Wednesday, May 6, 2009

Antara Merempit, berdosa atau bersalah....

Waktu aku menulih entry ni, aku ada kat Klinik Pergigian Pandamaran sebab bawak bini aku gi jumpa doktor pakar. Tapi bukan itu yang aku nak ceritakan sebenarnya.

Pagi tadi lebih kurang 8.05 am, sementara menunggu ibu anak sulung aku bersiap sebelum pergi ke klinik, aku buat keputusan nak gi minum kat Khulafa Sek. 7 dulu. So start kereta dan bawak kereta seperti biasa menuju ke Khulafa. Sampai je kat simpang, aku terus bagi signal nak masuk ke kiri. Dalam masa yang sama, ada sebuah kereta Proton Waja juga nak keluar dari simpang tu. So seperti biasa dilakukan oleh pemandu lain, bila melihat kereta aku bagi signal, dia pun terus keluar dari simpang tersebut.

Namun malang memang tidak berbau kerana pada masa kereta tersebut keluar, ada sebuah motorsikal rupanya di belakang kereta ku. Semasa kereta tersebut keluar dari simpang dan aku bersedia untuk masuk ke simpang yang sama, tiba-tiba motorsikal di belakang ku yang dibawa agak laju terus memotong kereta ku kononnya ala-ala baik punya cilok. Tanpa disangka, jangkaannya meleset kerana kereta yang keluar dari simpang tersebut keluar di dalam keadaan sentimental. Akibatnya, motor tadi terpaksa brek emergency. Seterusnya apa lagi?.... tertonggenglah mat motor tu kat tepi kereta aku dan terus melanggar kereta yang keluar simpang tu. Biasanya mat motor bila dah eksiden dia akan terus bangun melompat ala2 hero dan maki sana dan maki sini... tapi kali ni berlainan. Dia tertonggeng dan terus diam sambil darah meleleh keluar.

Aku pun tak tahulah sama ada pada masa tu aku terkedu ker?... terkejut ker?... lemah semangat ker?.... geram kat mat motor ker?.. atau aku ni seorang yang pentingkan diri sendiri dan bukan seorang warganegara yang baik ker?............ Aduhai.. aku boleh tengok dan terus blah pergi ke Hakim. Aku tak tahu kenapa aku bertindak macam tu. Rasa berdosa dan bersalah terus memomokkan diri ku sekejap walaupun kejadian tu tidak melibatkan aku tapi kerana aku tak BERHENTI MEMBANTU..!!!!!!

Sampai di Klinik ni, aku terus call Jiran aku yang merupakan seorang pegawai turus di PDRM dan bercerita hal tu. Aku bercadang balik klinik ni nak report kat balai polis pasal kejadian tu. Namun atas nasihat jiran aku tu, dia kata kat aku, dia akan hubungi pegawai trafik dan memaklumkan keadaan tersebut dan sekiranya PDRM perlukan saksi kejadian maka dia akan telefon aku. So aku tak perlu buat report kat balai polis dulu. Ermm oklah kalau camtu, legalah sikit hati. Namun walau apapun keadaannya, hari ni aku rasa sangat bersalah dan berdosa kerana aku tidak BERHENTI MEMBANTU..!!!!!!!

* mengikut cerita jiran aku tu, keadaan mat motor tu agak parah kerana dia terpengsan sekejap masa kejadian dan mulutnya pecah. Aduhai bro, sorry lah gua tak tak tahu kenapa hari ni gua sangat tak prihatin nak bantu lu.....

9 comments:

Mohd Hafiz Safwan said...

kalau sampai part berdarah tu, kalau ada glove takpa la membantu..takut cross-infection..lagi takut wooo

Anonymous said...

ermmm...takpe2 kadang - kadang kita takut tgk org xcident nie....hehehe apa2 pun bukan salah kita...benda nk jadi....nak wt camner..huhuhu

Mentari, Hujan dan Pelangi said...

Tak palah Bro, next time kalau jumpa accident, tolonglah. Aku pernah juga tolong mat motor accident di Bangi 13 tahun dulu. Aku cuma lalu di situ. Time maghrib. Kaki mungkin patah dan darah banyak keluar dari kaki.Bawa dia ke klinik private kat bandar baru bangi. Doktor kat situ boleh tanya lebih kurang begini, "Kenapa bawak masa ni?, I nak kena pergi meeting malam ni." Astagfirullah ada juga doktor macam ni. Ini kes accident dan klinik yang paling dekat adalah klinik dia. Aku tak cakap apa-apa, terus tinggal mat motor tu dengan kawan-kawannya di klinik dan balik rumah. Hopefully budak tu hiduplah.

Anonymous said...

Dunia penuh pancaroba

Khalsyaza said...

Adoi... tadi masa aku balik ke rumah dalam pukul 11.30, motor mamat tu masih ada lagi... Sedih pulak aku rasa sebab tak membantu. Cross infection tu mungkin tak kot sebab aku bukannya berdarah... nak cross mendanya. Bukan salah aku...yelah betul lah tu.. tapi masalahnya KENAPA AKU TAK BERHENTI BANTU!!!!

Takpelah mungkin juga ada hikmahnya kot sebab aku ni bukan boleh tgk darah semenjak adik aku eksiden maut dulu. Kalau tgk mesti rasa cam nak muntah dan pengsan. Kepada korang semua, lain kali kalau ada eksiden berentilah bantu (kalau bawak kamera, jgn lupa shoot 2-3 keping..huhu)

Apa-apa pon, kepada doktor yang diceritakan oleh Bro Suhaimi tu, ...ermm tak gheti nak komen lah aku.

zul said...

relek bang.. masa tu sebenarnya mungkin terkejut.. ataupun bahasa canggihnya, panik.. tapi takpe.. harap mat motor tu insaf le lepas ni...

Khalsyaza said...

TQ Zul....aminnnn.

Farish said...

bro khalid, gambar mamat wat wheelie tu bro amik sendiri pakai D60 ker? mcm nk apply panning technic je.. caya lah..

Khalsyaza said...

Alamak bro zizi... itu gambar instant la bro, ciluk dari pakcik google. Maklumlah nak cepat posting. Nanti satu hari kita gi kuar kasi tangkap panning sendiri la. Kat litar drift sek 13 pon ok.. Litar Go-Kart Subang Jaya pon ok.. Kalau tak pun kita lepak jer kat tepi highway NKVE, baru real...huhu.

Seronok gak kalau kita boleh tunjuk ajar sesama... GO D60..

Blog Widget by LinkWithin