Aku baru jer balik dari minum ngan member aku si Rizal COB. Lama gak borak, dari kul 11 hingga 1 pagi. Macam2 lah ceritanya kalau dah kat 2 jam berbicara soal dunia. Balik rumah, semua orang dah tido. So aku terpikir sejenak apa yang berlaku pada kita semua....? Semuanya serba tak jadi. Apa yang aku nak cerita ni memang ada kaitan dengan politik, kemasyarakatan, pentadbiran dan sebagainya. So, bagi mereka yang nak baca, sila buka minda anda dan jangan sekat perkembangan pemikiran kita. Sesungguhnya apa yang hendak dibicarakan adalah merupakan nukilan hati semata-mata. (oooppss.. dah jadi cam tajuk blog jiran aku plak 'Nukilanaida')
Secara sedar atau tidak, adakah kita perasan bahawa semenjak kebelakangan ini keadaan politik, masyarakat, kehidupan kita semua semuanya serba tak menjadi. Semua yang berlaku adalah diluar jangkaan kita semua. Adakah berpunca dari corak pentadbiran negara yang dah berubah semenjak kekalahan teruk BN? atau adakah semenjak negara kita mengawal langkah berjimat cermat yang mampu bertahan beberapa bulan? atau adakah ini kesan daripada kegawatan ekonomi dunia yang berlaku pada masa ini? (Najib kata ekonomi Malaysia kukuh dan stabil....yelah tu!)atau adakah semanjak pemerintahan Pak Lah? atau adakah ini petanda BALA yang diturunkan Allah kepada kita? Banyak persoalan dan jawapan yang boleh diberikan. Apa-apa pun, aku melihatnya semua serba tak menjadi.........
Ok. kita kena ambil titik permulaan cerita dahulu kerana tanpanya, kita pun tak tahu nak mula di mana. Sebagai kakitangan kerajaan, aku suka nak mengambil titik permulaan iaitu bila kerajaan mengumumkan minyak tidak lagi boleh dijual kepada rakyat negara jiran. Pengumuman dilakukan yang bunyinya seperti tegas. Namun apa yang menghairankan aku, kenapa? kenapa? kenapa? lepas tu cadangan arahan ditarik balik? Sebagai badan berkuasa, tidak sepatutnya apabila satu peraturan dibuat, sebelum ianya sempat dilaksanakan ianya ditarik balik?
Selepas tu, kerajaan mengumumkan langkah penjimatan pula. Tutup lampu bila waktu rehat, tak boleh menganjurkan seminar di hotel, tak boleh itu, tak boleh ini. Semuanya dikatakan sebagai langkah penjimatan. Semua ni berlaku bila harga minyak dinaikkan mendadak sebanyak 70 sen. Kenapa perlu diadakan langkah penjimatan drastik sedangkan di dalam taklimat oleh MOF mengatakan bahawa ekonomi kita berada di paras yang kukuh dan stabil. Akibatnya banyaklah lampu-lampu yang ditutup sewaktu rehat, termasuklah di laluan yang tidak mempunyai tingkap. Banyak hotel2 yang hampir muflis kerana agensi kerajaan tidak lagi mengadakan seminar di hotel dan sebagainya. Selepas beberapa ketika, keluar pula pekeliling yang membenarkan semula penganjuran majlis di hotel. Ini semua berlaku bila kerajaan dapati banyak hotel yang sudah tidak mampu untuk bersaing dan hampir gulung tikar. Satu peraturan yang menjadikan keadaan bertambah buruk. Apabila direnungkan, aku berpendapat bahawa langkah penjimatan tersebut adalah untuk mengalih pandangan rakyat dari bercakap mengenai kenaikan harga minyak dan menerima kenaikan tersebut. Come on la...... tentu kita semua boleh perasan benda ni.
Apa lagi? ......Dulu sebok diperkatakan mengenai Islam Hadhari, sehinggakan TV9 pun buat rancangan alternatif kepada Jom Heboh yang dikenali sebagai Perkampungan Hadhari. Namun, apa yang dah berlaku sekarang ni? Manakah perginya promosi yang dulunya tak berhenti2 memperkatakan tentang Islam Hadhari. Semuanya ada had dan ada hari...Selepas pilihanraya, kita boleh lihat kekecohan yang berlaku di kalangan pemimpin. Nak berhentilah, nak lompat partilah, nak mengambilalih kuasalah, dan banyak lagilah.... Kita boleh lihat dimana didalam parti pemerintah sendiri berlaku keadaan di mana orang bawahan mendesak pemimpin tertinggi supaya meletakkan jawatan. Ini tidak berlaku di zaman Che Det. Selepas itu kita boleh lihat di mana menteri-menteri kabinet memberikan pendapat dan kenyataan yang bercanggah. Apa yang berlaku nih? Pembangkang pula diperingkat awal kelihatan stabil namun dihujung2 ni kelihatan seperti timbul masalah2 baru. Masalah UiTMlah, masalah azanlah, masalah canselorlah, masalah PKNSlah dan sampaikan isu papan tanda pon nak dibawa kepada raja2 dan dah dibawa dah pon..... Apa yang berlaku sebenarnya?Ada banyak lagi yang hendak aku tulis dan ulas lebih lanjut. Walau bagaimanapun cukuplah aku berbicara di peringkat 'surface' sahaja. Isu mengenai harga barang yang naik tak turun-turun, isu EPF, isu bajet 2009, isu penipuan di pasaraya besar, isu tah apa-apa lagi. Kalau nak aku ulas dan komen makanya penuhlah pula blog aku ni. Oleh itu kalau korang nak sambung mengulas, dipersilakanlah, jangan malulah, aku nak chowlah.....
5 comments:
mmg sekarang ni tengah gawat.. so kena berjimat cermat.. orang bisnes pun tgh cuak sekarang..
Nain kali kalu jadi ketua, beramanah la betul2.. jangan nanti hidup di alam lain muka je menjadi macam2 rupa yang hodoh..
Proud to be malaysian compared with other country. muhasabah diri sebelum melihat benda yang lebih jauh.. bersedia dalam menghadapi krisis ekonomi yang lebih teruk berbanding tahun 1997/1998. Global impact bukan malaysia sahaja menghadapinya..Moga anak-anak kita dapat menikmati keamanan, kemakmuran yang pernah kita nikmati dahulu.
dunia sekarang nie...semakin hari semakin dah x stabil......dulu kita kate zaman mahadhir penuh ngan rasuah dan penyalahgunaan kuasa...tp kita tegok sekarang nie masing-masing berlumba2 nak dpt hasil kekayaan bumi malaysia..awal2 dulu nak mencari Al ghazali la....hadhari la...bekerja bersama saya la...maner perginya slogan-slogan tu.......peminmpin malaysia nie 2 x 5 jer.....kalau x ada dalam diri sifat2 amanah dan tanggungjawab....macam mane nak bela rakyat.......taw nak kayakan keluarga,kroni dan sahabat handai sjer.....
Ermm... betul tu 'pencari ilmu'. Sebagai pemimpin perlulah memimpin rakyat dengan jujur dan ikhlas. Cuba lihat pemimpin zaman dulu kala, mereka ikhlas (tak tahulah, mungkin dulu tak banyak peluang kot). Kejayaan sesuatu pemerintahan bukannya bergantung pada parti tetapi kemampuan dan keikhlasan pemimpin itu sendiri.
Apabila keikhlasan tidak ada maka pemimpin tidak mendapat rahmat dan berkat. Itu yang semuanya nampak tak menjadi jer....
Betul tu dato K, Amanah Ikhlas Btgjwb... Penting! Klu takde tu smue, toksah jadi pemimpin.. Pemimpin kan bekerja untuk rakyat.. not the other way around. Teringat kat true story tentang presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad yg down-to-earth.. amazing.. Hope that our leaders can bring our Msia forward, instead of back to darkness..
Post a Comment