Thursday, November 27, 2008

Idea Paling Bodo...

Di zaman semua rakyat mengharapkan supaya harga minyak turun, rupa2nya ada juga pihak yang "macam bodo" mencadangkan sebaliknya. Apa yang menghairankan ialah bila pihak yang membuat cadangan tersebut adalah pihak yang sepatutnya membela hak pengguna. Kot yer pon kalau nak bodek, nak gelaran ker, nak pingat ker atau nak pengat sekalipon, biarlah idea yang logik. Ada ke patut bagi cadangan supaya letak harga lantai minyak pada harga RM3.00. Kononnya akan dapat menggalakkan orang ramai berjimat dan menggunakan pengangkutan awam serta mewujudkan lebih banyak R& D. Bodoh ke bangang ni? Depa ni ingat pengangkutan awam tu pakai air tasik ker? Kalau minyak dah naik, bas ngan teksi tu korang ingat dia pakai apa? Makin naik lah pulak tambangnya. Kotlah kalau pakai elektrik sekalipon, korang ingat kadar elektrik murah ker? Dulu bila minyak naik, TNB naikkan tarif sebab dia kata kos bertambah tapi bila minyak turun dia rang kata harga arang batu pulak yang masih mahal.... Alasannnnnnnn!!! yang nak mengayakan pihak tertentu. Kalau tak, camana nak bayar gaji pengerusinya yang berpendapatan lebih RM1 juta setahun tu.

Abih tu kalau orang yang kerja kat Putrajaya cam aku ni..? Dari shah alam nak kena naik komuter gi KL lepas tu naik ERL plak ke Putrajaya lepas tu nak kena naik teksi ke opis.... matilah aku kalau camtu. Oooppss lupa plak, korang tahu ker pihak mana yang bagi cadangan tu? Siapa lagi FOMCA la. Dulu masa kerajaan cadangkan supaya pasaraya besar buka sampai pukul 1, depa bantah pasal katanya nanti peniaga kecil susah nak cari makan. Woi..!! FOMCA ni jaga pengguna ker pekedai. Aloo Mr. Sekeratari FOMCA, rumah hang kat sebelah LRT, sedaplah cakap.

Dengar cerita hujung bulan ni, minyak nak turun lagi, kalau betul Alhamdulillah dan timer kasih lah banyak2...

Tuesday, November 25, 2008

Kenangan lama tahun lepas...

Saja tengok gambar lama yang aku simpan kat PC aku, terjumpalah plak folder yang diberi nama "Gondol". Rupanya gambar anak pompuan aku yang tergondol akibat perbuatan sendiri. Kejadian berlaku 2 minggu sebelum raya aidilfitri tahun lepas. Sedang bini aku mandi sebelum kerja, rupa2nya anak aku dok seronok main gunting. Habih rambutnya digunting. Bini aku punyalah macam nak menangis dibuatnya. Al maklumlah dah nak raya....

So, aku bawak gi saloon dan hasilnya terpaksalah semua rambut lain yang panjang terpaksa diselaraskan dengan rambut yang pendek. So hasilnya macam dalam gambar tu. Sekarang nih dah setahun lebih, so dah panjang lah sikit tapi tak sampai bahu pun.

Wednesday, November 19, 2008

Mari masuk Jawi....

"MASUK JAWI"...... satu istilah yang sering digunakan oleh orang melayu. Kenapa guna perkataan jawi?... entahlah, tapi maksudnya berkhatan atau bersunat. So hari ni, 19hb November 2008 jam 8.00 p.m tadi, sahlah anak aku telah menjadi orang dewasa kerana telah berkhatan. Alhamdulillah legaa sebab semuanya dah selesai. Tapi sebelum tu puaslah kita orang nak memujuknya dan macam2 soalan dia tanya, berdarah ker? sakit ker? pakai gunting ker?...adoi. Semua jawapan yang diberi adalah positif dan indah2 belaka. Tapi pada hari bersunat tu, barulah dia tahu.... nasib baik dia menjerit dan menangis jer. Kalau meronta2... mati kutu semua orang agaknya.

Untuk pengetahuan semua, anak aku berumur 8 tahun dan biasalah giginya pon rongak.. Tok mudim yang sunatkan anak aku pun rongak gak. Pengalaman yang aku nak kongsikan ni ialah semasa menenangkan anak aku tadi. aku cakap kat dia, "takper, lepas sunat ni, wawan akan jadi dewasa dan dah boleh ikut ayah gi surau". tok mudim pon menyampuk gak "ha'ah, nanti boleh gi ikut ayah...." Pastu aku cakap, "wawan nak gameboy ker?" anak aku ngangguk jer sambil melalak. Aku cakap "takper, lepas sunat nanti kita boleh pergi beli gameboy" Tok mudim tu sekali lagi menyampuk " ha'ah, nanti ikut ayah pergi beli gameboy"...... Lepas tu terkeluarlah ayat kat mulut aku " ok, nanti kalau wawan lepas bersunat, gigi wawan tumbuh laa.." Tok mudim tu diam jer,........ ooopppss terlupa plak ayat sensitif. Hehehe, kepada tok mudim, maafkan patik. patik cuma maksudkan gigi anak patik ajer.. Apa-apa pon terima kasih kepada tok mudim tu.


Balik rumah, apa lagi, ubat bius dah hilang makanya anak aku terus menerus ajerlah melalak. Letih mendengarnya. Macam2 ayat memujuk keluar. Atuk ngan nenek dia siap datang rumah aku lagi turut sama nak memujuk. Dalam kul 11 lebih tu, agaknya bila dah letih, dia terus tertidooooo sampai pagi.


Tamatlah kisah masuk jawi... lepas ni pening kepala la nak kena beli gameboy. Kalau aku ni kaya takper gak..adoi.. anak oh anak.

Monday, November 10, 2008

Petunjuk kepada manusia yang masih hidup...



INILAH.COM, Jakarta - Suasana menjelang pemakaman para pelaku Bom Bali menyiratkan sejumlah peristiwa gaib. Pertanda apa? Jenazah Imam Samudra mengeluarkan wangi semerbak saat hendak dikeluarkan dari peti mati di Polda Banten.
"Ya Allah, jenazah kakak wangi sekali waktu dikeluarkan dari peti. Seperti minyak wangi yang sering dipakainya," kata Lulu Jamaluddin kepada INILAH.COM, di rumah duka, Lopang Gede, Serang, Minggu (9/11).
Peristiwa jenazah mewangi ini juga terjadi pada jazad Al Ghozi, tersangka teroris yang diburu lalu tewas ditembak polisi Filipina. Kesaksian ini datang dari seorang kerabatnya.
"Jenazah Al Ghozi begitu wangi, ini menunjukkan almarhum mati syahid," kata kerabat Al Ghozi yang tidak diketahui namanya itu.Keyakinan yang sama juga datang dari Lulu, adik kandung Imam Samudra. Kata dia, "Kakak saya ya pasti mendapatkan tempat yang layak di surga seperti yang dicita-citakannya."
Soal wangi jenazah Imam Samudra ini, seperti parfum yang biasa digunakan almarhum semasa hidup. Bukan wangi yang berasal dari kapur barus yang biasanya digunakan bersama kain kafan. Ketika jazad Imam Samudra akan dikubur di TPU Lopang Gede, Serang, Banten, sekitar pukul 10.30 WIB, tiba-tiba cuaca berubah mendung. Bunyi petir terdengar ketika jenazah Imam Samudra ditutup tanah merah. "Allahu akbar, Lailahaillallah," teriak ratusan pelayat yang sebagian besar dari jamaah Anshorut Tauhid, Forum Umat Islam, dan Front Pembela Islam.
Sementara itu kejadian unik juga muncul di Desa Tenggulun, Lamongan, Jawa Timur, Minggu (9/11). Sekitar satu jam menjelang kedatangan jenazah Amrozi dan Mukhlas di rumahnya, muncul tiga burung belibis hitam mengitari rumah Amrozi.
Warga yang memadati area sekitar rumah Hj. Tariyem, dibuat takjub dengan kedatangan tiga burung belibis hitam itu. "Ini tanda jenazah mereka langsung bertemu dengan Allah. Burung itu bidadari yang menjemput," ungkap H Ahmad, pendukung Amrozi cs. Kehadiran tiga burung hitam itu membuat massa kafilah Syuhada serentak mengucapkan kalimat takbir berkali-kali. Mereka yakin jenazah ketiga terpidana mati yang telah dieksekusi dini hari tadi, Amrozi, Muklas dan Imam Samudra akan masuk surga.
Wajah tersenyum
Sesuai permintaan Amrozi Cs, maka proses eksekusi berlangsung tanpa wajah ditutup. Tak terbersit rasa takut di wajah mereka. Ini terlihat dari wajah jenazah Imam Samudra yang tersenyum dalam damai. Seperti yang diakui oleh Lulu, seperti tak terbersit rasa takut di wajah Imam Samudra saat detik-detik menghadapi regu tembak yang akan mengeksekusinya. Layaknya, orang yang sedang tidur, wajah Imam Samudra tersenyum dalam damai.
"Wajah kakak ganteng banget, senyum, bersih, gemuk. Subhanallah. Saya senang melihat ini dan tidak percaya. Kalau dulu saya sering nonton ini di TV tapi sekarang ini saya alami sendiri," ungkap Lulu dengan raut wajah bahagia.
Khalsyaza - Berita diatas dipetik dari salah sebuah cerita mengenai Imam Samudera di dalam portal berita Indonesia. Wallahu ta'ala hualam.

Saturday, November 8, 2008

Serba tak kena....


Aku baru jer balik dari minum ngan member aku si Rizal COB. Lama gak borak, dari kul 11 hingga 1 pagi. Macam2 lah ceritanya kalau dah kat 2 jam berbicara soal dunia. Balik rumah, semua orang dah tido. So aku terpikir sejenak apa yang berlaku pada kita semua....? Semuanya serba tak jadi. Apa yang aku nak cerita ni memang ada kaitan dengan politik, kemasyarakatan, pentadbiran dan sebagainya. So, bagi mereka yang nak baca, sila buka minda anda dan jangan sekat perkembangan pemikiran kita. Sesungguhnya apa yang hendak dibicarakan adalah merupakan nukilan hati semata-mata. (oooppss.. dah jadi cam tajuk blog jiran aku plak 'Nukilanaida')

Secara sedar atau tidak, adakah kita perasan bahawa semenjak kebelakangan ini keadaan politik, masyarakat, kehidupan kita semua semuanya serba tak menjadi. Semua yang berlaku adalah diluar jangkaan kita semua. Adakah berpunca dari corak pentadbiran negara yang dah berubah semenjak kekalahan teruk BN? atau adakah semenjak negara kita mengawal langkah berjimat cermat yang mampu bertahan beberapa bulan? atau adakah ini kesan daripada kegawatan ekonomi dunia yang berlaku pada masa ini? (Najib kata ekonomi Malaysia kukuh dan stabil....yelah tu!)atau adakah semanjak pemerintahan Pak Lah? atau adakah ini petanda BALA yang diturunkan Allah kepada kita? Banyak persoalan dan jawapan yang boleh diberikan. Apa-apa pun, aku melihatnya semua serba tak menjadi.........

Ok. kita kena ambil titik permulaan cerita dahulu kerana tanpanya, kita pun tak tahu nak mula di mana. Sebagai kakitangan kerajaan, aku suka nak mengambil titik permulaan iaitu bila kerajaan mengumumkan minyak tidak lagi boleh dijual kepada rakyat negara jiran. Pengumuman dilakukan yang bunyinya seperti tegas. Namun apa yang menghairankan aku, kenapa? kenapa? kenapa? lepas tu cadangan arahan ditarik balik? Sebagai badan berkuasa, tidak sepatutnya apabila satu peraturan dibuat, sebelum ianya sempat dilaksanakan ianya ditarik balik?

Selepas tu, kerajaan mengumumkan langkah penjimatan pula. Tutup lampu bila waktu rehat, tak boleh menganjurkan seminar di hotel, tak boleh itu, tak boleh ini. Semuanya dikatakan sebagai langkah penjimatan. Semua ni berlaku bila harga minyak dinaikkan mendadak sebanyak 70 sen. Kenapa perlu diadakan langkah penjimatan drastik sedangkan di dalam taklimat oleh MOF mengatakan bahawa ekonomi kita berada di paras yang kukuh dan stabil. Akibatnya banyaklah lampu-lampu yang ditutup sewaktu rehat, termasuklah di laluan yang tidak mempunyai tingkap. Banyak hotel2 yang hampir muflis kerana agensi kerajaan tidak lagi mengadakan seminar di hotel dan sebagainya. Selepas beberapa ketika, keluar pula pekeliling yang membenarkan semula penganjuran majlis di hotel. Ini semua berlaku bila kerajaan dapati banyak hotel yang sudah tidak mampu untuk bersaing dan hampir gulung tikar. Satu peraturan yang menjadikan keadaan bertambah buruk. Apabila direnungkan, aku berpendapat bahawa langkah penjimatan tersebut adalah untuk mengalih pandangan rakyat dari bercakap mengenai kenaikan harga minyak dan menerima kenaikan tersebut. Come on la...... tentu kita semua boleh perasan benda ni.

Apa lagi? ......Dulu sebok diperkatakan mengenai Islam Hadhari, sehinggakan TV9 pun buat rancangan alternatif kepada Jom Heboh yang dikenali sebagai Perkampungan Hadhari. Namun, apa yang dah berlaku sekarang ni? Manakah perginya promosi yang dulunya tak berhenti2 memperkatakan tentang Islam Hadhari. Semuanya ada had dan ada hari...

Selepas pilihanraya, kita boleh lihat kekecohan yang berlaku di kalangan pemimpin. Nak berhentilah, nak lompat partilah, nak mengambilalih kuasalah, dan banyak lagilah.... Kita boleh lihat dimana didalam parti pemerintah sendiri berlaku keadaan di mana orang bawahan mendesak pemimpin tertinggi supaya meletakkan jawatan. Ini tidak berlaku di zaman Che Det. Selepas itu kita boleh lihat di mana menteri-menteri kabinet memberikan pendapat dan kenyataan yang bercanggah. Apa yang berlaku nih? Pembangkang pula diperingkat awal kelihatan stabil namun dihujung2 ni kelihatan seperti timbul masalah2 baru. Masalah UiTMlah, masalah azanlah, masalah canselorlah, masalah PKNSlah dan sampaikan isu papan tanda pon nak dibawa kepada raja2 dan dah dibawa dah pon..... Apa yang berlaku sebenarnya?

Ada banyak lagi yang hendak aku tulis dan ulas lebih lanjut. Walau bagaimanapun cukuplah aku berbicara di peringkat 'surface' sahaja. Isu mengenai harga barang yang naik tak turun-turun, isu EPF, isu bajet 2009, isu penipuan di pasaraya besar, isu tah apa-apa lagi. Kalau nak aku ulas dan komen makanya penuhlah pula blog aku ni. Oleh itu kalau korang nak sambung mengulas, dipersilakanlah, jangan malulah, aku nak chowlah.....

Friday, November 7, 2008

Malang yang tak berbau wangi...

Kadangkala, kita tak tahu apa akan berlaku pada diri kita. Umpama kata-kata Forest Gum... "Life is like a box of chocolate". So bila dah berlaku, redha jer ler. Gambar yang aku masukkan ni tak dapat kebenaran pon dari tuan dia... tapi peduli apa aku. Lagipon kereta ni milik 'besan' kepada bapak bini aku yang juga menjadi bapak mertua kepada ibu anak sulung aku....hehehe
VS
Antara 2 gambar kat atas, apa perbezaan dan persamaannya?.... Kalau aku buat kuiz bagi hadiah RM1,000,000.00 pon tetap korang tak boleh jawab. So, untuk tidak memeningkan kepala, aku bagilah kat korang perbezaan dan persamaannya...


PERBEZAAN:
  1. kapasiti berbeza... 1.8 liter vs 2.0 liter
  2. nama beza walaupun surname sama... Accord vs Civic
  3. warna tak sama... hitam vs kelabu
  4. Plate no. tak sama... BJD 60 vs BKA 7117
  5. Tahun accident.... 2007 vs 2008
PERSAMAAN:

  1. Pemiliknya sama.
  2. Accident kena kat bontot belakang.
  3. Kedua2nya kena selepas 4 bulan dibeli.
  4. Semasa accident, dipandu oleh orang yang sama.
  5. Kedua2nya aku tak merasa pon lagi nak buat drift.

Saturday, November 1, 2008

Operasi Cegah Anai-anai....

Masalah anai-anai ni masa mula-mula dulu memanglah menarik dan memeranjatkan. Tapi bila dah banyak kali tulis dan tak abis-abis......boringlah pulok.! Apa-apa pon aku harap ini kali terakhir aku akan tulis pasal anai2 kat mah aku dan aku harap semua anai2 yang beberapa bulan ni mengganggu jiwa ku dan jiran2 ku tak lagi berbuat demikian setelah langkah2 pencegahan tambahan dilakukan.
Cerita dia mudah jer, beberapa hari yang lalu, anai2 kelihatan mengganas kat pokok depan mah aku. Dulu dia mengganas kat dapur ngan bilik air. Namun setelah pest control dah dipanggil dan mereka telah spray beberapa tempat, mereka semua hilang...... Tapi tu la... diam-diam berisi rupanya. Dalam diam dia dah makan sikit table top kitchen cabinet aku... dia makan sikit karpet jiran aku dan yang lain aku tak perasan plak. So jiran aku report kat PKNS dan hasilnya, PKNS hantarlah pest control yang nama syarikatnya 'Fendy'. Aku plak gi report kat jurutera kanan dia dan minta dia ambil tindakan. Alhamdulillah, mereka beri kerjasama. Surat telah dihantar kepada 'kamal & kamal' dan mereka telah menghantar team dia untuk buat tindakan mencegah.
Hasilnya, kedua2 pest control ni telah datang pada 30 Oktober 2008 dan buat apa yang patut. Aku sempatlah mintak sikit racun dia orang tu buat bekalan..... Bukannya tak boleh beli kat kedai, tapi yang ada kat kedai tu tak kuat sebab dia orang takda lesen nak jual racun yang lebih kuat. So malas lah nak cerita panjang, tengok jerlah gambar kat bawah ni.
Ni.... gambar geng2 Fendy tgh panjat tingkat atas mah jiran aku.

kat sebelah tu gambar karpet yang telah dinodai oleh anai2 dan geng2 mereka



Racun ni antara racun yang kuat digunakan





Gambar pokok tu korang boleh dengan jelas nampak laluan anai2 yang nak ke puncak bahagia....



Kat bawah ni gambar van depa....


Gambar kat bawah ni pembesaran gambar kat pokok tu... korang boleh nampak anai2 tu mengenyut2 cam ulat sampah..



Gambar kat bawah ni?...... Oooo masa mah kita orang dilawati oleh van2 pest control, rumah jiran aku ni pon dilawati gak tapi bukan van tapi lori. Tengok2 rupanya jiran aku ni baru beli sofa baru....hehehhee kantoiii....

Blog Widget by LinkWithin