Wednesday, January 14, 2009

Kenyataan terangkuh di Malaysia...


"Pihak kami tiada perancangan untuk melancarkan kempen memboikot barangan AS dan Israel buat masa sekarang. Kami juga belum membuat keputusan sama ada hendak melancarkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa keganasan Palestin" ...Utusan Malaysia 9 Januari 2009

Itulah kenyataan yang ku rasakan sungguh sombong dan bongkak pada masa semua orang sangat prihatin. Kenyataan tersebut telah dikeluarkan oleh Pengurus Perhubungan Awam TESCO, Dazrene Azmil Darus.

Cubalah korang search siapa pemilik TESCO sebenarnya. Yup betol!, company based kat UK, tapi check nama dan keturunan founder dia dan lihat sumbangannya. Aku hairan kenapa PPIM tak masukkan nama TESCO dalam salah satu senarai dia. Oh ya, baru2 ni aku check 1 produk mee yang diimport yang sebelum ni dilabelkan sebagai tidak halal oleh 1 pasaraya besar tetapi tidak di TESCO dan diletakkan bersama produk lain yang halal.


Aku buat masa ni memboikot dari membeli kat TESCO. Bukan kerana Palestin atau kenyataannya sahaja tetapi juga kerana aku dah banyak kali ditipu dari segi harga oleh pasaraya ni. Cumanya aku tidak perbesarkan atau bawa ke pengetahuan Kementerian walaupun aku boleh berbuat demikian. (bukannya apa... aku tgk Menteri baik semacam jer ngan Tesco ni. banyak pulak masa dia rasmi itu dan ini untuk Tesco)



Hampehhhh!!!!!

No comments:

Blog Widget by LinkWithin