Wednesday, January 4, 2012

Ombak Rindu vs Ombak Ghairah LCS...

Heboh sana sini orang bercerita tentang pilem Ombak Rindu. Dari yang kecil mahupun besar, yang lelaki mahupun pompuan, yang lembut mahupun yang jantan, yang dah kawin mahupun yang bujang, yang dara mahupun yang dah tiada dara.... Apa citernya ni sebenarnya..? Entahlah aku pon tak tengok lagi. Apa-apa pon Ombak Ghairah LCS adalah lebih hebat tapi tajuk ni ramai yang tak buat pilem lagi. Ombak ni taklah sesedih ombak rindu tapi bisa menggugurkan jantung bila berlaku. Nak rasa? Meh naik belon ngan aku dan kalau nak feel lagi, jemputlah naik belon yang lebih kecil... Firefly pon ok gak... Ermmm apa-apalah..!

Sebenarnya pada ketika ini aku baru saja melabuhkan buntutku di seat 19F flite AK5218. Namun pada kali ini tiada layanan istimewa kudapati memandangkan tiket ni aku beli sendiri sempena balik untuk menguruskan persekolahan anak-anakku serta membayar segala caj, cukai, yuran dan berbagai lagi. Naik kopak aku dibuatnya. Seat 19F ni pon aku kena bayar RM6.00.

Memandangkan aku ini agak sedikit kedekut maka tiada makanan aku tempah. Mahallah kononnya... So.. Sesampai jer kat LCCT ni tadi aku terus gi Mekdi, rasanya lebih jimat dan lebih kenyang. Namun kita kena terima hakikat yang kita ni kengkadang boleh silap buat pengiraan.. Aku order pospeti beger... Set besarlah konon. Lepas tekan sana tekan sini, cashier tu kata kat aku... RM19.50 cik..! OMG.... Maheynya..! Aduh, camni baiklah aku gi beli jer meal atas kapatebang, at least dapat gak aku ngorat awek munggil skirt merah yang gedik ni....

Penerbangan hari ini adalah penerbangan pertamaku bagi tahun 2012. Aku ada ingat mau rekodkan setiap maklumat penerbanganku selepas ni. Apa aku nak cerita hari ni? Sebenarnya ada sesuatu yang ingin aku luahkan tapi bukan diblog ni. Mungkin secara personal.... Tapi dengan siapa? So kuluahkan juga lah..

Dulu "kak Maimon" (pelakon drama tu la) pernah kata nak buat novel kisah hidup aku sebab aku selalu bercerita dengan dia. Tapi macam biasalah, mungkin tidak ada nilai komersial dan hanya ada nilai emosi sahaja. Aku ni takda mak takda bapak takda adik beradik takda bapak sedara takda mak sedara yang boleh kukongsi luahan hati sebenarnya. Berdasarkan pengalaman lebih kurang 15 tahun yang lalu, sedara yang ada ni semuanya hanya rapat bila kita senang. Bila susah, memacam alasan. Yang tak ngaku sedarapon ada. Sebab tu lah aku kini amat jauh dan terlalu jauh dan hampir tidak mungkin akan dapat bersama mereka lagi. Tragedi ini telah mengubah personaliti diriku apabila sering dipersalahkan dan dihina.

Setelah ku berkahwin, ku rasakan seperti aku dilahirkan semula kerna segala sedara mara terpaksa kukenalin... Ada yang baik dan ada yang sombong. Ada yang ramah dan ada yang pendiam. Setelah lama tidak mendapat kasih sayang ibu akhirnya aku mendapat seseorang yang boleh kupanggil 'mak' dengan penuh perasaan. Begitu juga dengan 'opah'. Dahulunya aku ada juga 'wan' tapi wan ku ini agak lebih suka lepak rumah sedara mara yang lain berbanding dirumah 'pakuda' ku. Sehinggalah suatu hari aku pernah bertanya dengan 'pakuda' ku..... "...mengapa??" tiada jawapan pernah ku terima pabila setiap kali ku bertanya tentang persoalan keluarga. Sehingga ada ketikanya dahulu aku menyangka yang mungkin aku ini anak luar nikah kerna setiap insan disampingku akan membisu bila diajukan soalan keluarga..... (untuk pengetahuan korang, pada ketika ini, flite aku sedang dilambung ombak ghairah LCS... Aduh nak muntah pon ada nih..)

Kepada pembaca yang terbaca entryku kali ini, ku mohon maaf kerna ayatnya agak kenovelan dan sedikit kecerpenan. Jika tidak sesuai dengan jiwa mu maka silalah le entry lain. Kalau sudi, teruslah membaca nukilan hati ku ini barang seketika.

Setelah sekian lama, banyak yang telah menyebabkan personalitiku berubah.. Banyak perkara yang ku buat telah disalahertikan dan akhirnya ia telah menjadikan aku seorang insan yang tidak ambil kisah dan malas nak ambil tahu. Bermula saat ku diberhentikan kerja dan menganggur dahulu, dipinggirkan oleh keluarga, disalah tafsir tindakan ku oleh jenjiran tetangga, dipersalahkan bila ku mengambil tindakan menuntut hak ku di HQ, di beri tekanan sewaktu ku diarahkan bertukar, buat jamuan dan bila tidak menjemput, aku dipersalahkan dan bulan lepas satu lagi kejadian yang menyebabkan aku akan bertukar personalitiku lagi.

Tindakan ku telah disalahertikan sekali lagi oleh beberapa orang yang kuhormati. Mungkin kini mereka telah memahami tindakan ku tetapi reaksi awal mereka tidak akan dapat akan aku padamkan didalam memori. Hati dan perasaanku sudah mula tawar dan tiada lagi keghairahan. Aku sudah mengeluarkan diri dari group keluarga di dalam pesbuk dan seorang demi seorang sedara maraku telah mula ku unfriend. Mungkin ada pihak yang merasakan yang aku ini agak sensitif namun itulah jiwaku. Sejak aku didalam kandungan lagi aku telah dimainkan dengan emosi bila mana kedua-dua pihak ingin menggugurkan kandungan ibuku setelah mereka bercerai dan bila lahir, aku sentiasa didera oleh ibuku sendiri. Aku masih ingat semasa ku kecil belum bersekolah, 'makcik2' ku sering bertanyakan aku soalan yang aku sendiri tak tahu... "....ko ni anak siapa? Kenapa bin ko tak sama dengan nama pakuda..?" Siapalah aku ketika itu untuk menjawab soalan2 emosi. Aku dikatakan anak angkatlah sehinggakan 'datuk' sebelah makuda ku juga tidak pernah mengiktiraf aku sebagai cucunya.

Jika sejak kecil aku telah dimainkan dengan emosi... Adakah aku ini sekarang semudah-mudahnya bertukar kepada seorang yang cekal hebat dan tabah seperti korang semua..? Adakah aku perlu mengikut dan menjaga perasaan orang sedangkan orang lain langsung tidak melihat perasaanku? Adakah patut aku disalahkan oleh sepasang suami isteri apabila aku memarahi dan melarang anak mereka dari berbuat maksiat di kawasan jajahanku sendiri...??? Tindakan ku dipertikaikan dan sehingga kini ia telah menjadi sebahagian dari emosiku dan hatiku telah tawar...

Begitu indah pepatah lama orang-orang melayu lama dahulu pabila mencipta kiasan... "terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata hancur binasa" kiasan dicipta saling kait mengait "Masuk kandang lembu, mengembu. Masuk kandang kambing, mengembek" tidak mungkin kambing masuk kandang lembu makanya lembu disuruh mengembek oleh gembalanya....

Rasanya setakat ini sahaja luahan hatiku ini. Cukuplah setakat ini, sekiranya ada permintaan nanti, akan ku ceritakan dan ku luahkan lagi agar ia tidak menjadi barah.... Pada ketika ini ku masih lagi di atas LCS namun tiada ombak ghairah yang melanda. Cuaca tenang dan syahdu di dalam kepekatan malam yang kulihat dari jendela Airbus A320-200 ni. Sesampai jer diepot nanti akan kuupkan ke seluruh dunia.

Assalamualaikum.......

Menanti dengan kesabaran

No comments:

Blog Widget by LinkWithin