Friday, June 13, 2008

Minyak oh minyak....










8 hari dah selepas harga minyak diumumkan naik selepas semua pak menteri kata tak naik.... Aduhai letihnya la.... kalau dulu isi 80 inggit boleh tahan 4 hari tapi sekarang ni kat 120 inggit... Aku dah la duduk kat shah alam, kerja plak kat putrajaya... nak mintak tukar ke shah alam, big boss kata tak boleh sebab tak cukup org kat hq ni. Depa takper la.. kereta free, minyak free. Maklum la JUSA. Aku ni staf ikan bilis jer, rasa cam nak menangis bila tiap kali isi minyak. Nasib baik la ada kad kredit yang boleh membantu. Itupon hutang lama dah bertimbun dah. Kalau di kira boleh bayar cash proton BLM.






Sekarang ni pergi kerja aku terpaksa bawak kereta slow dan pastu tutup ekon dan bukak tingkap... tak tahu la berapa lama aku bleh tahan. Kalau camni lah... aku rasa baik aku duduk kampung bela kambing lagi bagoss...

Nak guna NGV, sekarang ni mahal gak modal rm4,500 lebih kurangnya. Pastu kena beratur panjang plak. Pasal ramai sangat yang nak pasang NGV sekarang ni.

Aku rasa kalau camni berterusan, hidup merempat aku ni rasanya... Pak menteri plak kata kena ubah gaya hidup... Nak ubah camana lagi kalau semua barang melompat2....

No comments:

Blog Widget by LinkWithin