Monday, June 16, 2008

Rumah Zul PTPL....

Tak abis lagi nak cerita pasal gi Kota Bharu hari tu.. Memandangkan member aku, pak mertua dia meninggal pada 4hb tu makanya aku tak tergamaklah nak ajak dia kuar malam tu. So kita orang sekeluarga ajaklah zul sorang jer. Tapi pada malam tu, zul kena bawak kereta lah sebab takkanlah kita orang satu famili nak naik motor dia plak. Pakai akai la.. Atas jasa baik zul, maka arakiannya dia bawak lah keretanya.. Tapi pada masa tu minyak dah menyala. So, aku cakap kat zul, kita gi isi minyak dulu lah. So lepas satu stesen minyak ke satu stesen minyak kita orang pergi tapi semua tak boleh nak isi sebab pada malam tu jugaklah Pak Lah umumkan harga minyak naik. Korang bayangkanlah betapa tensen nya semua orang nak ngisi minyak. Last sekali zul kata, kita gi isi minyak kat ngan mah dia, kat "Wakaf Baru". Punya baik potong "Q" tapi akhirnya setelah beratur hampir 1 jam......tokey kedai kata "Minyok abih wei! Minyok abih doh!!" Siap ada plak kutu dok sahut "Merdeka!! Merdeka!!". Cih hampeh betul..

Abih tu nak buek camno, minyak kat stesen dah abih, minyak lam keta plak tak cukup nak antar kita orang balik. Tapi dah takdir agaknya, akhirnya kita orang dapat gak gi mah sewa zul. Sewanya murah jer RM180... Kalu Lembah Klang aku ingat mau dalam RM400 ke RM500 kot. So camno nak balik? makanya aku terpaksa lah jugak menebalkan muka tipon member aku tu yang bernama Rizal anak Mawi (sekarang dah bergelar Tuan COB). So lepak lah mah zul sambil minum milo 'O' . Oh lupa plak nak cerita, famili zul pada masa tu takder sebab balik kampung. Dengar cerita org tuanya tak sihat. So akhirnya kita orang pon selepas minum2 kat mah zul maka dihantarkan pulanglah ke singgahsana kami di Bandar Kota Bahru oleh Sang Kelembai ngan kereta bapaknya. hehehe... jangan marah tuan COB!






Itulah kisahnya, the end.
(Sebelah tu gambar makhluk yang dimaksudkan)

No comments:

Blog Widget by LinkWithin