Mari masuk Jawi....
"MASUK JAWI"...... satu istilah yang sering digunakan oleh orang melayu. Kenapa guna perkataan jawi?... entahlah, tapi maksudnya berkhatan atau bersunat. So hari ni, 19hb November 2008 jam 8.00 p.m tadi, sahlah anak aku telah menjadi orang dewasa kerana telah berkhatan. Alhamdulillah legaa sebab semuanya dah selesai. Tapi sebelum tu puaslah kita orang nak memujuknya dan macam2 soalan dia tanya, berdarah ker? sakit ker? pakai gunting ker?...adoi. Semua jawapan yang diberi adalah positif dan indah2 belaka. Tapi pada hari bersunat tu, barulah dia tahu.... nasib baik dia menjerit dan menangis jer. Kalau meronta2... mati kutu semua orang agaknya.
Untuk pengetahuan semua, anak aku berumur 8 tahun dan biasalah giginya pon rongak.. Tok mudim yang sunatkan anak aku pun rongak gak. Pengalaman yang aku nak kongsikan ni ialah semasa menenangkan anak aku tadi. aku cakap kat dia, "takper, lepas sunat ni, wawan akan jadi dewasa dan dah boleh ikut ayah gi surau". tok mudim pon menyampuk gak "ha'ah, nanti boleh gi ikut ayah...." Pastu aku cakap, "wawan nak gameboy ker?" anak aku ngangguk jer sambil melalak. Aku cakap "takper, lepas sunat nanti kita boleh pergi beli gameboy" Tok mudim tu sekali lagi menyampuk " ha'ah, nanti ikut ayah pergi beli gameboy"...... Lepas tu terkeluarlah ayat kat mulut aku " ok, nanti kalau wawan lepas bersunat, gigi wawan tumbuh laa.." Tok mudim tu diam jer,........ ooopppss terlupa plak ayat sensitif. Hehehe, kepada tok mudim, maafkan patik. patik cuma maksudkan gigi anak patik ajer.. Apa-apa pon terima kasih kepada tok mudim tu.
Balik rumah, apa lagi, ubat bius dah hilang makanya anak aku terus menerus ajerlah melalak. Letih mendengarnya. Macam2 ayat memujuk keluar. Atuk ngan nenek dia siap datang rumah aku lagi turut sama nak memujuk. Dalam kul 11 lebih tu, agaknya bila dah letih, dia terus tertidooooo sampai pagi.
Tamatlah kisah masuk jawi... lepas ni pening kepala la nak kena beli gameboy. Kalau aku ni kaya takper gak..adoi.. anak oh anak.
2 comments:
dato K, tahniah.. boboy dah pun jadi anak teruna.. nanti esok lusa, dah nak menantu.. masa skang ni cepat berlalu..
ishh.. menantu tu jauh lagi. Belum baligh pon. Takut ibu kepada ayah si anak teruna plak yang dapat menantu lagi sekali...kih.kih..kih...
apa-apa pon, Farah dah kira sihat lah ni yek. Sebab dah berinternet nih.Alhamdulillah
Post a Comment