My First 'Superimpose' output..


Labels: hot air balloon, photoshop
Kat bawah ni aku sertakan gambar kejadian bersekali ngan email dia...
"Sedutan dari email"
Labels: Bunian, Highway Utara Selatan
Bagi menghormati mereka dan seluruh dunia... aku pon bergelap juga. Anak2 depa ngan anak2 aku yang tutupkan semua lampu tu. Dah macam pesta plak bebudak tu semua. Kita orang macam biasalah, dok lepak kat meja batu depan rumah. Lepak kat situ dari kul 8.30 malam sampai kul 1 pagi.... Apa lagi berborak cam biasa la!
Labels: Earth Hour, WWF
Labels: hot air balloon, Putrajaya
Dey Tambi..! Untung dah berjuta2 naik levi sikit pon dah nak bising dan nak ugut sana... ugut sini? Habis tu kalau kedai mamak ni naikkan harga, pengguna nak jadi apa? Sebenarnya mamak ni bukan tension sebab perniagaannya tergugat tapi terlalu EGO... taknak kurang 1 sen pon keuntungan.. Kalau biasa untung RM10K sehari, dia tak nak kurangkan keuntungan tu. Sepatutnya di dalam zaman kegawatan ni, diaorang berkongsilah... Apa salahnya kalau untung tu kurang sikit menjadi RM9K sehari? Kita sebagai pembeli pulak yang disuruh menanggung kekurangan untungnya tu... Boikot karang baru tau.. Lepas tu dia kata kalau Levi naik maka mangsa kegawatan tak dapat nak berniaga. Woih..! mana ada mangsa kegawatan yang bila gawat terus nak buka restoran dan ambil sedozen pekerja asing?.. Pakai otak la... Takkanlah nak berniaga nasi lemak pon nak pakai pekerja asing. Sebenarnya geng-geng mamak ni yang cukup suka guna pekerja dari India. Dia tahu sebab bila guna pekerja India dia boleh belasah cukup2... Kita sebenarnya kena tengok, sebab apa kerajaan naikkan Levi tu. Ianya sebab nak mengurangkan pekerja asing di sektor perkhidmatan la... Sampai nak serve makanan kat hotel pon nak pakai mat Bangla. Org Malaysia semua dah jadi BOSS ker? Dengan cara naikkan Levi maka diharapkan pengusaha ini beralih kepada pekerja tempatan. Ada lagi nak tulis pasal mamak geng ni tapi malaslah...Lu pikir sendiri. Ok, sekarang ni bila Levi dah naik, apa kata Latok Sharir bila dapat ugutan ni? Aku cuma takut diaorang ni last sekali batalkan kenaikan Levi tu. Adoi.. tolonglah... tolonglah jadi kerajaan yang berkredibiliti. Sebelum ni bila ada tekanan jer dari pihak "tertentu", terus jer tarik balik sebarang polisi..... Aku takut lepas ni kerajaan umumkan untuk tarik balik pulak. Sesekali tu tunjukkanlah ketegasan dan bukan hanya tunjuk kat bangsa melayu dan pada sesetengah pihak jer. Tunjukkan bahawa pendirian kerajaan adalah tegas setelah kajian dilakukan. Levi's pulak? amendanya... hehehe tak ada apa, cuma terpikir bila lah plak aku nak beli suar jin yang baru sebab yang sedia ada tu dah koyak sikit kat bawah...
Labels: kedai mamak, levi
Labels: Canon Eos 3000V, Nikon D60, Nikon FG
Angin Ahmar atau Stroke adalah merupakan antara sebab kematian. Baru-baru ni jiran tetanggaku telah diserang penyakit ni dan telah menemui Yang Maha Esa pada hari Sabtu malam Ahad yang lepas.
Ramai yang tidak mengetahui apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kepada orang yang terdekat kita. Kebiasaannya kita akan membawa mereka pergi ke hospital.
Yayasan Amal Malaysia melalui buletinnya telah memberikan panduan bagi membantu mangsa Angin Ahmar tersebut.....
Alat yang diperlukan ialah jarum suntikan ataupun jarum jahit yang kebiasaanya ada di rumah. Ianya adalah satu kaedah yang terbukti berkesan dengan izin Allah dan merupakan cara yang agak luar biasa untuk sembuh dari penyakit angina ahmar yang boleh membawa kepada lumpuh jika tidak dirawat dengan segera. Risalah ini diterjemah dari risalah asal berbahasa Inggeris. Bacalah untuk pengetahuan anda dan mungkin ianya berguna jika ditakdirkan ada antara ahli keluarga, jiran dan rakan-rakan anda terkena penyakit ini suatu hari nanti.
Ianya amat menakjubkan jika berhasil, luangkan masa anda untuk membacanya dengan teliti dan simpan risalah ini sebab mungkin ada nyawa seseorang yang boleh diselamatkan dengan izin Allah melalui tip-tip yang akan dibincangkan. Bapa saya meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar 3 tahun lalu setelah terlantar lumpuh selama sebulan. Masa itu saya tidak tahu apa-apa tentang rawatan kecemasan untuk pesakit angin ahmar. Walau bagaimanapun masih belum terlewat untuk kita kongsi bersama. Sila baca dan sampaikan kepada saudara-mara serta rakan-rakan anda. Yayasan AMAL tidak mempunyai ramai sekarelawan perubatan bagi memenuhi permintaan rawatan dari masyarakat setempat. Semoga buletin seumpama ini boleh membantu anda melakukannya sendiri.
Apabila serangan angin ahmar mengenai seseorang, kapilari darah di dalam otaknya menghadapi risiko untuk pecah. Bila anda berhadapan dengan seseorang yang baru terkena angin ahmar dan tidak sedarkan diri, pertama sekali anda jangan panik dan bawa bertenang. Tidak kira di mana sahaja mangsa itu berada, jangan alihkan ke tempat lain. Kerana pergerakan pada ketika itu boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa terus pecah. Bantu mangsa untuk duduk dan sokong badannya supaya tidak terjatuh. Jika mangsa terjatuh semula, keadaan mungkin akan bertambah buruk.
Jika di rumah anda ada jarum suntikan (alat yang terbaik), jarum jahit atau pin baju yang tidak berkarat, segera panaskan dengan api untuk disterilkan. Kemudian dengan berhati-hati cucuk kesemua hujung jari-jari tangan mangsa kira-kira 1 mm dalamnya, seperti rawatan akupuntur. Cucuklah sehingga menitiskan darah, jika perlu picitlah jari-jarinya sehingga mengeluarkan darah. Apabila kesemua 10 jari mengeluarkan setitis darah tunggu beberapa minit sehingga mangsa sedar semula.
Jika berlaku perubahan betuk mulut, tarik telinganya sehingga kemerahan. Kemudian cucuk kedua belah telinga dengan jarum sehingga mengeluarkan 2 titis darah. Beberapa minit kemudian Insya Allah, mangsa akan sedar semula. Tunggu sehingga mangsa benar-benar sedar kemudian bawa dia ke hospital. Memanggil ambulance semasa mangsa pengsan dan mengejarkannya ke hospital secara tergesa-gesa sebenarnya boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa pecah dan berlaku pendarahan. Sukar untuk mangsa dipulihkan apabila keadaan ini berlaku. Ada kemungkinan daya ingatan mangsa akan hilang sepenuhnya, walaupun dia mampu berjalan semula.
”Saya belajar tentang menitiskan darah bagi menyelamatkan nyawa dari seorang doktor tradisional Cina bernama Ha Bu-Tung yang tinggal di Sun-Juke. Selain itu saya juga berpengalaman mempraktikkannya. Sebab itu saya yakin cara ini adalah berkesan 100%” menurut seorang pengamal kaedah rawatan ini. Tambah beliau lagi ”Pada tahun 1979, ketika itu saya sedang mengajar di Kolej Fung-Gaap dekat Tai-Chung. Tiba-tiba seorang guru lain berlari ke kelas saya dan mengadu; “En. Liu, penyelia kami diserang angin ahmar!.” Saya pun bergegas ke bilik beliau di tingkat 3. Saya lihat penyelia kami, En.Chen Fu-Tien, telah menjadi pucat, percakapannya tak difahami, dan ada tanda-tanda serangan angin ahmar. Saya segera menyuruh pelajar saya membeli jarum suntikan di farmasi dan terus menyuntik jari-jarinya. Apabila kesemua 10 jarinya menitiskan darah, (setiap jari setitis darah), selang beberapa minit muka En Chen kembali kemerahan dan dia membuka matanya.
Labels: angin ahmar, stroke
Labels: Buaya, Port Dickson
ESSEX - Seorang wanita, Christina Kirby (gambar) mengaku dia pernah tidur dengan lebih 50 suami orang dan tertarik dengan perhatian yang mereka berikan kepadanya, lapor sebuah akhbar semalam.
Labels: christina Kirby, gila
Labels: Mercedez, white gold
Labels: Banjir kilat, KL
Siapa yang tak kenal dengan cewek anggun kat sebelah ni. Dia memang seorang penyanyi yang berbakat dan seksi... sslluuuurrrppp...
Pada masa sekarang ni, begitu banyak sekali dugaan dan cabaran bagi umat Islam. Tak tersenarai rasanya.... dari makanan, pakaian, komunikasi dan sebagainya. Adakalanya kita cuba menyalahkan pihak tertentu tetapi cuba lah lihat diri sendiri tu dulu.
Kalau bab nyanyi2 ni.... macam cendawan tumbuh acara pertandingannya, OIMlah, malaysian Idol la, AF lah.... Itu baru kat Malaysia...
Baru-baru ni aku dapat satu email mengenai cewek slluurrrpp kat sebelah ni. Dari pemerhatianku, dia tak salah sebab memanglah dia ni bukan muslim dan kat Indonesia tu memang biasa bercampur aduk. Kalau kat Malaysia, yang pakai songkok pergi masjid tapi kalau kat sana pergi church... Apa yang perlu kita lakukan adalah berhati-hati... itu ajer.
email yang dimaksudkan adalah berkaitan sebuah lagu yang dinyayikannya. Cuba lihat kat bawah ni... Wallahualam...
Lirik Lagu : Allah Peduli - Agnes Monica
Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yangku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli
Allah mengerti Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sebab Allah mengerti Allah mengerti Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sebab Allah Yesus kumengerti...
MasyaAllah...!!! cuba bayangkan kalau lagu ni dinyayikan oleh anak-anak kita dan siap jadi lagu wajib plak masa AF atau M'sian Idol... So hati-hati.
Labels: Agnes Monica, lyrics, sesat