Buaya pun gi picnic gak...
Dikatakan baru-baru ni ada orang yang secara tak tersengaja terserempak dengan satu kejadian alam yang sukar nak dialami.
Seorang pencinta alam daripada Malaysian Nature Society iaitu Khoo Swee Seng semasa aktivitinya meneropong kawanan burung yang berhijrah telah terlihat kejadian alam yang lain.
Mengikut ceritanya kat dalam email tu, .........
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.30 pagi ketika dia dan isteri bersama dua sukarelawan datang ke Tanjung Tuan untuk memenuhi hobinya meneropong pelbagai jenis raptor di kawasan itu dan terkejut apabila ternampak kehadiran seekor buaya sepanjang kira-kira 2.5 meter. "Setiap tahun saya datang ke Tanjung Tuan sempena Minggu Melihat Raptor untuk menyaksikan penghijrahan pelbagai jenis raptor seperti helang yang menyeberang dari Pulau Rupat, Sumatera ke sini, tetapi kali ini, saya tidak menyangka seekor buaya berada di kawasan ini. buaya yang dipercayai buaya air masin atau nama saintifiknya, estuarine crocodylus prosus, muncul kira-kira 20 meter dari pantai selama kira-kira 30 minit dan kelihatan bergerak melawan arus ke arah selatan"


Apa-apa pun, tak kisah lah betul ker atau tidak sebab aku kalau gi PD pon mandi kat area ombak jer... Kalau berdiri air paras lutut jer la..... Maklumlah, aku bukannya buaya, "Buaya SMS" hehehehehe..
1 comment:
Nasib baik kat FRIM tak ada buaya kaki empat. Yang pergi picnic semua kaki dua.
Post a Comment