Semalam di Bukit Cherakah....
Hari tu aku dah cerita pasal sepetang, sekarang aku nak cerita semalam plak. Lama dah patutnya aku masukkan posting nih tapi tak berkesempatan akibat terlalu sibuk dengan urusan kerja rasmi dan pesta sukan kami yang akan dirasmikan Jumaat malam Sabtu nih. So, memang tak sempat langsung....
Jumaat malam Sabtu yang lepas aku dan 4 lagi jiran sekampungku telah pergi ke dusun buah-buahan keluarga kami di Kg Budiman, Meru. Masih anda ingat pasal posting mengenai Durian yang aku masukkan sebelum ni?... Kalau tak ikut perkembangan blog aku, mananya nak ingat! Asal perancangannya memanglah ramai. Namun akibat kesibukan masing-masing, persepsi masing-masing, kekurangan vitamin ke atas keyakinan... makanya kami berlima saja yang pergi. Kami pergi satu kereta, kereta Bro Fozi a.k.a. 'Nelayan'. Nanti kemudian-kemudian aku ceritakan pasal mereka.
Kami pergi pada jam 12.00 tgh malam. Hati bercampur gembira dan risau serta gundah gulana... Mana ke tidak, ini lah pengalamanku seumur hidup, keluar mencari buah durian. Biasanya beli kat tepi jalan atau kat Giant jer. Sesampai di sana..... Wah! terang pulak kebun aku ni malam-malam. Rupa-rupanya memang macam tu. Hutan atau kebun kalau waktu malam memang nampak terang sebab mekanikal mata yang diciptakan Allah memang sangat hebat. Aghh... kita tengok jer gambar dulu...
Banyak gak kami dapat...22 biji. Bayangkan kami yang 5 orang ni nak mengangkut 22 biji macamana....
Tak boleh jadik... kena kupas dan makan dulu...
Buah durian ni rupanya kalau baru gugur memang liat....
4 biji jer yang larat kami makan. Selebihnya kami bawa balik untuk dikongsi dengan rakan-rakan sekampung yang lain.
Nak angkut camana nih?... Aku pun buka baju dan jadikan buntil. itupon boleh bawa 6 biji jer... ciss macam tak berbaloi jer idea tu... hehehe
Apa-apa pon aku ucapkan terima kasih kepada Abg Mat, Abg Fozi, Abg Fandi dan Syamsul sebab turut serta ke kebun untuk menimba pengalaman. Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan kami sampai ke Anjung lebih kurang pukul 2.30 pagi.
Masa kat traffic light, Abg Mat kata..."slow-slow....jalan". Cis... hingatkan dia nak suruh berenti, rupanya suh langar lampu merah...muahahaha.

No comments:
Post a Comment