Tuesday, July 1, 2008

Hajat Abe Nor tercapai..

KUALA TERENGGANU - Selepas empat kali berulang-alik ke mahkamah, hasrat Mohamed Nor Awang, 57, atau 'Abe Nor' untuk mengahwini bakal isteri keempat, akhirnya diterima Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.

Hakim Shaikh Ahmad Ismail yang sebelum ini keberatan meluluskan hasrat lelaki itu, membenarkan permohonan pemandu lori dari Merchang, Marang tersebut mengikut Seksyen 21 Enakmen Pentadbiran Keluarga Islam Terengganu 1985.

Menurutnya, selain kesungguhan Mohamed Nor mahu berkahwin dengan calon isterinya, Suzi Sulong, 34, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kesanggupan tiga isterinya dengan hati terbuka memberi keizinan berkahwin lagi.

"Encik Mat Nor perlu berterima kasih kepada isteri-isteri sebab mereka datang ke mahkamah dan benarkan berkahwin. "Atas dasar demi kepentingan pihak-pihak terlibat, Encik Mat Nor, keluarga isteri dan bakal isteri, mahkamah terpaksa memberi ruksah iaitu kena menimbangkan keperluan encik Mat Nor untuk mendapatkan seorang lagi isteri," katanya.

Sebelum ini, Mohamed Nor telah beberapa kali hadir ke mahkamah pada 16 Mac lalu kemudiannya diikuti perbicaraan pada 15 dan 18 Mei lalu untuk memohon kelulusan perkahwinan yang sepatutnya berlangsung 23 Mei lalu.

Pada perbicaraan pertama itu, ketiga-tiga isterinya Wan Rukiah Mat Yusof (isteri pertama), 52, Khalthom Dollah (isteri kedua), 39, dan Noraini Daud (isteri ketiga), 40 bersetuju tanpa syarat membenarkan suami mereka berkahwin lagi.

Pada perbicaraan kali kedua pula, hadir sama ialah bakal isteri keempat Mohamed Nor, Suzi dari Jalan Sekolah Kebangsaan Chendering bersama bapanya. Sementara itu, ketika perbicaraan semalam, Mohamed Nor turut menarik perhatian apabila mengakui dia sebelum ini berkahwin dengan isteri kedua dan ketiganya di negara jiran Thailand. Ketika ditanya Shaikh Ahmad sama ada dia akan berbuat demikian sekali lagi sekiranya permohonan ditolak, Mohamed Nor sangat berharap ia dapat diluluskan.

"Dulu saya terpaksa kahwin di Thailand kerana tidak dapat persetujuan daripada keluarga kedua-dua isteri saya, sedangkan mereka benar-benar nak kahwin dengan saya," katanya.
Ketika menjawab soalan hakim, Mohamed Nor memberitahu, dia merasa tertekan dan bingung serta tidak boleh bekerja jika mahkamah masih enggan membenarkannya berkahwin kali keempat.
(sumber dari Kosmo)

Alangkah bertuahnya pokcik Abe bila semua bini dia bersatu hati. Alhamdulillah, benda ni bukannya benda salah pon. Yang pompuan tak bleh marah pasal bukannya laki korang pon....hehehe.

(tapi, apa plak kena mengena ngan gambar kat sebelah ni...? Paham-paham
jer la. Ala budak yang mengaji kat Uniten tapi tak abis tu. Lepas tu ada cita2 plak nak jadi pilot. Aku takut nanti tengah bawak kapal terbang separuh jalan, dia nak jadi penyelam plak. )





Awek kat sebelah ni pon cun gak. Agak-agaknya apa kaitan mereka semua ni..


No comments:

Blog Widget by LinkWithin