Cara menjimatkan bateri notebook....
Terjumpa plak artikel ni dalam Majalah PC 2006 berkenaan penjimatan bateri. Tapi bukan aku yang jumpa tapi kawan aku... So untuk tidak mensia-siakan usahanya, aku masukkanlah dalam blog aku ni.
Spesifikasi notebook selalunya menyatakan anggaran kuasa baterinya mampu bertahan. Meskipun tempoh kuasa bateri diberitahu, namun kuasa sebenarnya mungkin kurang daripada tempoh yang telah dinyatakan. Bahkan, agak mengecewakan jika anda sedang menggunakan notebook, tiba-tiba penunjuk baterinya mula berkelip dan sumber elektrik berdekatan pula tiada. Sekiranya kuasa sebenar bateri berbeza dengan ketara berbanding apa yang tertera dalam Spesifikasi, maka ada beberapa faktor yang menyebabkan perbezaan ini.
Paling ketara, lebih banyak tugas yang hendak dilaksanakan menggunakan notebook tersebut, lebih banyak sumber sistem yang akan digunakan. Contohnya, kepelbagaian tugas akan memberikan beban lebih banyak kepada pemproses (CPU), memori (RAM), dan pemacu keras - ini sekali gus akan menggunakan kuasa bateri yang sangat bernilai. Bagaimanapun, ada beberapa cara atau amalan terbaik yang boleh dilaksanakan untuk membantu anda melanjutkan bekalan kuasa bateri notebook khasnya ketika melakukan sesuatu tugas.
GUNAKAN FUNGSi PENJIMATAN KUASA - Apabila anda menggunakan notebook dengan sumber bekalan kuasa utama (dari kabel yang dipalam pada soket kuasa), anda patut sentiasa cuba mengeluarkan bateri tersebut jika anda tidak mengecasnya. Jika anda meninggalkan bateri dalam notebook dalam tempoh yang lama, tindakan ini boleh menyahcas kuasa bateri. Jadi, bateri tersebut akan dinyahcas secara tetap sekali gus akan menyebabkan penyusutan jangka hayatnya.
Selain itu, ingat bahawa anda patut menjalankan bateri itu sehingga kuasanya serendah yang boleh sebelum setiap kali proses pengecasan dilakukan. Sekiranya anda menggunakan pek bateri baru, maka anda perlulah mengecas dan menyahcasnya bateri itu sepenuhnya sebelum ia boleh berfungsi dengan kapasiti sebenarnya. Keterangan mengenai teknik pengecasan bateri ini biasanya boleh diperolehi dalam manual notebook anda.
Anda juga patut mengoptimakan fungsi pengurusan kuasa pada notebook anda. Selalunya fungsi ini boleh diakses melalui pilihan Power Options dalam Control Panel sistem operasi (OS) Windows. Perhatikan di bawah kategori Power Schemes, terdapat dua ketetapan berbeza. Satu pilihan sesuai apabila notebook anda dipalamkan pada sumber kuasa dan satu lain apabila notebook anda beroperasi menggunakan kuasa bateri.
Terdapat juga beberapa skim atau ketetapan kuasa yang telah ditentukan lebih awal dan ia boleh digunakan untuk keadaan berlainan. Ini boleh dilakukan dengan mengklik kotak senarai pilihan, kemudian pilih skim seperti Portable/Laptop, Minimal Power Management and Max Battery. Setiap pilihan skim membolehkan anda memilih ketetapan kumpulan yang berbeza untuk disesuaikan dengan keadaan semasa yang berlainan.
Satu lagi cara dengan memilih ketetapan yang hendak digunakan. Contohnya, jika notebook itu beroperasi menggunakan kuasa bateri, anda boleh menetapkan masa monitor atau pemacu keras patut dimatikan. Anda boleh mengekalkan ketetapan ini dan mencipta skim kuasa sendiri untuk digunakan di masa depan. Setelah menentukan ketetapan yang mahu digunakan, klik Save-As dan berikan nama baru untuk skim kuasa anda.
AMALAN TERBAIK PENJIMATAN KUASA - Apabila anda menggunakan notebook ketika dalam perjalanan, anda mungkin bergantung sepenuhnya pada kuasa baterinya. Jika begitu, adakalanya anda mungkin rasa tertekan apabila cuba menyempurnakan tugas dan pada masa sama anda menyedari bahawa tempoh kuasa bateri semakin berkurangan. Malah, ikon kuasa pada "System tray" . menunjukan tempoh penggunaan yang terhad. Mujurlah ada beberapa teknik yang boleh digunakan di bawah ini bagi melanjutkan hayat bateri dan memastikan anda menggunakan, kuasa yang ada.
Aplikasi yang berintensif grafik seperti permainan (games), atau menonton 'movie' (VCD/DVD) pada notebook akan memberikan beban ketara terhadap bateri. Jadi, cuba hindari operasi atau aktiviti seperti ini sehingga notebbok tersebut boleh disambungkan kembali kepada sumber bekalan kuasa utamanya.
Selalunya notebook anda akan '. mengeluarkan bunyi amaran apabila kuasa baterinya mula berada pada tahap yang rendah. Anda boleh mengubahsuai tahap di mana penggera patut berbunyi menggunakan ketetapan di bawah kategori Alarms dalam Power Options. Ada dua ketetapan yang boleh diaktifkan: 'Low battery alarm' dan 'Critical battery alarm'. Setelah anda membuat pilihan, anda boleh memilih jenis tindakan penggera yang ingin digunakan seperti mesej dan/atau penggera yang boleh didengari.
Sesetengah notebook dilengkapi dengan ketetapan atau utiliti dalaman untuk menukar tahap kecerahan paparan atau skrinnya. Skrin LCD adalah satu daripada pengguna utama kuasa bateri notebook. Jadi sebarang pengurangan yang boleh dilakukan di sini akan menolong melanjutkan lagi hayat bateri anda.
Anda boleh menggunakan Hardware Profiles untuk mematikan (disable) peranti tertentu yang mungkin tidak diperlukan pada ketika tertentu penggunaan notebook. Contohnya, anda mungkin tidak perlukan pemacu CD/DVD, Jadi anda boleh mencipta profail untuk mengecualikannya bagi menjimatkan kuasa.
Satu lagi langkah untuk memastikan prestasi maksimum menggunakan kuasa bateri yang masih tinggal ialah mencabut atau menanggalkan peralatan tambahan yang tidak perlu dari notebook itu. Contohnya, jika ada peranti USB (seperti storan) yang disambung - tetapi tidak digunakan - maka ia boleh dicabut.
Perhatikan pada ketetapan Advanced dalam Power Options. Di sini anda boleh memilih tindakan yang perlu diambil apabila anda melipat skrin notebook atau apabila anda menekan butang kuasa baterinya.
Kadangkala anda mungkin menyimpan bateri notebook dan tidak menggunakannya untuk beberapa lama. Jika demikian, cuba kekalkan caj pada tahap 40 peratus dan tidak menghabiskan kuasanya terus.
Jangan biarkan terlalu banyak tetingkap program atau aplikasi dibuka pada satu-satu masa. Sebaliknya, tutup aplikasi tidak perlu. Jadi, notebook tidak memerlukan banyak kuasa untuk CPU dan memorinya.
Kalau boleh dan ada bajet, tingkatkan kapasiti RAM notebook anda. Langkah ini dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung pemacu keras untuk menyediakan memori maya yang juga perlukan kuasa.
GUNA FUNGSI STANDBY & HIBERNATE - Selain PC dekstop. Windows till-lit menyediakan fungsi bersedia (Standby) dan hibemasi (Hibernate) untuk notebook. Bahkan, kedua-dua fungsi ini lebih penting pada notebook lebih-lebih lagi apabila ia beroperasi menggunakan kuasa bateri. Jadi, apabila anda menggunakan notebook dan mahukan kuasanya diputuskan tanpa mematikan sepenuhnya notebook tersebut, anda memiliki dua pilihan yang boleh digunakan: Standby dan Hibernate. Sebelum fungsi ini digunakan, anda perlu tahu bahawa kedua-dua fungsi ini adalah berbeza.
Hibernate berfungsi dengan mencipta imej dalam pemacu keras untuk mengingati fail, folder, dan aplikasi yang dibuka ketika pilihan Hibernate dipilih. Apabila anda menghidupkan semula notebook, sistem akan dibootkan untuk kembali ke situasi asalnya dengan item sama dipaparkan pada skrin. la bergantung kepada berapa banyak data telah disimpan pada pemacu keras. Namun, secara amnya anda akan mendapati bahawa memulakan notebook dari status hibemasi adalah lebih cepat berbanding melaksana proses boot yang biasa.
Apabila anda perlu memilih antara dua pilihan utama penjimatan kuasa, Standby berkemungkinan pilihan lebih baik jika anda hendak meninggalkan notebook tersebut tanpa digunakan untuk selama beberapa jam. Pilihan ini akan meletakkan sistem pada mod pengurangan kuasa, dengan kelebihan tempoh memulakannya semula dengan capat apabila anda mahu memulakan semula tugas. Jika anda mahu menangguhkan aktiviti atau kerja untuk tempoh yang lebih lama - katakan semalaman - maka Hibernate mungkin pilihan terbaik.
Tapi... yang eloknya, lepas 2 tahun, beli jer notebook baru. Puas hati dapat semua baru. Sebab leceh sebenarnya nak pasang cabut bateri ni. Silap hb, longgar connectornya. Langsung tak boleh guna.
No comments:
Post a Comment