Wednesday, January 7, 2009

Our New Logo....

Hari ni dah 7hb, so kalau nak kira, ini kira first posting dalam tahun 2009. Ingat di hati nak mula posting 9hb tapi lambat lagi tu. So malam dulu kelmarin, kitaorang sesama AJK Potluck kawasan kejiranan mah aku mengadakan meeting untuk menyelaraskan program kami yang akan berlangsung pada 18hb nih. Dipengerusikan oleh Pengarah Program.... Brader Syammim, meeting buat pertama kalinya diadakan kat kedai mamak...first time guna budget guna untuk bayar minuman.

Banyaklah benda yang telah dibincangkan termasuklah memutuskan logo yang mana akan dijadikan logo rasmi kawasan kejiranan kitaorang. Selepas berbincang dan membelek maka diputuskan logo rasmi adalah seperti dibawah nih....


Logo ni telah direka dengan bantuan salah seorang jiran kitaorang, brader Sharul. So kreatif dan inovatif. Kalau tengok kedai dobi diapun memang nampak menarik. TQ Brader Sharul!! 20-30 tahun lagi bolehlah cerita kat anak cucu hang yang logo ni hang yang reka. Syabbbaasssss!!!

Memandangkan logo ni juga akan dijadikan logo bagi sticker kereta penduduk anjung kristal, maka ianya akan diubahsuai sedikit bagi menaikkan lagi kalernya.

9 comments:

heretic preacher said...

stiker kereta je bang? moto camne plak..

Farah said...

cun la logo nyer dato K. syabas AJK kristal..

Khalsyaza said...

kalau yang pakai moto, kenalah beli kereta! Kereta sorong pon buleh....hehehhe

Bro, budget ciput, so kita hanya buat sticker kereta jer dulu.

Nukilan ida said...

okay.. cantik gak.. kreeatif mmg kreatif sbb kat cni byk lagi pokok2 kat atas bukit ni

Nukilan ida said...

heretic amik sticker kereta tu tampal guna selotape kat motor tuu.. or doublesided tape tu.. cantik gak.. huhu:P

Anonymous said...

Kat logo tu sebenarnya menunjukkan No 7 ngan kehadiran Kristal.... So, jadilah.... ANJUNG KRISTAL, SEKSYEN 7

Khalsyaza said...

Laa... ingatkan no. 7 tu sebab rumah pengerusi no 7 dan pokok tu sebab mah dia lah yang paling banyak pokok.....

heretic preacher said...

hohohoho takpe2... nnt bli keretapi baru tau... huhu

mrclean d' 7 said...

tambah skit...dedaun pokok tuh melambangkan penduduk anjung kristal....2nd design yg di tukar, warna daun warna-warni, tp mcm tak best lak...mcm tak bersatu, so finalize pkai kaler sama utk daun...lg satu bajet naik kalau kaler beza2...hehehe:)

Blog Widget by LinkWithin