Tuesday, June 24, 2008

Petrol & Kad Kredit Bercerai talak 1

KUALA LUMPUR: Semua stesen minyak di seluruh negara akan menghentikan sementara urus niaga menggunakan kad kredit mulai hari ini sehingga kerajaan memenuhi tuntutan mereka supaya menaikkan komisen jualan minyak. Keputusan Persatuan Pengusaha-pengusaha Stesen Minyak Tempatan (PDAM) itu bagaimanapun hanya membabitkan pembelian minyak, manakala urus niaga di kedai runcit stesen minyak masih menerima kad kredit.


Presiden PDAM, Mejar (B) Abdul Wahid Bidin, berkata keputusan itu dibuat selepas pihaknya menerima pandangan semua 3,500 ahli persatuan yang terpaksa menanggung beban akibat peningkatan kos operasi, termasuk caj kad kredit yang dikenakan bank. Beliau memberi contoh bagi setiap liter diesel yang dijual, pengusaha hanya memperoleh keuntungan 4.5 sen tetapi terpaksa menanggung caj bank sebanyak 2.58 sen. "Selepas ditolak kos pengewapan sebanyak 1.29 sen, pengusaha hanya mendapat 0.63 sen yang juga akan ditolak sewa lesen cukai operasi (OLF) dengan kadar yang lebih dari itu. Kadar minimum sewa OLF yang dikenakan adalah 0.63 sen. "Ini tidak termasuk gaji pekerja, penyelenggaraan serta kos lain yang menyebabkan kami terpaksa menanggung kerugian," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Abdul Wahid berkata, walaupun kerajaan pada dasarnya bersetuju untuk menaikkan komisen jualan minyak, ia belum dilaksanakan dan pengusaha masih terus menanggung beban kos operasi yang merugikan. "Oleh itu, selepas mencapai persetujuan bersama, kami putuskan semua urus niaga menggunakan kad kredit dihentikan sehingga kerajaan menaikkan komisen jualan ke tahap yang munasabah dan mampu membantu kami untuk mengatasi kerugian selama ini," katanya. PDAM sebelum ini menuntut kerajaan menaikkan komisen jualan minyak daripada tiga peratus yang dinikmati sekarang kepada enam peratus. Kelmarin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, dilaporkan berkata kerajaan pada dasarnya bersetuju untuk menaikkan komisen jualan minyak seperti dituntut oleh PDAM.


Beliau berkata, kerajaan akan berusaha memenuhi tuntutan PDAM secepat mungkin kerana ia mempunyai kewajaran akibat beban kos operasi yang semakin meningkat.


Habis lah camni.... selama ni aku isi minyak pakai kad kredit tapi lepas ni aku nak pakai apa? Memanglah ada cash kat tangan tapi itu untuk makan. Cash yang patut digunakan untuk isi minyak aku bayar kad kredit (hutang minyak bulan sebelumnya). Habis tu lepas ni nak buat camano???? Dulu aku respek gila kat Sharir pasal hebat kononya mempertahankan hak rakyat.... Tapi sekarang ni? Aku ingat si Shapie ap bedal tu lagi bagus. Org kaya takper lah.. cash banyak, sana masuk...sini masuk... Adohai PakLah.... Janganlah buat rakyat tertekan.......


1 comment:

lagadlangit/kinabalu said...

... pencuri2 pencopit2 dah tau kita memang bawa wang setiap kita ke stesen minyak...jadi berhati2-lah wahai pemilik2 kenderaan dalam perjalanan kita sehariaan...
KENAIKAN MINYAK MENYEBABKAN TAKANAN HIDUP SETIAP ORANG.. terutama masyarakat pertengahan,,, sebelum ini mereka sanggup mencuri besi buruk utk menceri kelebihan,,
hari ini munkin labih dari itu,,,

Blog Widget by LinkWithin