Banjir Kilat di Kuching Sarawak 2012
Pada 4 Januari 2012 yang lalu, aku telah pulang ke Kuching untuk meneruskan hidup mencari rezeki. Sesampai jer di erpot, aku telah diambil oleh anak buah opisku dan kami terus pergi minum-minum. Setelah habis berjimba, kami terus ke opis untuk mengambil kereta kesayanganku. Sesampai jer di rumah setelah mengambil kereta, terdetik di hati untuk aku masukkan kereta ke carporch walaupun sebelum ni aku selalu park kat luar jer.
Pada pagi keesokan harinya, dalam lebih kurang jam tujuh, aku terjengok ke luar kerana hujan rasanya tak berhenti-henti. Terperanjat machio aku bila tengok air dah memenuhi jalan. So aku pon teruslah kononnya nak pergi mandi dan keluar dari rumah takut-takut banjir plak. Bila turun bawah nak mandi, aku tengok dapur dah dipenuhi air, bilik air apalah lagi nak dikata.... Tak sampai hati aku nak mandi, aku terus naik ke atas ingat nak pakai baju terus. sebelum naik, aku tengok air pon dah memenuhi ruang tamu rumah. So naik, atas, terus bersiap walaupun aku tak mandi lagi, hehehe darurat...
Setelah siap aku pun turun tapi alangkah terkejutnya aku, air dah naik tinggi, haousemate aku pon dah keluar dari bilik nak tengok keadaan banjir. Keadaan banjir agak teruk kerana aku tengok di luar ada kereta yang dah separuh ditenggelami. Mujurlah aku park kat porch malam tu, kalau tidak, pasti keretaku dah bertukar jadi motorboat... Porch agak tinggi jadinya keretaku agak terselamat. Itupon kurang 1 inci sahaja lagi nak cecah lubang ekzos dan celah pintu.....
Pendekkan citer, bila air dah surut, aku pon check keretaku... masyaAllah... air dah bertakung kat dalam tu. Jenuh ler aku mengelap dan sehingga hari ni aku masih menggantikan surat khabar yang asik basah jer. kereta housemat aku yang park kat depan kurang bernasib baik kerana air lagi banyak masuk dan kereta dia tak boleh start.... Itulah pengalamanku yang pertama terperangkap dalam banjir di Kuching ni.... Gambar kat bawah ni adalah sebahagian dari kejadian yang menceritakan dan menerangkan lagi karangan aku kat atas yang tak berapa nak terang tu...
No comments:
Post a Comment