orang maka dia pon cakaplah ala-ala menyorok bawah meja tapi suara masih sangat jelas kedengaran. Kalau sesekali tu takperlah gak sebab mungkin terlupa kot. Tapi kalau dah setiap masa dan selalu pulak tu... adooiiiihh....
- Sesetengah dari kita kekadang tu bila bercakap dalam telefon langsung dah tak ingat dunia. Dia punya suara dah macam kat pasar. Macamlah orang yang kat sana tu tak boleh dengar apa dia nak cakap. Orang jenis ni ada 2 jenis. Pertama adalah yang jenis tak pikir orang sekeliling dan kedua adalah jenis yang saja nak berlagak sebab nak bagi tahu yang dia tu boss besar atau saja nak bagi tahu yang dia tengah deal bisnes jota-jota... Huhh!! tak sesuai langsung..
- Walau apa pon jenis orang yang telah aku ceritakan tu, rasanya masih boleh dimaafkan. Beberapa minggu lepas aku pergi ke Masjid di Precint 8 tuk Solat Jumaat. Masa dah nak mula solat tu, tiba-tiba telefon berbunyi.... Bukan tipon akulah! tapi tipon orang belakang aku. Aku pon dengan penuh rasa curiga, terdengar dia jawab telefon tu...."Hello..! Ada apa? Orang nak solatlah ni..!! Tak tahu ker waktu solat ni?..Telefon la waktu lain..!!" Wahh! terasa insaf aku sekejap. Tapi..... yang ko bawak telefon tu masa nak solat Jumaat buat apa? Lepas tu tak off kan pulak. Bila ada orang telefon, nak marah pulak... Tara guna punya orang!....huhh buat menambahkan dosa aku jer.
Aku rasa itu sajalah aku nak cerita. Bunyi macam dah mengarut jer... Tapi kalau tak mengarut makanya tak berupdate lah pulak Blog aku nih....
2 comments:
kikikik ada gak member camtue...hampeh call2 susah benor nk angkat..kakakak
Selepas masukkan posting ni, bila pikir2 balik, kekadang tu aku pon buat camtu gak.. hehehheh terkena batang hidung sendiri
Post a Comment