Waktu aku menulih entry ni, aku ada kat Klinik Pergigian Pandamaran sebab bawak bini aku gi jumpa doktor pakar. Tapi bukan itu yang aku nak ceritakan sebenarnya.Pagi tadi lebih kurang 8.05 am, sementara menunggu ibu anak sulung aku bersiap sebelum pergi ke klinik, aku buat keputusan nak gi minum kat Khulafa Sek. 7 dulu. So start kereta dan bawak kereta seperti biasa menuju ke Khulafa. Sampai je kat simpang, aku terus bagi signal nak masuk ke kiri. Dalam masa yang sama, ada sebuah kereta Proton Waja juga nak keluar dari simpang tu. So seperti biasa dilakukan oleh pemandu lain, bila melihat kereta aku bagi signal, dia pun terus keluar dari simpang tersebut.
Namun malang memang tidak berbau kerana pada masa kereta tersebut keluar, ada sebuah motorsikal rupanya di belakang kereta ku. Semasa kereta tersebut keluar dari simpang dan aku bersedia untuk masuk ke simpang yang sama, tiba-tiba motorsikal di belakang ku yang dibawa agak laju terus memotong kereta ku kononnya ala-ala baik punya cilok. Tanpa disangka, jangkaannya meleset kerana kereta yang keluar dari simpang tersebut keluar di dalam keadaan sentimental. Akibatnya, motor tadi terpaksa brek emergency. Seterusnya apa lagi?.... tertonggenglah mat motor tu kat tepi kereta aku dan terus melanggar kereta yang keluar simpang tu. Biasanya mat motor bila dah eksiden dia akan terus bangun melompat ala2 hero dan maki sana dan maki sini... tapi kali ni berlainan. Dia tertonggeng dan terus diam sambil darah meleleh keluar.
Aku pun tak tahulah sama ada pada masa tu aku terkedu ker?... terkejut ker?... lemah semangat ker?.... geram kat mat motor ker?.. atau aku ni seorang yang pentingkan diri sendiri dan bukan seorang warganegara yang baik ker?............ Aduhai.. aku boleh tengok dan terus blah pergi ke Hakim. Aku tak tahu kenapa aku bertindak macam tu. Rasa berdosa dan bersalah terus memomokkan diri ku sekejap walaupun kejadian tu tidak melibatkan aku tapi kerana aku tak BERHENTI MEMBANTU..!!!!!!
Sampai di Klinik ni, aku terus call Jiran aku yang merupakan seorang pegawai turus di PDRM dan bercerita hal tu. Aku bercadang balik klinik ni nak report kat balai polis pasal kejadian tu. Namun atas nasihat jiran aku tu, dia kata kat aku, dia akan hubungi pegawai trafik dan memaklumkan keadaan tersebut dan sekiranya PDRM perlukan saksi kejadian maka dia akan telefon aku. So aku tak perlu buat report kat balai polis dulu. Ermm oklah kalau camtu, legalah sikit hati. Namun walau apapun keadaannya, hari ni aku rasa sangat bersalah dan berdosa kerana aku tidak BERHENTI MEMBANTU..!!!!!!!
* mengikut cerita jiran aku tu, keadaan mat motor tu agak parah kerana dia terpengsan sekejap masa kejadian dan mulutnya pecah. Aduhai bro, sorry lah gua tak tak tahu kenapa hari ni gua sangat tak prihatin nak bantu lu.....