CHOGM 2009...
CHOGM ni bukannya "The Commonwealth Heads of Government Meeting" tapi adalah "Cheap Holidays On Government's Money"..huhu. Untuk tahun 2009 ni lambat sikit CHOGM aku bermula sebab akibat kemalasan nak keluar. So untuk yang pertama aku gi Langkawi 30hb April yang lepas... balik hari jer sebab pergi hari khamis... esoknya jumaat lagipun 1 Mei cuti umum. Baik aku lepak kat mah jer ngan famili.
Ni semua sebab UiTM la sebok sangat nak beli tanah tepi laut kat Pulau Tuba. Nak buat pusat kajian marin kononnya. Lantak koranglah nak beli apapon... janji aku dapat merasa pergi ke Pulau Tuba. Memang Pulau Tuba ni origin Langkawi.... belum ada banyak pembangunan. Driver van tu siap bawak jalan tunjuk sekolah ngan balai polis lagi... bunyi cam hebat jer. Tapi ok lah gak udara taklah kotor sangat macam kat KL ni.
Aku mulanya nak bawak SLR aku tapi malaslah pulak sebab masa tu aku takda beg yang sesuai nak bubuh. Bila pikir nak naik bot ke Pulau Tuba, takut pulak terjatuh pulak kamera tu kat dalam laut. Adoi.. macam2 alasan. So aku bawak ajerlah kamera compact sedia ada yang dah lama nih untuk rakamkan sikit sebanyak gambar... Jadiklah....
Kat Pulau Tuba, kita orang naik limosin.. 8 orang beb boleh naik. cuba tengok gambar kat bawah ni, waktu dia isi minyak....
Walaupun panas, tapi hati gumbiraaaa....lalalala. Maklumlah semua ditanggung beres.
Petang bila dah habis lawatan tapak, dah beli cokolat, dah beli eheemmm dan dah pekena cendol kat tepi laut, makanya kitaorang lepak pulak kat Awanan Porto Malai sementara tunggu flite kita orang petang tu. Ingatkan nak tido sana tapi apa hal tido sorang2. Kalau ada 'awek' lainlah hehehe...
Woih, tahu la hari khamis... tapi si Azman ni buat dek ajer pakai batik. Puas kitaorang sughuh dia tukar baju. Apa nak buat etika punya pasai... Ok lah itu sahaja laporan untuk kali ni. Semoga berjumpa di CHOGM yang lain pula lepas nih.
4 comments:
wahh seronok dato K berCHOGM..
Alaa... best lagi awak berCHOGM kat Jepung hari tu..
hehehe macam ku kenal jer mamat pakai baju batik...ermm org pembangunan biasalah tue...
Hehe.. "The Batik Man cannnnn..."
Post a Comment