Tuesday, March 17, 2009

Hobi yang tak pernah padam...

Bidang fotografi ni memang satu bidang yang memerlukan kemahiran didalam seni dan kalau mereka yang nak mengambil kursus ni di ITM (masa dolu-dolu la), calon mesti lulus credit dalam mata pelajaran Lukisan. Itulah faktor penghalang yang menyebabkan aku tak dapat amik bidang tu kat ITM masa dolu-dolu sebab aku tak amik lukisan. Maklumlah budak kelas sains...

Minat aku kat fotografi ni bermula masa aku kat darjah 6 lagi... 1982 tu. Bermula bilamana mak aku menghadiahkan aku sebuah kamera kompak buatan US untuk hadiah aku yang ke-12 tahun. Nanti bila ada masa aku upload gambar dia. Kalau tak silap aku format filem dia 28mm. Kecik jer filem dia. So bermula dari situlah aku ni menjadi minat mengambil gambar. Lagipon "0" cost sebab kalau nak beli filem atau nak cuci, aku cuma perlu tadah tangan jer kat mak aku. Hehehe... kedai gambar yang selalu aku pergi adalah kedai gambar kat seksyen 3 tu... Foto Brilliant la. Cina tua yang dulunya hensem tu pon sekarang ni aku tgk dah kecut dah.






Masa birthday aku yang ker 15 tahun, bapak aku plak hadiahkan aku kamera (walaupun result aku takder pon aku nampak A macam bebudak sekarang nih). Tapi kali ni lebih elok lagi... Dia bagi aku kamera Jepon yang bernama NIKON. Alaaa, beli kat komplek pertama la.. dekat Selangor Photographer. Maka disebabkan hadiah tu makanya aku bertambah minat dan masuk tahap gaban dah bila tgk kamera SLR nih. Bila aku rasa boring jer, makanya aku akan buka katalog lens yang sekarang ni dah hancur lunyai. Puas aku menyimpannya kat dalam laci mah mak aku... rupa2nya anak aku dah jumpa dan dah jadikannya kertas conteng dia...huwaaa....!!!

NIKON FG ni keluaran tahun 1983/84 kalau tak silap aku. Kamera ni boleh dikategorikan sebagai kamera "high-end amateur". Nikon FG ni tak macam kamera sekarang, semuanya auto dan digital. Masa tu digital memang takder pon. Semuanya manual. Apperture, shutter, focus, ISO dan lain-lain lagi semua secara manual. Memang ada kategori "Program" dan Auto tapi semi auto. Masih kena tukar cara manual. Lens standard dia 55mm... takder zoom pon. Kalau nak beli zoom lens, masa tu brand Nikon ni memang mahal gila... Masa tu aku bukannya ada duit.. nak mintak kat bapak tapi takut sikit kat dia, nak beli sendiri, ermmmm nak beli filem pon tadah tangan jer. So aku hanya mampu gi tengok jer kat kedai. Setakat beli lens hood ngan eyecup jer aku mampu beli. Oleh kerana dulu aku tusyen kat Klang, maka kedai kamera yang selalu aku pergi adalah Ashraff Photograper... tak tahulah ada lagi ker idak sekarang nih.

Masa sekolah, kerja aku jadi photographer.. Bila ada hari sukan ker atau apa2 function, akulah photograper freelance nya, hehehe.... gambar yang suka aku amik masa tu adalah gambar awek yang cun2 kat sekolah aku sebab gambar tu lah yang senang aku nak jual. Erm, bila dah jual dapatlah aku guna duit tu buat belanja. Kebetulan masa tu kawan aku pon ada gak kamera... tapi bapak dia punya lah.. Dia pon tak berapa minat sangat. Apa lagi, aku pinjamlah kamera ngan zoomlens bapak dia yang brand Sigma. Sib baik sigma boleh masuk kat Nikon aku.
Tapi bila dah lama2 tu, hobi aku tu jadi pudar sebab barang dah lama, pastu nak beli baru duit takder.... so berkubur kejap hobi aku ni.

Masa tahun 2003 atau 2004... aku pon dah tak ingat, hobi aku ni tetiba jer membuak2 semula selepas aku dok tengok 1 dokumentari pasal fotographer di Olimpik. Apa lagi.... masa tu kamera digital (DSLR) paling murah pon RM4500. Tak mampu aku... So aku cubalah SLR Canon EOS 3000V. Tapi lepas beberapa kali aku amik gambar, aku rasa tak puas hati sebab gambar tak capai standard kepuasan. Kalau aku bandingkan hasil Nikon FG aku,.... jauh lebih baik. Mungkin setting tak betul kot. Entahla... Lepas beberapa ketika, aku rasa perlu ambil digital. Masa tu DSLR masih mahal, so aku beli jer lah digital compact. Lama gak kamera compact aku tu berjasa. Sekarang ni, DSLR dah murah, tapi memandangkan banyak tanggungan, aku hanya beli High-end Amateur DSLR jer, Nikon D60. Aku rasa cukuplah kot sebab aku bukannya nak jadi Pro. Setakat nak suka2 jer. Sekarang ni dalam proses nak beli zoom lens... Tamron 70mm-300mm atau Nikon 55mm-200mm.

Masa aku mengambil gambar kamera-kamera peliharaan aku kat atas tu, anak2 aku tengok jer. Ermmm mungkin ada antara mereka yang akan aku wariskan minat aku nih tapi bergantung pada minat diaorang gak.


6 comments:

Mohd Hafiz Safwan said...

I see..dah ada speed light yerr...siap ngan diffuser lagik..

Minggu lepas balik kampung pun pasal ada job laa..3 hari berturut2 jadik photographer..but at the end..i realise that it wasn't good enough..Need a Sifu...

Perturunkanlah ilmu Tok guru kepada hamba yang masih dok bengong2 lagi nih!!!!

Khalsyaza said...

Ilmu yang ada pada tok guru ni dah tak compatible lagi... Dulu expert SLR tapi sekarang ni tok pon baru nak belajar DSLR dan masih tak paham2 lagi pasal nak guna Photoshop nih... Bukak buku pon fail lagi.

azizi said...

beli la terus lens 18-200 khalid... nk ganti2 lens leceh tau..

azizi said...

en.khalid punya speedlight tu SB800 ke SB900? macro lens pun best tau.. bleh amik gamba semut etc.. taknak angkat ker? hehe

Khalsyaza said...

Bro zizi... memang lah kalau ikut hati nak amik macam2 tapi.....ONGKOSNYA PAK! Tanggungan pon banyak. Gaji ciput jer...

zulpictures said...

terharu baca entry ni.. kisah seorang yg minatnya mmg sejati.. good efort bro..

Blog Widget by LinkWithin